Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Wednesday, 5 December 2012

Cerita Untuk Ummi. Rindu.

Bismillah.

Lab fizik. Setiap hari Jumaat. Bukan rutin. Ianya kehadiran jiwa.

Terlalu muda untuk itu.
Aku menghitung usia tarbiyyah.
Sekarang pun masih mentah
untuk semua ini.

Suatu malam...
Bila aku tanya pada diri, siapakah?
Siapakah yang akan membimbing kami?
Bila aku lihat rautmu,
Oh, begitulah seharusnya.
Lihatlah pakaianmu; bak ustazah.
Tapi bukan matapelajaran agama yang kau ajar.
Ya, tapi tetap agama yang kau suapkan pada kami.

Ummi,
Begitu kami menggelarmu.
Bahasa rahsia antara kami.
Tapi di kalangan yang tak asing,
mereka menggelarmu mak cik.
Kini aku menggelarmu mak cik,
untuk disebut di kalangan yang tak asing.

Ummi,
Hari ini buat pertama kali,
Aku membawa kitab zindani untuk anak-anakku.
Kau pernah ajarkan pada kami.
Tentang tauhid.
Tapi aku bawa tidak menarik, ummi.
Dan hanya mampu bercerita pendek.
Nikmat Allah, hanya orang yang
benar merasakannya bisa memberi.



Ummi,
Aku ingat lagi kau pernah menangis di hadapan kami.
Bercerita tentang kisah anak yatim.
Ummi, lembutnya hati mu.
Aku ingat juga cerita mu di perantauan.
Cerita mu tentang awal pakai hijab.

Ummi,
Aku tahu kau telah berpindah sekolah.
Aku tahu sukarnya ketika bersama kami.
Aku tahu ada saja fitnah terhadap kita.

Ummi,
Aku ingin katakan bersabarlah,
meski aku tahu engkau yang paling hebat dalam hal itu.
Hikmah mu ummi...
Memang sudah lama, sudah arif di jalan ini.

Ummi,
Aku ingin bertemu lagi.
Ummi,
Aku rindu.

Ummi,
Aku ingin berterima kasih.
Untuk segala macam pengorbananmu.
Walau tiga tahun,
perjumpaan kita hanya sekejap...

Ummi,
Andai bertemu aku ingin ungakapkan
'Ummi' di telinga mu.
Dan memanggil mu mak cik
seperti akhwat lain.
Ummi, aku mahu kau tahu aku sihat saja.
Aku masih di sini, Ummi.
Meski pernah cuba untuk lari.

Ummi,
Semoga umur mu diberkati,
Semoga Allah panjangkan usia mu
andai itu baik untuk mu,
untuk ummat ini.

Ya Allah,
pelihara ummi dan keluarganya.
Limpahkan nikmat pada mereka.
Ya Allah,
berkati titik peluh, harta benda
yang mereka gunakan untuk jalan ini.
Ya Allah,
Tuhan yang Mengizinkan segala sesuatu,
izinkan hamba bertemu dengannya lagi.


Ini salingan: Keputusan manusia selalu membuatkan kita kecewa. Tapi tidak untuk keputusan Allah. Dah penat menangis dengan keputusan manusia. Layan sangat perasaan tu, buat pening kepala tanya diri sendiri 'kenapa'. Kenapa diarong buat macam tu macam ni? Dan kita hanya dapat jawapan; mereka tak perlukan kamu, mereka abaikan kamu, kamu tak cukup bagus untuk itu dan ini, dan pelbagai jawapan, yang ya sangat mengecewakan. Tapi (kalau kita fikir) keputusan Allah, jawapan yang datang pada kita hanya; Allah cinta kamu, Allah tahu apa yang terbaik, Allah gantikan dengan lebih baik, Allah tak pernah kecewakan hambaNya.

Tuesday, 4 December 2012

Manusia Perlu Air: Itu Fitrah

Bismillahirrahmanirrahiim.

Assalamualaikum wbt.

Sihatkah semua? Bajet diri sendiri sihat kan tanya orang lain.. Bukan apa, post hari ni ada kaitan dengan kesihatan. Ceewah. Bib bukan budak medik.

Siapa suka air masak atau air putih, sky water, air mineral pun termasuk... Siapa suka air ni? Yang takde rasa.

