Wednesday, 10 April 2013

Bukan Yang Terakhir

Bismillahirrahmanirrahiim

Setelah sekian lama berhenti, ini adalah post terakhir di sini inshaaAllah. Mungkin kata terakhir yang bib boleh kongsi dengan pembaca ialah...

Istiqamahnya kita di jalan ini bukan kerana usaha kita semata, tapi adalah kerana kasihnya Allah pada kita. Tetaplah berharap Dia memilih kita untuk terus di jalan ini. Nikmatnya dakwah ini!

Paksi Cinta Kekasih. Semoga ke mana saja kita membawa diri, halakan cinta kita pada yang satu.

Ini yang terakhir di sini.  Tak mampu beri komitmen. Tak nak la buat kerja separuh jalan kan... :) Menulis tetap menulis walau bukan di sini.

Salam penuh kasih,
Habibah.

Paksi Cinta Habibah. Cinta kita. Allahualam!

Saturday, 2 February 2013

Satu Dari Yang Tiga

Antara ego pada kata janji,
aku katakan tidak.
Biarpun aku suka,
lepaskan dia pergi.

Antara ego menurut kata manusia,
aku katakan tidak.
Biarpun dia suka
aku tetap akan pergi.

Meski melancar di medan dakwah,
biar terkubur kisah silam,
biar pergi angan remeh,
melepaskan merelakan.

Meski mulia di mata manusia,
meski putih bersih dari kata nista,
jangan perasaan mengiyakan andaian,
kesukaan ku bukan lagi segalanya.

Di titik ini aku diuji.
Apa benar kerana cinta Nya.
Maka aku cuba untuk memilih.
Memilih yang bisa menyampaikan
kami pada matlamat.

Orang kata apa erti bahagia kalau tak menyintai.
Orang kata apa erti bahagia kalau tak dicintai.

Aku kata apa erti bahagia kalau matlamatku tak capai.
Menyintai dan dicintai bila Allah dekat kita.
Ia datang kemudian selepas cinta Allah.

Lepaskanlah segala apa.
Jangan bebankan hatimu lagi.
Belajar redha.
Apa-apa untuk ummah.

Istikharah.




(please lah, nape ko datang time aku nak exam?? Lama kan tak update? Habuuk!)

Tuesday, 25 December 2012

Pilihan

Kita tak pernah memilih untuk hidup.
Tapi hidup sentiasa memaksa kita untuk memilih.

Ada banyak sebab untuk menolak sesuatu yang buruk,
dan tiada sebab untuk menolak sesuatu yang baik.
Seribu satu sebab untuk katakan tidak pada satu.

Terima kasih, tapi jangan tunggu lagi.
Ada yang baik, untuk yang baik.
Allah, smpaikanlah.



Tuesday, 18 December 2012

Diam Ku Menyakitkan

Maaf,
andai diamku menyakitimu,
kerana aku takut bicaraku 
akan lebih menzalimimu.

Maka biar aku pendam ini selamanya.
Biar hanya satu hati ini yang terguris,
kerana aku tahu Allah akan mengubatnya
lagi dan lagi.

:')



soal hati... kata-kata indah yang aku jumpai.
Hati ialah subjek yang paling tersembunyi, 
paling misteri, juga paling berseni. 
Keberadaan hati pada jasad insani 
berupaya menelan gelapnya kabut-kabut kemaksiatan, 
juga mengemudi naluri kepada kejayaan.
di sini. Indahkan?


Diam.
Pasti banyak saja yang menyakitiku,
bisa aku ceritakan pada dunia.
Tapi tidak.
Aku memilih untuk diam.

Kerana ada dakapan Allah untuk aku lontor segenap rasa,
menceritakan segala yang menyakitkan.
Lalu sembuh- dan puas dengan setiap tangis adu ku.

Maka,
 jangan tanya mengapa aku menghilang,
kerana aku butuh masa bersama Tuhanku,
tidak terhad di tikar sembahyang.

Maka jangan pelik andai aku terus diam.
Mengumpul segenap rasa.



Monday, 17 December 2012

Ditanya Ada

Hadis mula-mula yang diajarkan pada kebanyakan kita
adalah hadis berkenaan niat, berkenaan hati...

Jauh berlayar di lautan ini, kita kelelahan hingga terlupa niat.
hati mungkin sudah jatuh jauh ke dasar lautan.

Jasad kita di situ, tapi tanyalah di mana kehadiran hati kita.

Dari 100 yang namanya terpampang pada screen,
Berapa ramai yang online, mute, dan tidur?
Berapa ramai yang online, mute, dan buat kerja lain?
Berapa ramai yang online, mute, menatap screen dan fikiran melayang?

Bila ditanya, "Are you there?"
"I'm here." cepat membalas, kemudian tarik selimut.

Kita ditanya tentang kebaradaan HATI, bukan jasad.

Aku melihat, aku dekat, aku tak mampu berbuat, aku takut.

Cried sooooooo much on this.

Takut selamanya tak beri nasihat.
Takut selamanya hebat bergerak, tapi hancur ibadat.

Yang Maha Mendengar,
tetapkanlah hati kami.

Sunday, 16 December 2012

Nur Aimi

Banyak kali mak cerita,
Aimi selalu bawa jubahku
ke mana-mana.
Bawa tidur, peluk, cium.

Kali ini buat aku benar risau.
Aku tahu dia sayang aku.
Tapi aku takut andai aku tiada,
dia tak bisa berdiri sendiri.

Aku didik dia solat,
dia solat.
Tapi aku takut dia solat
kerana kakaknya.

Ya Allah,
dia masih kecil...
Beri aku lagi masa
untuk didik dia sebaiknya.

:'(


Tuesday, 11 December 2012

Pengsan

Bismillah~

Kalau nak jawab soalan SPM pun terketar-ketar,
apatah lagi nak isi borang **
boleh pengsan.

Soal hidup. Ia titian ke hari akhir.
Syurga atau neraka.

Rabbi yasir wala tu'assir.

Pengsan jap. Malam.
Semoga diberi kekuatan...