Saturday 30 July 2011

Kerana Hati itu Satu...

(senyum)

Allahumma balighna ramadhan. toing3...Ramadhan datang lagiii!! Semoga Allah beri kekuatan untuk kita mengawal nafsu diri, dan diberi istiqamah dalam mengerjakan amal soleh lagi sohih...




Sebagaimana tajuk entry, untuk mengingatkan diri sendiri jugak; bahawa Allah berikan kita Qalbu atau hati. 「心:kokoro」 kate orang jepun. Pernah tanye kat sensei (saje nak uji orang jepun punye pemikiran) hati tu letaknya di mana... Die pon jawab; "hati tu tak nak nampak, tak tau kat mane...Tapi kebelakangan ni ade saintis wat kajian, didapati bahawa hati tu kat otak". Dah dapat point dah ayat first tu, tapi... Tak nak bercerita panjang tentang di mana hati tu. InshaAllah kita umat Islam tau. 

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik; maka baiklah seluruh jasad, dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah HATI.

Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat (tanda kekuasaan Allah) dan mereka memiliki telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lengah. 
al A'raf, 7: 179


contengan budak yang baru bertatih di jalan ini


Eh! Hati kita bukan lah begitu bentuknya... (macam jantung lak, ade saluran) Cuma nak bagi paham; hati andai diisi dengan cinta dunia maka keluarlah cinta akhirat darinya, dan begitulah sebaliknya. 

Ooppsss! Macam mana lak dengan dunia?? Kan Allah berfiman:

Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah Allah berikan kepadamu, tetapi janganlah kamu melupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada yang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh Allah tidak menyukai orang berbuat kerosakan.
al qashah, 28: 77


Jawapannya; dunia itu di tangan. Kuasailah dunia ini untuk kebaikan umat Islam, untuk saham di akhirat. Inilah zuhud. Tidak menolak dunia namun tidak berlebihan dalamnya, dan mengutamakan bahagian akhiratnya.

Tutuplah saluran dunia dari memasuki hati. Tempat dunia itu di tangan dan tempat akhirat itu di hati. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang berpenyakit wahan yakni cintakan dunia takutkan mati. Hakikatnya, sejauh mana hati kita benar-benar diisi dengan cinta Allah? Sudah penuhkah disegenap ruang hati kita hanya Allah? ~istighfar~

Mohonlah kekuatan pada Yang Maha Memberi...
 
"Ya Allah beri kami kekuatan untuk menggenggam cinta dunia di tangan agar bila masa untuk melepaskannya; tiada pernah rasa bersedih hati, dan beri kami kekuatan untuk semat cinta akhirat di hati agar tiada kami pernah merasa untuk mensiakannya"

*semoga ramadhan melatih hati kita untuk menerima akhirat juga melatih tangan untuk menerima dunia*


Wednesday 27 July 2011

Dia Pencinta Sebenar

Bismillahirrahmanirrahiim

Eh! Sibuk study untuk exam; tapi teringin nak berkongsi cerita passaaal...seorang teman. Okeh! bace~


Bagaimana harus aku mulakan bicara? Kini empat bulan usia aku meninggalkan cinta seorang manusia. Namun mengapa sejak kebelakangan ini, kenangan itu sentiasa menghantuiku. Separti bayang-bayang; sentiasa mengekori.


"Sibukkan diri dengan kerja dakwah" begitu aku diberi pesan. Masih belum aku berjaya membuang segala ingatan tentangnya, bermakna masih belumkah aku sibuk menjalankan tugasku? Ya Rabbi...

Bagaimana harus untuk kita melupakan manusia yang pernah hadir dalam hidup kita?

Tidak! Aku tidak pernah menyesal untuk terus tidak berhubung dengannya. Apa yang aku kesali mengapa, bagaimana pernah aku terjebak?! Namun, begitulah ketetapan Allah. Benarlah, setiap apa yang Dia tentukan untuk hambaNya adalah agar kita semakin dekat padaNya. Bagaimana mungkin Si Pencinta inginkan kekasihNya semakin menjauh dariNya?? Cuma terpulang kepada kita untuk memilih jalan. Andai aku tidak melepaskannya, bagaimana untuk ku memperoleh cinta yang agung?