Air masak yang paling sedap kat dunia ni adalah air masak rumah sendiri kat Malaysia tu. Mungkin sebab air tu diproses, dimasak dalam mesin, tak nampak air tu diambil dari paip dan dimasak dalam cattle. Dan mungkin sebab rumah sendiri. Air masak (atau yang sama waktu dengannya) kedua sedap kat dunia ni adalah air mineral yang dijual dalam botol tu. Tapi... Tapi sedap (boleh masuk) macam mana pun, sehari paling kurang seteguk dua. Paling banyak tiga empat lima teguk. Lima tu dah kira banyak, tahu...

Ala Bib... Kat Jepun kan air diaorang sedap. Siap boleh minum terus air yang keluar dari paip sebab bersih. Tak perlu masak-masak. Lagi- lagi kat Toyama, air paling sedap.

Hmmph. Sebab air tu keluar terus dari paip la Bib tak nak minum.

Tapi kebelakangan ni, sakit perut menjadi sebab kurang air... Masa ni lah air rasa sangat diperlukan untuk mencuci perut... (buah pinggang lebih tepat!)

Malam semalam, selepas berbuka puasa dengan lauk yang diidamkan, ditambah pula dengan coklat mars satu bar, dan toblerone satu bar, serta sotong kering satu paket... Dek keletihan, dan mata tak mampu lagi menerima cahaya, Bib pun terlelap lepas isya. Padahal kena siapkan report untuk dihantar keesokkannya (iaitu hari ini).

Selepas dikejutkan oleh roomate yang gigih menghadap laptop, Bib rasa perut sakit sangat... Lalu terus menerpa ke dapur untuk mencari AIR! (Waaa biasa bangun benda pertama cari adalah makanan).

Ko nak cerita apa Bib?

Bib nak kata... Masa Bib minum air masak malam tu, sambil buat report, Bib terfikir...

"Kita benar-benar akan melakukan sesuatu atau menerima sesuatu, bila kita benar- benar perlukan ia."

Seperti manusia normal lain yang sihat lagi cantik; tentu anda tahu yang tubuh anda memerlukan air (dalam kuatiti yang banyak ofkos). Kerana itu anda minum air masak. Bagi orang yang buat- buat tak tahu dan degil (asyik nak menangkan; air masak tak sedap) macam Bib, kitaorang memang taknak minum. Sobs. Bib akan belajar untuk memerlukan air masak.

Bukan kah CINTA juga begitu? Kita menyintai kerana memerlukan.

Tanya TIGA SOALAN pada diri anda;
Apa cinta kita?
Sudah benarkah kita menyintai?
Benarkah kita rasa memerlukannya?

Tepuk dada, tanya iman dan JAWABlah.
FIKIRlah T-T

Wallahualam.


Wednesday, 25 July 2012

Yang Dirantai Bukan Keampunan

Ketika yang dirantai tidak lagi membisik ,
yang tinggal hanya aku- berdiri sendiri,
maka jatuhku juga sendiri.

Ketika semua pintu nikmat dibuka,
Ada yang mampu senyum gembira,
Ada pula menangis hiba-
menyesali salah laku terhadap nikmat kurnia.

Tatkala satu pertiga ini merupakan nikmat,
bukan banyaknya nikmat yang ku pinta,
tapi mohon dihapuskan dosa maksiat,
bawa ku semula pada cahaya.

Sejauh mana ku pandu ramadhan ini?

...

Ghuraba. Gila. Ghairah. Dan. Gelojoh.
Empat perkara bermain dibenak rasa-
memaknakanya pada jalan cinta ini.

Akan datang barangkali...

Cukup.

Walau hati masih mahu bicara,
biarkan tulisan mematikan kata.

Thursday, 31 May 2012

Beraksi: Kitalah Watak Itu

Bismillahirrahanirrahiim

Assalamualaikum wbt.

Haritu hampir saja mahu terkeluar jantung Bib kerana merasakan sungguh lajunya gerabak dakwah ini!

1) 12 JAM sahaja untuk syahid menuju syurga

Yeah. Separuh dari hari kita! Hanya 12 jam saja untuk menghabiskan riwayat kita dengan pengakhiran yang baik. Itu apa yang berlaku di Haulah, Syria.

Dan hamba Allah yang sedang ini masih lagi hidup. Entah bagaimana pengakhiran kita... huukkkkkkk
Ingin segera menemui Allah SWT dan bersama Baginda SAW.

2) IKHWAN MUSLIMIN memacu ke hadapan.

