Tuesday 25 December 2012

Pilihan

Kita tak pernah memilih untuk hidup.
Tapi hidup sentiasa memaksa kita untuk memilih.

Ada banyak sebab untuk menolak sesuatu yang buruk,
dan tiada sebab untuk menolak sesuatu yang baik.
Seribu satu sebab untuk katakan tidak pada satu.

Terima kasih, tapi jangan tunggu lagi.
Ada yang baik, untuk yang baik.
Allah, smpaikanlah.



Tuesday 18 December 2012

Diam Ku Menyakitkan

Maaf,
andai diamku menyakitimu,
kerana aku takut bicaraku 
akan lebih menzalimimu.

Maka biar aku pendam ini selamanya.
Biar hanya satu hati ini yang terguris,
kerana aku tahu Allah akan mengubatnya
lagi dan lagi.

:')



soal hati... kata-kata indah yang aku jumpai.
Hati ialah subjek yang paling tersembunyi, 
paling misteri, juga paling berseni. 
Keberadaan hati pada jasad insani 
berupaya menelan gelapnya kabut-kabut kemaksiatan, 
juga mengemudi naluri kepada kejayaan.
di sini. Indahkan?


Diam.
Pasti banyak saja yang menyakitiku,
bisa aku ceritakan pada dunia.
Tapi tidak.
Aku memilih untuk diam.

Kerana ada dakapan Allah untuk aku lontor segenap rasa,
menceritakan segala yang menyakitkan.
Lalu sembuh- dan puas dengan setiap tangis adu ku.

Maka,
 jangan tanya mengapa aku menghilang,
kerana aku butuh masa bersama Tuhanku,
tidak terhad di tikar sembahyang.

Maka jangan pelik andai aku terus diam.
Mengumpul segenap rasa.



Monday 17 December 2012

Ditanya Ada

Hadis mula-mula yang diajarkan pada kebanyakan kita
adalah hadis berkenaan niat, berkenaan hati...

Jauh berlayar di lautan ini, kita kelelahan hingga terlupa niat.
hati mungkin sudah jatuh jauh ke dasar lautan.

Jasad kita di situ, tapi tanyalah di mana kehadiran hati kita.

Dari 100 yang namanya terpampang pada screen,
Berapa ramai yang online, mute, dan tidur?
Berapa ramai yang online, mute, dan buat kerja lain?
Berapa ramai yang online, mute, menatap screen dan fikiran melayang?

Bila ditanya, "Are you there?"
"I'm here." cepat membalas, kemudian tarik selimut.

Kita ditanya tentang kebaradaan HATI, bukan jasad.

Aku melihat, aku dekat, aku tak mampu berbuat, aku takut.

Cried sooooooo much on this.

Takut selamanya tak beri nasihat.
Takut selamanya hebat bergerak, tapi hancur ibadat.

Yang Maha Mendengar,
tetapkanlah hati kami.

Sunday 16 December 2012

Nur Aimi

Banyak kali mak cerita,
Aimi selalu bawa jubahku
ke mana-mana.
Bawa tidur, peluk, cium.

Kali ini buat aku benar risau.
Aku tahu dia sayang aku.
Tapi aku takut andai aku tiada,
dia tak bisa berdiri sendiri.

Aku didik dia solat,
dia solat.
Tapi aku takut dia solat
kerana kakaknya.

Ya Allah,
dia masih kecil...
Beri aku lagi masa
untuk didik dia sebaiknya.

:'(


Tuesday 11 December 2012

Pengsan

Bismillah~

Kalau nak jawab soalan SPM pun terketar-ketar,
apatah lagi nak isi borang **
boleh pengsan.

Soal hidup. Ia titian ke hari akhir.
Syurga atau neraka.

Rabbi yasir wala tu'assir.

Pengsan jap. Malam.
Semoga diberi kekuatan...

Monday 10 December 2012

Nikmat: Ianya Pelbagai

Belajar bersyukur.
Kadang-kadang kena suruh orang lain
paksa diri ini untuk beramal.

