Friday 27 May 2011

Doa untuk Sayangku Asiah

Asiah sayang,
Selamat lahir ke dunia ini...
walau sayangku belum mengerti,
biar mak cik katakan,
bahawa hidup di dunia itu payah,
penuh dugaan, penuh cabaran...

Namun sayangku Asiah,
Allah telah memilih mu untuk lahir ke dunia,
menyelesaikan misi akhirat...
untuk beribadat kepadaNya
untuk jadi khalifah di muka bumiNya.

Asiah sayang, 
walau umurmu masih muda,
untuk mengerti semua ini...
mak cik doakan Asiah mendapat didikan yang baik,
jadi anak yang solehah kepada orang tuamu
jadi hamba yang taat kepada Allah,
jadi daei yang hebat...

selamat datang Asiah ke dunia ini,
selamat memasuki alam persinggahan,
selamat menjalani tugasmu sebagai manusia...
selamat berjuang Asiah...

Semoga hidupmu dicurahi tarbiyyah dari Allah
dan semoga bila saatnya berakhir, hatimu suci bersih
 seperti mana hatimu ketika Allah hidupkan.
Semoga kelak kita bertemu, tidak di dunia mungkin di akhirat...
Semoga sayangku Asiah sentiasa dalam lindungan dan redha Allah.

Wednesday 25 May 2011

TOYAMARIANS

alhamdulillah...

Allah tempatkan Bib kat Toyama, dikelilingi orang-orang yang caring, dan banyak tarbiyyah yang Allah berikan melalui mereka. Walaupun tak sampai dua bulan kat sini, macam-macam yang kiteorang dah share bersama. Ade waktu gembira, ade waktu sedih ^-^ hihi...

Hari Jumaat adalah hari semua budak-budak perempuan duduk sama-sama, makan, sembang, 'sitting'...
Kalau sorang tak de mesti rasa pelik yang amat sangat...Sayang semua orang, masing-masing ada ciri-ciri dan kelebihan tersendiri. Begitu Allah ciptakan manusia berbeza-beza.

Kak Shu, Kak Diha, Kak Nadia, Kak Zarina, Kak Niza, Kak Akmal, Kak Famey, Kak Muni, Farihin, Mek, Yasmin and Bib...


yo my pren!!

Semoga Allah mengikat hati-hati kita dengan iman...

Tuesday 24 May 2011

Valley Of The Wolves Palestine 2011 (English Subs)

 http://www.youtube.com/watch?v=ovnhXDNH4rw&feature=player_embedded

bilakah kita akan berani dengan peluru Israel? Bila kita pegang teguh al Quran, bila kita yakin janji Allah, bila kita melawan serangan pemikiran mereka!

Perluru Jatuh ke Tanah

Peluru jatuh ke tanah,
sasaran rebah ke bumi, syahid...

Peluru, bila menembusi tubuh
tentu saja menyakiti, darah mengalir.
Peluru, dengan kelajuannya
tak usah mendekati sasarannya
ia sudah boleh menembusi kepala
biar hanya dari jarak jauh.

Peluru  dimuntahkan sesuka hati
berkali-kali agar kena sasaran
agar musnah segala,
asal puas hati!

Peluru biar kecil mahal harganya.
Namun biar dibazirkan sebagai perisai diri katanya.
Biar dibazirkan kerana ada saja kemewahan untuk membelinya.
Biar dibazirkan agar pupus semua sasaran
Biar diguna sehabis baik kerana ada sebahagian yang membayar harganya.

Ya kita! Kita yang membayar harganya!
Untuk mereka bunuh nyawa saudara kita,
yang lebih tinggi nilainya!
Untuk mereka kotori tanah kita,
Untuk mereka hinakan kita. 

Kita tak sedar, mungkin belum sedar...
Tidak! mereka tidak pernah sakiti kita,
tidak pernah mengacukan senapang ke arah kita,
tak pernah jentik sedikit pun tubuh kita.
Mereka cuma biuskan wahan...
cuma jauhkan kita dari al Quran. 
Buatkan kita takut mati, takutkan peluru mereka!
Buatkan kita cinta dunia, cintakan rekaan mereka!
Cuma serang pemikiran kita...
Tak. Tak sakit jasadi, cuma rohani yang sakit.
Tak. Tak sakit di dunia, cuma sakit di akhirat kelak.

Allah, ya Rabb...
ampuni kami,
kami asal dari tanah dan air hina, Engkau muliakan kami dengan Islam.
Ya Allah, berikan kami kekuatan
untuk genggam cinta dunia di tangan,
agar tiada kami pernah menangis bila saat untuk melepaskannya...
Ya Allah, berikan kami kekuatan
untuk kami sematkan cinta akhirat di hati,
agar tiada kami pernah untuk cuba melepaskan cintaMu.