Ini sumpah memang rasa kereta api ni sangat laju! Mesir buat pertama kalinya setelah berpuluhan tahun diperintah oleh autokrat, membuat pilihanraya. Ya. Mesir sudah mula menghirup udara kebebasan.

Antara calon presiden pilihanraya Mesir adalah Dr. Mursi; yakni ahli Ikhwan Muslimin. Beliau mendapat undian tertinggi setakat ini.

Dr. Muhammad Mursi

1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan 5 anaknya menghafaz al-Quran
2. Satu-satunya calon yang berjanji di hadapan Allah dan rakyat untuk melaksanakan syariat Islam
3. Satu-satunya calon yang pernah mengajar di 5 buah universiti antarabangsa
4. Satu-satunya calon yang pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA
5. Satu-satunya calon yang pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik dunia dari tahun 2000-2005.
6. Satu-satunya calon yang tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh syura.
7. Satu-satunya calon yang memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation
8. Satu-satunya calon yang berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan
9. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya Jemaah Islam terbesar di dunia iaitu Jemaah Ikhwan Muslimin.
10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran.
 


Pemimpin sebegini. Kalau memerintah... SubahanaLlah! Alhamdulillah kalau Ikhwan Muslimin menang, Palestine akan dapat bantuan. Nah! Ini sumpah tanda hampir kepada kejayaan kita!

Tapi...
Tapi...
Tapi...

Di mana kita?
Pasti saja Dr Muhammad Mursi itu antara golongan yang berada di gerabak hadapan. Merekalah enjin gerabak ini. Penggerak. Yang benar-benar ikhlas!

sedang aku di suatu sudut. sesak nafas. bisa saja tercampak keluar. sungguh laju. sumpah.







Pasti enggan kembali bila di sana sudah kutemui cinta-cinta ku!

sudah lama kucari orang yang menginginkan tindakan,
tapi mereka semua menginginkan kata-kata.
-Jalaluddin Ar Rumi-

BERAKSI SEGERA!

Thursday, 19 April 2012

Jiwa Palestina

Aku tekan satu persatu hurufnya pada papan kekunci ini.
P.A.L.E.S.T.I.N.A

Aku lihat lagi
yang sudah ku ketahui
memang begitulah keadaannya.

Kerana satu tugasan
aku kuatkan hati melihat
kesengsaraan di sana.

Jutaan saudaraku mati di sana
berjuang melawan zionis.
MATI.

Bila masaku ya Allah?
Bila masaku?

Aku ingin mati seperti mereka.

Tapi INIlah jihad kami.

Ya Allah,
pinjamkan aku kekuatanMu.
Sabarkan aku.
Matikan aku dalam jalanMu.
Matikan aku dalam kecintaan padaMu.
Matikan aku dalam dakapan kasihMu.

Friday, 17 February 2012

Ustaz Tak Ramai!

Bismillahirrahanirrahiim...

Ya ni post kedua hari ni... Tak da kerja la tu! Ada! Banyak kerja bersusun ni. Tapi nak jugak!

Baru tadi skype dengan Mak. Sekarang Mak dengan Aimi suka sangat tengok rancangan bersama Uztaz Don kat TV al Hijrah tu. Hari ni Ustaz Don datang Kuching, bagi talk. Tak tahu lah macam mana tiba-tiba;

Mak kata, "Nanti carilah suami macam Ustaz Don".

"Ha? Nanti muka," (buat-buat) terkejut sambil buat gaya ala-ala Ustaz Don.

"Carilah ustaz, boleh bersabar ngan perangai bibah"

"Sampai hati Mak. wuuwuu. Kechak!" sambil buat gaya hati terluka.

dalam hati; Mak, I tengah struggle untuk berubah lah ni.

"Dah ada calon kah?"

"Ha? Tak de lagi. Mak lah cari kan. Hahaha... Eh. Jangan-jangan!"

"Hehe"
(Calon? Yang macam ustaz ke? Keluar lah imej budak al Azhar, budak Indonesia. hahaha... banyak je calon)

"Cari calon dari Uk ke, France ke, Rusia ke... baru smart, Mak!"
...

Begitu lah perbualan skype kami. Haha...

Lawak lah. Tak rasa lawak ke? Banyak orang yang masih anggap ustaz-ustazah tu orang je orang yang soleh. Ye tau, korang tak macam tu... Kita generasi yang berevolusi ;) Nak fahamkan generasi atas bukan senang, kan? Mangsa keadaan. Huuu. Tak pe cuba faham kan sikit-sikit.