Demi jiwa dan penyempurnaan (ciptaan)nya, maka Dia mengilhamkan jalan kejahatan dan ketakwaannya, sungguh beruntung orang yang mensucikannya, dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.
asy syam, 91:7-10

Ya, aku cuba untuk merebut cinta Nya, tapi bagaimana untuk aku bertahan andai persekitaran di tanah asing ini sekan melambai dan berkata, "aku lah teman mu di waktu silam"? Tanah asing ini benar-benar membuatkan aku dibayangi masa silam.

Seratus tahun menanti... Mengapa aku pernah begitu tekad mengucapkannya? Kini, walau sejuta tahun menanti cinta sesiapa pun aku tak ingin, melainkan mengharap cinta Allah untuk selamanya.

Ya Allah selangkah aku merapati Mu, seribu langkah Kau pada ku. Namun, setapak aku menjauhi Mu, berapa langkah Kau menjauh? Tidak! Siapakah yang menjaga ku ketika aku taat; juga biarpun ketika aku maksiat? Allah, Engkau lah Pencinta sebenar!

Maka ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang...berikan aku kekuatan untuk melepaskan cinta dunia ini dari hati.


Okeh! sekian, terima kasih. Selamat beramal di bulan Ramadhan~

Friday 22 July 2011

Mendekati Nya

Alhamdulillah...

Setelah banyak kali bertukar-tukar tajuk; berfikir panjang apa didikan yang Allah nak sampaikan hari ni; akhirnya Bib memilih tajuk ni...

Istighfar...

Bila kita mengajak ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran, cuba kita tanya pada diri untuk apa kita melakukannya...Adakah untuk mereka dekat kepada kita atau kita mahu mereka mendekati Allah SWT. Terkadang tanpa kita sedar kita berlumba-lumba dengan orang lain untuk menarik ramai orang kepada kita bukan kepada Allah.



"Ehh, adik jom la ikut saya bersuka ria di taman  sambil dipayungi malaikat..takyah la ikut Mak Cik Senah tengok wayang. saya belanja ais cendol, nak?"

Muhasabah  diri; menulis, menuturkan bicara, memberi ilmu bukan untuk menarik orang kepada kita tapi kepada Pencipta Yang Agung.
 
------------------

Istighfar...

'Kerja' yang kita lakukan sekarang adakah kerana kita diberikan kerja oleh manusia atau kerana kita faham tanggungjawab kita terhadap kerja yang kita lakukan dan untuk mengejar redha Allah? Terikat dengan jawatan dalam melaksanakan tugas adakah mengundang keikhlasan di hati? Mengapa hanya bila kita mendapat jawatan, baru kita ber'kerja'; padahal kerja itu tanggungjawab sejak kita dilahirkan ke dunia??

"Sebab saye setiausaha Persatuan Pelajar Islam Kolej, so saye kena tegur cara berpakaian awak ni."

Benar! Dengan kuasa yang ada pada kita; kita harus melaksanakan amar makruf nahi munkar... tapi bukan kerana kuasa kita ber'kerja'...kuasa yang ada hanya alat untuk ber'kerja'. Kerana kefahaman kita bahawa dalam 'kerja' itu letaknya redha Allah maka dahulukan keikhlasan dalam berkerja baru kuasa.


------------------

Istighfar...

Hati manusia itu hanya satu. Andai diisi dengan cinta dunia maka cinta akhiratnya akan keluar dari hati. Cinta kita pada manusia lain kadang-kadang bila tidak disandarkan betul pada cinta Allah boleh merosakkan tugasan kita sebagai manusia!! Keluarga, sahabat, suami atau isteri, anak... owh, terutama bila sudah berkahwin.

 "Minta maaf ye, saye tak boleh nak bagi talk hari ni...Isteri saye itu, ini... "

Katakanlah: "Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isteri (atau suami-suami) mu, kaum keluargamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai; menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya serta berjihad untuk di jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya." Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
at taubah, 9:24

------------------

Istighfar...