Ya Allah,
kemenangan Islam itu pasti, Itu yang Engkau janji!
Walau mungkin kami tidak sempat melihat kemenangan itu,
Biarlah kami yang meneruskan perjuangan Rasul dan sahabat
mempersiapkan diri dan tentera-tentera dengan iman...
yang akan memperlihatkan kepada mereka apa yang Engkau janijikan..
Jadikanlah kami golongan yang membawa kejayaan itu
biarpun kami syahid terlebih dahulu sebelum melihat kemenangan itu.
Tetapkan kami pada jalan ini...
Ameen ya Rabb...

Monday 23 May 2011

Ya Rasulullah

istighfar...

Lamanya Bib dalam keadaan lemah semangat. Huuhh!! di manakah umar-ku, di manakah kekuatan ku?! Huhh peningnya bagaimana harus aku berkata-kata agar ucapan disenangi orang lain. Peningnya bagaimana harus aku sampaikan risalah Rasulullah tanpa ada yang tersinggung. Peningnya bagaimana itu dan ini... Itulah yang selalu Bib fikirkan...

Ya Allah Tuhan yang berkuasa, Tuhan yang memelihara, peliharalah lidahku, kata-kataku, penulisanku, akhlakku agar mudah aku menjalankan tugasanku dalam mengagungkan Mu ya Rabb .

Haih adakah Bib perlu mengalah? Tidak sesekali! Al Quran tidak menagajarkan begitu. Usah pedulikan apa kata mereka? Tidak! Orang Islam itu sensitif, peka dan ambil peduli. hmm... mungkin menyendiri buat sementara waktu keputusan yang terbaik. Menyendiri untuk mencari di mana silap, untuk memperbaiki diri, menyendiri untuk belajar lagi bagaimana Rasulullah menarik hati-hati para sahabat, menjadikan mereka senang dengannya. 

Sungguh telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah.
al ahzab 33:21

Rasulullah. Itu caranya. Mudahan dalam Bib menyendiri lebih banyak Bib belajar mencintai baginda, belajar mengikut cara didikannya. Sabar dalam dakwah, sabar dalam mencari tarbiyyah diri.

Monday 16 May 2011

hanya ayat Nya

Hanya ayat-ayat dari Allah yang bisa membuatkan aku gembira
hanya ayat-ayat dari Nya yang membuatkan aku kuat...
hanya ayat-ayat dari Nya yang bisa mengalahkan lelahku...
hanya ayat-ayat itu yang menguatkan hatiku.
hanya ayat-ayat itu yang membuatkan aku menitiskan air mata...
dan hanya ayat-ayat itu menghapuskan kegusaran, menghilangkan kesedihan.

Cukuplah ada Allah dan Rasul untukku...

Allah ya Rabb,
terima kasih kerana air mata yang Engkau kurniakan ini,
aku bisa sentiasa mengingatiMu.

minta maaf kalau lately post Bib macam tak berguna untuk pembaca...

Sunday 15 May 2011

15 Mei

15 Mei 1948-tarikh itu, tarikh kesengsaraan. Pada hari inilah zionis Israel menaikkan bendera kemegahan mereka di bumi Palestine, bumi yang Allah haramkan untuk mereka. Bermula tarikh itu Israel menguasai dunia, meneruskan agenda mereka menyerang umat Islam. Mungkin di Palestine disakiti jasadnya...



 Tapi di tempat lain disakiti hatinya, dicemari pemikirannya. Dijajah pemikirannya, dipisahkan dari Al Quran dan As Sunnah. Sedarkah kita? Mereka tidak pernah jemu~



 Tapi 15 Mei juga lahirnya insan yang memilih jalan juang, membina individu muslim yang logam untuk mengakkan semula Islam meletakkannya pada tangga teratas, pada yang HAQ. Jalan juang- jalan yang panjang dan sukar. Tapi masih memilih jalan ini kerana di sini redha Allah~



Hari ini juga, Bib penat sebab kena sediakan makanan Malaysia untuk orng Jepun, Korea, China dan Vietnam. Walaupun bidan terjun semoga peluang yang Allah berikan telah Bib manfaatkan untuk menyampaikan Islam.

15 Mei- ada sakit yang ditahan, ada penat yang ditanggung...masih ada redha yang kami cari.

Walau tiada upaya hambaMu meminta untuk disegerakan 15 Mei; agar berupaya melupakan penempatan Israel di Palestine dan agar berupaya melupakan insan yang tiada hak untuk hambaMu miliki, namun ya Allah berilah ketabahan dalam setiap dugaan yang Engkau bentangkan agar tiada hambaMu pernah rasa lelah, jemu dan hilang sabar dalam jalan juang ini.

hakikatnya umar bukan milik Bib, bahkan takkan pernah memiliki apapun. umar milik Allah dan Bib juga milik Allah!