Kalau lah ada ibu yang kata kat anak lelaki dia; "Nanti carilah calon isteri yang Ustazah". Alamatnya tak kahwin lah gadis 'bukan ustazah'.

Nope! Bukan salah ibu bapa yang tak faham... Nak cari siapa salah, memang takkan habis masalah.

Siapalah yang taknak suami hafaz al Quran, boleh bercakap depan khalayak, berkepimpinan, boleh bimbing kita menuju Syurga (berjubah, berserban)? Ya, hakikat fitrah manusia itu nak semua yang baik.

Tapi...

Tapi...

Tapi...

Kalau Bib kahwin dengan Ustaz (yang pakai jubah, serban semua tu), agak-agak saudara-mara yang lain boleh terima ke?  Melihat suasana di sana, kalau dibandingkan Ustaz A yang pandai berkata-kata bagi ceramah dengan Engineer muda B (contohnya) yang pandai bermain, bergaul dengan anak-anak muda, boleh melawak dengan mak cik- mak cik, boleh  bersembang dengan pak cik- pak cik; rasanya masyarakat lebih memilih B.
 
Sungguh tidak dinafikan ustaz-ustaz kita sekarang memang memiliki karisma yang cukup menarik dan mudah bergaul dengan anak-anak muda. Ya, lihat saja Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don. Respect! Malangnya, bukan semua kita berprofession ustaz-ustazah. Ibu bapa pun kebanyakkannya menggalakkan anaknya menceburi bidang sains dan ekonomi, kan? 

Berbalik kepada kisah pemuda B. Tak habis lagi. Keterampilan B (of course tidak melanggar syariat) menyebabkan dia mudah bergaul dengan masyarakat sekeliling... dan orang sekeliling akan mudah menerimanya. Jadi, dia boleh 'pancing' beberapa orang untuk duduk bersama membina jiwa! Dan bukannya hanya memberi ceramah, tanpa ada pemantauan yang berterusan!

Ooh... orang yang berbulatan gembira la ni?

Uhuk... uhuk... Ya, itu lah...

Jadi apa pulak kaitannya pemuda macam B dengan perkahwinan Bib?

:)

Tujuan hidup bukan nak berumah tangga semata-mata. Dia bukan sekadar orang yang menangggung nafkah, atau orang yang bertahan dengan kerenah Bib. Sebab dia bukan untuk Bib seorang. Dia untuk keluarga, dan satu komuniti. Tak beerti kalau ada suami soleh yang sejuk mata memandang, tapi tak musleh; tak bisa men'soleh'kan masyarakat. Soleh wa musleh. Baik dan membaikkan. Biarlah tak da tittle ustaz, asal masyarakat bisa mendengar dan menerima mesej islah itu. InshaAllah.

Mak!! Bib akan dapatkan calon menantu yang boleh membawa kita semua ke syurga. Ya, satu kampung kita bawa sekali.

Err... beratnya. Ni yang susah nak kahwin ni. Eh. Jodoh Allah tetapkan. :)

Allahualam.

Saturday, 4 February 2012

Dari Kekasih Untuk Kekasih

Sungguh aku mencintai
Sungguh aku merindui
kamu kekasih.

Tatkala kerana cinta mu
yang tulus suci,
jutaan jiwa sanggup berkorban
biar harta, tenaga, masa
hatta nyawa melayang...
demi menyambung cinta ini.

Dan saat ini,
aku kekasih mampu menghirup
wangian cinta itu.

aku kekasih ingin menjadi 
sebahagian dari jutaan jiwa
yang menyambung perjuangan ini.

Andai Anas mengimpikan, "Akulah pembantu kecil mu"...
Aku mendambakan, "Akulah kekasih kecil mu".

Namun jalan ini bukan mudah,
mereka yangg dijanjikan bersama mu
bukan calang-calang...

Maka aku belajar untuk jadi kekasih
yang bisa menyebarkan cinta ini ke segenap isi bumi.

Aku kekasih ingin bersama mu kekasih,
bertemu dengan yang Maha Pengasih.

Ya Habibullah,                         
Ya Rasulullah,                         
selawat dan salam ke atas mu.