Haha.
Bersyukur bukan bermaksud 'cukup-cukup'.
Bersyukur mungkin bermaksud 'cukup dengan segala yang Allah bagi, kita kena buat sesusuatu'.

Haila.
Lihat hanya satu jari telunjuk yang anda
selalu guna untuk bertasyahud tu,
bayangkan kalau satu jari tu tak ada.
Sedih kan?

Kalau nak tulis berapa banyak nikmat
yang Allah bagi memang tak terhabis tinta lautan.

Kena paksa pun satu nikmat. :)
(untuk orang yang degil, tapi masih mahu berubah, dan masih sempat berfikir yang paksaan itu juga nikmat).

Untuk yang suka salji atau yang tak suka;
Allah tak turunkan kat semua tempat tau!
Senyumlah. Jangan mengeluh. Nikmat pada mata, pada rasa. Peringatan pada akal, pada hati.





Wednesday 5 December 2012

Cerita Untuk Ummi. Rindu.

Bismillah.

Lab fizik. Setiap hari Jumaat. Bukan rutin. Ianya kehadiran jiwa.

Terlalu muda untuk itu.
Aku menghitung usia tarbiyyah.
Sekarang pun masih mentah
untuk semua ini.

Suatu malam...
Bila aku tanya pada diri, siapakah?
Siapakah yang akan membimbing kami?
Bila aku lihat rautmu,
Oh, begitulah seharusnya.
Lihatlah pakaianmu; bak ustazah.
Tapi bukan matapelajaran agama yang kau ajar.
Ya, tapi tetap agama yang kau suapkan pada kami.

Ummi,
Begitu kami menggelarmu.
Bahasa rahsia antara kami.
Tapi di kalangan yang tak asing,
mereka menggelarmu mak cik.
Kini aku menggelarmu mak cik,
untuk disebut di kalangan yang tak asing.

Ummi,
Hari ini buat pertama kali,
Aku membawa kitab zindani untuk anak-anakku.
Kau pernah ajarkan pada kami.
Tentang tauhid.
Tapi aku bawa tidak menarik, ummi.
Dan hanya mampu bercerita pendek.
Nikmat Allah, hanya orang yang
benar merasakannya bisa memberi.



Ummi,
Aku ingat lagi kau pernah menangis di hadapan kami.
Bercerita tentang kisah anak yatim.
Ummi, lembutnya hati mu.
Aku ingat juga cerita mu di perantauan.
Cerita mu tentang awal pakai hijab.

Ummi,
Aku tahu kau telah berpindah sekolah.
Aku tahu sukarnya ketika bersama kami.
Aku tahu ada saja fitnah terhadap kita.

Ummi,
Aku ingin katakan bersabarlah,
meski aku tahu engkau yang paling hebat dalam hal itu.
Hikmah mu ummi...
Memang sudah lama, sudah arif di jalan ini.

Ummi,
Aku ingin bertemu lagi.
Ummi,
Aku rindu.

Ummi,
Aku ingin berterima kasih.
Untuk segala macam pengorbananmu.
Walau tiga tahun,
perjumpaan kita hanya sekejap...

Ummi,
Andai bertemu aku ingin ungakapkan
'Ummi' di telinga mu.
Dan memanggil mu mak cik
seperti akhwat lain.
Ummi, aku mahu kau tahu aku sihat saja.
Aku masih di sini, Ummi.
Meski pernah cuba untuk lari.

Ummi,
Semoga umur mu diberkati,
Semoga Allah panjangkan usia mu
andai itu baik untuk mu,
untuk ummat ini.

Ya Allah,
pelihara ummi dan keluarganya.
Limpahkan nikmat pada mereka.
Ya Allah,
berkati titik peluh, harta benda
yang mereka gunakan untuk jalan ini.
Ya Allah,
Tuhan yang Mengizinkan segala sesuatu,
izinkan hamba bertemu dengannya lagi.


