Thursday 29 December 2011

Mimpi

Bermimpi besar...
Namun mana mungkin tidurku lena...
Kerana tanggunganku semakin bertambah.
Sedarkan aku andai tidurku lena dan panjang.

Wednesday 14 December 2011

Jangan Buat Kat Orang Lain Apa Yang Awak Dah Buat Kat Saya

Bismillahirrahmanirrahiim

Di celah malam (ayat ngantuk) hari ni, nak share sikit cerita dari teman... Lama tak dengar kisah dia kan? :)

"Jangan buat kat orang lain apa yang awak dah buat kat saya", aku masih ingat pesanan itu. Ya Allah dosa silam ku memang banyak. Telah banyak aku bermaksiat padaMu. Kalau bukan kerana Engkau masih mengasihiku, pasti aku masih lagi hanyut dalam nanah cinta manusia.

"Jangan buat kat orang lain apa yang awak dah buat kat saya", tak usah disenaraikan apa telah aku lakukan padanya. Ya Allah, beri aku kekuatan untuk menulis... bukan untuk mengingatinya. Tapi untuk mencari nilai tarbiyyah pada ayat itu.

"Jangan buat kat orang lain apa yang awak dah buat kat saya", saat aku mahu melangkah dengan hanya bertemankan cinta Allah, banyak pula cabaran yang harus aku tempuhi. Keadaan ini. Orang lain itu. Mengulangi perbuatan bukan sekadar pada fizikal tapi juga hati. Ya, jangan ulangi perbuatan hati yang dulu. Senang untuk aku sebutkan dan aku sedang berpesan pada diriku juga kalian; jangan menyimpan perasaan cinta pada seseorang.

"Jangan buat kat orang lain apa yang awak dah buat kat saya", baik hati baik lah anggota lainnya. InshaAllah, kalau hati hanya dipenuhi dengan cinta Allah mana mungkin, mulut mahu melafaz cinta pada si tanah, mana mungkin anggota yang lainnya tegar melakukan maksiat padaNya.

Pepisahan itu, bukanlah pilihan yang salah dan aku takkan menyesalinya. Dan selpas perpisahan itu ada lagi ujian yang lebih besar untukku; iaitu untuk istiqamah dan tidak mengulangi dosa ku yang silam.

Sekian, kisah teman. Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita menempuh dugaan di jalan ini, diberi kekuatan untuk mencintai Dia sahaja.

Tuesday 6 December 2011

Kekuatan Pada Bahu Yang Memikul

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah wastaghfirullah

Lagi beberapa hari tugas akan selasai...
Dalam tempoh itu aku membina kekuatan.
Dan selepas itu hanya perlu fokus
dengan tanggungjawab ku yang lebih besar.
Dan sepanjang itu aku perlu kuat... Keana tugasnya lebih mencabar.
Meminta kekuatan pada yang Maha Perkasa.
Allah
Semoga diri ini Allah tak abaikan walau kurang sesaat...
Ingin Dia saja yang menggerakkan aku, memelukku.
Kuatlah bersama yang Maha Kuat:)

Sunday 4 December 2011

Mendamba Sibghah Allah

Bismillahirrahmanirrahim~

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka belum diuji? Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Dia (Allah) mengetahui orang yang dusta.

al-Ankabut, 29: 2-3
Manusia sentiasa diuji. Memang kita diciptakan untuk diuji, diuji keimanan kita. Diuji seteguh mana cinta kita pada Pencipta kita.

Katakanlah: "Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isteri (atau suami-suami) mu, kaum keluargamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai; menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya serta berjihad untuk di jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya." Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
at taubah, 9:24

Setiap oarang pasti berbeza-beza ujiannya. Ada yang diuji dengan kehilangan ahli keluarga (keberadaan mereka juga adalah ujian), kemiskinan harta (kekayaan harta juga ujian), kesuntukan masa (kelapangan masa juga ujian) , diuji dengan perkara yang kita suka dan benci. Diuji dengan ghazwul fikr (serangan pemikiran). Kita berperang dengan syaitan setiap detik ketika. Itupun kalau benar kita melawannya...

Untuk berjaya dalam ujian dunia ini, berusahalah untuk membuang SEMUA ilah selain Allah dalam hati kita. Harus berhati-hati, kadang-kadang tanpa sedar kita menjadikan ibu, cikgu, pemimpim, drama, facebook, twitter...dan macam-macam lagi sebagai ilah kita. Siapa atau apa yang kita takuti, siapa atau apa tempat kita mengadu, siapa atau apa yang bila kehilangannya kita tak merelakan.

inilah... tarbiyyah yang Bib dapat dalam minggu ni daripada kehilangan key chain Palestine (sangat nostalgia bagi Bib), juga daripada banyaknya kefuturan diri...

Sangat-sangat mahu untuk menjadi hamba seperti ini...

“Tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku seperti menunaikan apa yang Aku fardhukan atasnya. Dan hamba-Ku tak henti-hentinya mendekatkan diri kepada-Ku dengan melakukan amalan-amalan nafilah (sunah) hingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Aku menjadi pendengarannya yang digunakannya untuk mendengar dan menjadi penglihatannya yang digunakannya untuk melihat.”
(HR. Bukhari).

Tapi kita masih punya ilah selain Allah???

“Shibghah (celupan) Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya daripada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah.”
al Baqarah 2: 13

Setiap detik ketika kita sentiasa dibentangkan dengan dua pilihan; Islam atau Jahiliyyah, al Wahyu atau al Hawa, taat atau maksiat pada Allah, Syurga atau neraka. Berusahalah untuk memasukkan diri kita dalam Sibghah Allah... Susah atau senang bukan persoalan tapi tanyakan pada diri kita MAHU atau tidak...


Sibghah Allah yang ku damba, bukan larut dalam lagha

InshaAllah... teruskan melangkah dalam thabat.