Saturday, 14 January 2012

BAITUL MUSLIM

Bismillahirrahmanirrahim~

astaghfirullahhal'azim 3x

pewitt... hihihi. Nak cerita pasal ni lah. Kebelakangan ni persekitaran Bib selalu berkaitan dengan perkara ni. Teringan nak membincangkan isu semasa sebenarnya. Pasal pelajar luar negara yang menerima kejutan budaya vs pelajar luar negara yang menjumpai cara hidup yang syumul, pasal keburukan demonstrasi lebih banyak berbanding kebaikan, pasal kekejaman Gadafi dan kekejaman orang yang membunuhnya, pasal industri hiburan kita lebih kepada kebaikan atau keburukan dan banyak lagi lah. Nak sangat membincangkan pemikiran kita terhadap isu semasa ni; menilai sesuatu tanpa mengikut hawa nafsu dan fikiran sendiri, tapi berlandaskan Islam semata. (haa kan dah panjang).

Ok, taknak lah cakap perkara 'contrast' tu tapi nak cerita pasal KELUARGA MUSLIM. Ya, mendirikan rumah tangga. Eh. Sebenarnya bukan lah suatu perkara yang excited sangat tapi lebih kepada merisaukan.
saje letak sebab comel :) [sumber]

Tahu tak, berdasarkan cakap-cakap orang yang ada pengalaman; kalau nak kahwin tu kena ada paling kurang 20 ribu hingga 30 ribu ringgit Malaysia? Haih, peluh. Banyak kan? Mula lah fikir, boleh tak nak kurang dari tu... ala kadar je cukup lah... nape nak kena guna duit banyak sangat? bla bla bla. Memanglah Bib. Kenduri, hantaran, baju kahwin, kad jemputan dan banyak lagi kena guna banyak duit, tahu? Amboi~ So, Bib sarankan marilah kita sama-sama kumpul duit mulai saat ini. Mari lancarkan Tabung Baitul Muslim, dan sila jangan lupa Tabung Palestine, ye?! Tak kisah lah siapa calon pasangan hidup anda (tolong jangan berangan!), tapi ini adalah persediaan ke arah BM... Nak menaiki tangga untuk capai Ustaziatul Alam, kan?

Duit satu hal,

Ada lagi yang lebih penting. Iaitu peribadi kita. Cuba muhasabah diri, dah layak ke tak untuk menerima seseorang dalam hidup? Tengok dapur, tengok meja study... kalau tak kemas susah lah kan? Malas nak explain panjang. Paham-paham sendiri lah ye. Pengurusan masa kita lagi. Nanti dah ber'BM' kalau masa pun tak pandai nak urus, keluarga ke mana, dakwah dan tarbiyyah ke mana. Fuu~

Kalau duit dah ada, dah boleh memasak, rumah pun dah teratur, hidup tak serabut, bijak mengurus masa... pastu kena fikir pulak pasal family kita, nak jauh dari keluarga ke tak (sebab ada tanggungjawab dakwah ke atas mereka). pasal kerja kita, nak kerja kat mana, keperluan tarbiyyah kita, tuntutan dakwah di negeri kelahiran, dan banyak lagi lah bende kena fikir. haa~ ingat senang nak kahwin?! (macam makcik membebel. macam lah ada pengalaman. haha)

Jahiliyyah yang masih merantai diri, takkan mencantikkan plan kita untuk mendirikan Baitul Muslim, lantas merosakkan tangga kita untuk menaiki maratib amal. Eh, Faham kan?



Ahsanu amal. ihsan dalam setiap yang kita lakukan. Perkara besar bermula dengan perkara kecil. Bila bercakap pasal Baitul Muslim, tolak ke tepi sekejap dengan siapa kita nak kahwin. Jodoh Allah dah tentukan. Fikirlah persediaan kita, aqidah kita. Kalau masih ada Ilah selain Allah dalam diri, macam mana kita nak kahwin kalau kahwin itu menambahkan Ilah kita? Macam mana nak menjadikan hati kita hanya milik Allah walaupun dah kahwin. So, settle dulu diri sendiri; dari segi Ilah, masa, skill dan lain-lain. Inilah usaha terbesar yang kita kena lakukan selain usaha kecil yakni mencari 'calon pasangan hidup'.  Bila betul-betul dah sedia, inshaAllah Allah hadirkan 'dia' dalam hidup kita. Memang kita takkan pernah jadi perfect, tapi bila Allah dah 'hadiahkan' tu, maksudnya kita layak lah menerima, kan? ;)

Dan sentiasa perbaiki niat kita, untuk mendapat mardhatillah.