Ini salingan: Keputusan manusia selalu membuatkan kita kecewa. Tapi tidak untuk keputusan Allah. Dah penat menangis dengan keputusan manusia. Layan sangat perasaan tu, buat pening kepala tanya diri sendiri 'kenapa'. Kenapa diarong buat macam tu macam ni? Dan kita hanya dapat jawapan; mereka tak perlukan kamu, mereka abaikan kamu, kamu tak cukup bagus untuk itu dan ini, dan pelbagai jawapan, yang ya sangat mengecewakan. Tapi (kalau kita fikir) keputusan Allah, jawapan yang datang pada kita hanya; Allah cinta kamu, Allah tahu apa yang terbaik, Allah gantikan dengan lebih baik, Allah tak pernah kecewakan hambaNya.

Tuesday 4 December 2012

Manusia Perlu Air: Itu Fitrah

Bismillahirrahmanirrahiim.

Assalamualaikum wbt.

Sihatkah semua? Bajet diri sendiri sihat kan tanya orang lain.. Bukan apa, post hari ni ada kaitan dengan kesihatan. Ceewah. Bib bukan budak medik.

Siapa suka air masak atau air putih, sky water, air mineral pun termasuk... Siapa suka air ni? Yang takde rasa.

Air masak yang paling sedap kat dunia ni adalah air masak rumah sendiri kat Malaysia tu. Mungkin sebab air tu diproses, dimasak dalam mesin, tak nampak air tu diambil dari paip dan dimasak dalam cattle. Dan mungkin sebab rumah sendiri. Air masak (atau yang sama waktu dengannya) kedua sedap kat dunia ni adalah air mineral yang dijual dalam botol tu. Tapi... Tapi sedap (boleh masuk) macam mana pun, sehari paling kurang seteguk dua. Paling banyak tiga empat lima teguk. Lima tu dah kira banyak, tahu...

Ala Bib... Kat Jepun kan air diaorang sedap. Siap boleh minum terus air yang keluar dari paip sebab bersih. Tak perlu masak-masak. Lagi- lagi kat Toyama, air paling sedap.

Hmmph. Sebab air tu keluar terus dari paip la Bib tak nak minum.

Tapi kebelakangan ni, sakit perut menjadi sebab kurang air... Masa ni lah air rasa sangat diperlukan untuk mencuci perut... (buah pinggang lebih tepat!)

Malam semalam, selepas berbuka puasa dengan lauk yang diidamkan, ditambah pula dengan coklat mars satu bar, dan toblerone satu bar, serta sotong kering satu paket... Dek keletihan, dan mata tak mampu lagi menerima cahaya, Bib pun terlelap lepas isya. Padahal kena siapkan report untuk dihantar keesokkannya (iaitu hari ini).

Selepas dikejutkan oleh roomate yang gigih menghadap laptop, Bib rasa perut sakit sangat... Lalu terus menerpa ke dapur untuk mencari AIR! (Waaa biasa bangun benda pertama cari adalah makanan).

Ko nak cerita apa Bib?

Bib nak kata... Masa Bib minum air masak malam tu, sambil buat report, Bib terfikir...

"Kita benar-benar akan melakukan sesuatu atau menerima sesuatu, bila kita benar- benar perlukan ia."

Seperti manusia normal lain yang sihat lagi cantik; tentu anda tahu yang tubuh anda memerlukan air (dalam kuatiti yang banyak ofkos). Kerana itu anda minum air masak. Bagi orang yang buat- buat tak tahu dan degil (asyik nak menangkan; air masak tak sedap) macam Bib, kitaorang memang taknak minum. Sobs. Bib akan belajar untuk memerlukan air masak.

Bukan kah CINTA juga begitu? Kita menyintai kerana memerlukan.

Tanya TIGA SOALAN pada diri anda;
Apa cinta kita?
Sudah benarkah kita menyintai?
Benarkah kita rasa memerlukannya?

Tepuk dada, tanya iman dan JAWABlah.
FIKIRlah T-T

Wallahualam.