Bila masanya kita merasakan diri sudah cukup hebat; 'otomatik'nya kita merendahkan orang lain. Kita hanya dapat melihat kelemahan orang lain dan tidak memberi peluang kepada orang lain untuk menunjuk skill mereka. Maka sukar bagi kita untuk menerima teguran dan nasihat padahal segala teguran dan ilmu itu datangnya dari Allah sendiri. 

"EEEHHHH! No! No! Ishh, hmm kena buat camni dulu... Ehh sini lah, biar saye buat!!"

Kalau betul cara saudara kita salah maka didiklah dengan cara yang betul. Niat kerana Allah untuk mendidik bukan untuk menunjuk saye-lebih-hebat!

------------------

Istighfar...

Dalam mendidik itu, pendidik perlu menyentuh hati anak didik- memberi ilmu pada hati bukan hanya pada akal. Hmmm siapakah yang bersalah bila anak didik tidak tertarik untuk mendengar?? (Bib pun tak tau) Maka banyak yang perlu diperbaiki dalam mendidik. Targetnya adalah pada hati!! HATI!

"Nenek, Nenek cakap banyak mana pun cucu takkan ikut. Tak menusuk di qalbu!"



Tapi!! Anak didik (owh! terutamanya Bib sendiri) juga perlu membuka hati menerima sebarang nasihat juga ilmu dari siapa pun, di mana jua; kerana kita yakin bahawa setiap yang menimpa kita adalah teguran dari Allah SWT. untuk kita. Tapi AWAS, ilmu harus di tapis dengan fikrah, terimalah SEMUA yang ISLAM dan sila buang yang selain daripada itu!

"Cucu, nenek cakap banyak-banyak ni cube la buka hati tu ye..."

Bila memberi maka sentuhlah hati, bila menerima maka bukalah hatimu...Owh! namun bukanlah atas usaha kita sesuatu itu terjadi. Allah lah yang memberi taufik dan hidayah; maka doa-mohonlah padaNya.
------------------

Setiap apa yang kita lakukan adakah semakin mendekatkan kita pada Allah atau kita semakin menjauh. Benar niatnya, betul caranya...inshaAllah!

ok! peace! jom berusaha memperbaiki kelemahan diri ^-^

Monday 18 July 2011

Surat Cinta

Bismillahhirrahmanirrahim

Surat cinta

surat cinta dari Pencinta

Bila hati aku niatkan keranaMu 
lebih dari apa yang kusangka
aku perolehi.

CintaMu yang Agung
CintaMu untuk insan yang mencintaiku
juga CintaMu untukku yang mencintai meraka...


empat surat cinta dariMu melalui insan Kau pilih


"Aku menginginkan sebuah cinta yang mendatangkan pahala dan keredhaan Allah SWT,
ini yang kudamba...bukan sebuah cinta yang mengheret kepada kenistaan dosa dan murkaNya.
Aku ingin mengubati kehausan jiwa ini dengan secangkir cinta dari syurga bukan air timah dari neraka."
 -habiburrahman-


Alhamdulillah,
 Cinta di jalan juang mengajarkan aku 
menyandarkan cinta pada yang haq.
 

 kepada awak yang memilih cinta Allah di persimpangan jalan, semoga thabat

^-^peace^-^

Saturday 16 July 2011

Kali Kedua

Bismillahhirrahmanirrahim

Kali kedua...
Tak nak terjebak lagi.
Tak nak...
Hilangkan perasaan itu
dari hatimu.

Tak nak lagi untuk kali kedua...
Apatah lagi untuk kali yang seterusnya.

Tak nak lagi mengisi hati dengannya..
Maka perlu diisi dengan yang lebih manis...

Katakan tidak!! Belajar katakan tidak!
Itu yang kau janji..

Lupakan...
Isi masamu dengan yang lebih manis..

Susah!!! Memang susah melupakan..
Usahalah!

Jangan lagi untuk kali kedua..
Hilangkan perasaan itu..

Allah pimpinlah aku menuju rumah kelak...
Berikan aku kekuatan menempuh ujian ini.

Thursday 14 July 2011

走れ!


走れば、やる気が出る
停止すれば、やる気をなくす
走り続ければ、やる気が続ける



辛さをなくし、笑いながら走ろう!
走れ!逃げない!



random =o="

Tuesday 12 July 2011

Wake Up Syabab!!

Generasi Harapan


al kahfi 18


 Di mana dicari pemuda Kahfi
 terasing demi kebenaran hakiki
 Di mana jiwa pasukan Badar berani
 menoreh nama mulia perkasa abadi

 Umat melolong di gelap kelam
 tiada pelita penyinar terang
 Penunjuk jalan kini membungkam
 lalu kapankah fajar 'kan datang

 Mengapa kau patahkan pedang mu
 hingga musuh mampu membobol benteng mu
  menjarah, menindas dan menyiksa
 dan kita hanya diam sekadar terpana

 Bangkitkan negeri
 lahirkan generasi
 Pemuda harapan
 tumbangkan kezaliman

 Wajah dunia Islam  kini memburam
 cerahkan dengan darah mu
 Panji Islam telah lama terkulai
 menanti bangkit kapal mu

 Allahuakbar!!

Di mana dicari pemuda Kahfi
 terasing demi kebenaran hakiki
 Di mana jiwa pasukan Badar berani
 menoreh nama mulia perkasa abadi


[song by; IZIS]

 kita memang asing..peace!
  

BANGKITLAH! Biarpun kita asing!

Tuesday 5 July 2011

Tadhiyyah ini...

Istighfar~ istighfar, istighfar...

Senyum...cuba melapangkan masa di kala kesibukan tahap maksima ini.

Siapakah di kalangan kalian merupakan anak sulung? Mesti anda seorang yang tabah dan banyak berkorban. Bib bukanlah anak sulung; tapi berdasarkan pemerhatian terhadap abang Bib sendiri sebagai anak sulung, dia memang selalu disuruh mengalah. Walau mungkin itu bukan apa yang dia kehendaki tapi kerana kasih sayang kepada adik-adik yang lain dan kerana hormat arahan mak bapa maka dituruti. Walaupun demikian, kasih sayang mak bapa kepada anak sulung yang berkorban tiada nilainya. Mak Bib sanggup tunggu 12 malam untuk wish birthday kat abang. Dan mak minta abang yang jaga mak bapa ketika mereka meniti usia tua. Abang tetap titipkan senyuman di kala kepedihan...

Inilah... tadhiyyah iaitu pengorbanan. Dalam kita  menyusuri dakwah dan tarbiyyah; 

untuk mengubah perlu berubah, untuk berubah perlu bermujahadah dan untuk bermujahadah perlukan tadhiyyah. 

Berkorban... 
biarlah aku ke sana; agar tiada mereka perlu bersusah payah ke sini,
biarlah masa rehatku tiada untuk masa bersama mereka,
biarlah tenaga, harta dan jiwa aku gunakan sepenuhnya, 
kerana ianya untuk mendapat redha Allah semata...
 

Memang kehidupan sebagai seorang Muslim yang belajar itu sentiasa disibukan dengan study, homework, aktiviti persatuan dan yang utama komitmen dalam dakwah dan tarbiyyah itu sendiri. Penat. lelah yang tak terhingga, ketiadaan masa untuk diri sendiri, untuk keluarga semuanya dirasakan..

Sebaik-baik teladan adalah kekasih Allah; Rasulullah S.A.W. . Titik peluh dan darah baginda tumpah untuk menyampaikan kalimah kebenaran. Sakit dan penat pernahkah baginda berkira?? Kita bagaimana?

Air mata yang menitis cuma Allah yang kira, penat lelah hanya padaNya tempat mengadu. Hanya padaNya diminta segala kekuatan dan pertolongan. Senyuman tetap untuk mereka, air mata hanya untuk aku, kerana aku minta hanya senyuman di akhirat kelak, bukan air mata kepedihan menahan seksaNya.

dan tidaklah mereka memberikan infak, baik yang kecil maupun yang besar dan tidak pula melintasi suatu lembah (berjihad), kecuali akan dituliskan bagi mereka (sebagai amal kebajikan), untuk diberi balasan oleh Allah (dengan) yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.
at taubah; 9:121

Keengganan untuk kehilangan siapa pun di dunia ini takkan sama seperti keengganan hilangnya cinta dari Allah.