Huu, untuk diri sendiri sebenarnya; kena banyak muhasabah. Kena bersedia untuk mujahadah dan tadhiyah. Fuu~

Last, nak share hadis yang Bib dapat hari ni;
Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."
(HR Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)    
Allahua'lam

Wednesday, 14 December 2011

Jangan Buat Kat Orang Lain Apa Yang Awak Dah Buat Kat Saya

Bismillahirrahmanirrahiim

Di celah malam (ayat ngantuk) hari ni, nak share sikit cerita dari teman... Lama tak dengar kisah dia kan? :)

"Jangan buat kat orang lain apa yang awak dah buat kat saya", aku masih ingat pesanan itu. Ya Allah dosa silam ku memang banyak. Telah banyak aku bermaksiat padaMu. Kalau bukan kerana Engkau masih mengasihiku, pasti aku masih lagi hanyut dalam nanah cinta manusia.

"Jangan buat kat orang lain apa yang awak dah buat kat saya", tak usah disenaraikan apa telah aku lakukan padanya. Ya Allah, beri aku kekuatan untuk menulis... bukan untuk mengingatinya. Tapi untuk mencari nilai tarbiyyah pada ayat itu.

"Jangan buat kat orang lain apa yang awak dah buat kat saya", saat aku mahu melangkah dengan hanya bertemankan cinta Allah, banyak pula cabaran yang harus aku tempuhi. Keadaan ini. Orang lain itu. Mengulangi perbuatan bukan sekadar pada fizikal tapi juga hati. Ya, jangan ulangi perbuatan hati yang dulu. Senang untuk aku sebutkan dan aku sedang berpesan pada diriku juga kalian; jangan menyimpan perasaan cinta pada seseorang.

"Jangan buat kat orang lain apa yang awak dah buat kat saya", baik hati baik lah anggota lainnya. InshaAllah, kalau hati hanya dipenuhi dengan cinta Allah mana mungkin, mulut mahu melafaz cinta pada si tanah, mana mungkin anggota yang lainnya tegar melakukan maksiat padaNya.

Pepisahan itu, bukanlah pilihan yang salah dan aku takkan menyesalinya. Dan selpas perpisahan itu ada lagi ujian yang lebih besar untukku; iaitu untuk istiqamah dan tidak mengulangi dosa ku yang silam.

Sekian, kisah teman. Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita menempuh dugaan di jalan ini, diberi kekuatan untuk mencintai Dia sahaja.

Saturday, 22 October 2011

Jawapan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah... InshaAllah telah menemukan jawapan kepada persoalan yang kerap mengetuk hati minggu ni.. dan Subahanallah, temukan dengan cara yang tak pernah diduga...






Bib meluahkan dan minta andai ada sesiapa yang boleh ajarkan  bagaimana untuk membalas cinta yang agung; dalam FB. Bib tanyakan pada seorang kawan... begini lebih kurang perbualan:

(guna nama kawan sebagai Sirap, her favorite bantal peluk^^ Sirap yang Bib kenal sangat sayangkan arwah ayahnya.)
Bib   : Sirap, bib tanye ye...bayangkan seorang yang palingggggggg Sirap sayang.....Sirap rasa Sirap dah balas tak cinta dia? Sirap rasa siapa lebih sayang siapa...... huuuuuu ?? mayou (pening; lebih kurang maksud) ‎:'|
Sirap
: Sirap rasa Sirap dah balas kasih sayang dia semampu yang Sirap boleh buat :) Sebab tu Sirap tak nangis masa dia dikapankan... Sampai orang cakap budak ni takde perasaan ke ayah dia meninggal? :)
Bib    : Hūuu.. :'| Sirap... Ayah Sirap mesti sayang sangat kat Sirap... Sirap sentiasa ingat kat dia kan?? Tq Sirap...
Sirap
: Sirap pun rasa ayah Sirap sayang Sirap... sayang semua orang bib.. Yang penting jangan buat orang marah...Bib tahukan Sirap sayang bib? 
Bib    : Ouch.. So sweet! ;) i know!
Ok, boleh berhenti di situ. Apa yang Allah nak sampaikan kepada Bib melalui kata-kata kawan Bib, malah inshaAllah melalui kata-kata Bib sendiri...

  1. Kalau kita sayang Allah, buatlah sebaik mungkin apa yang Dia suruh, tinggalkan apa yang Dia larang... jangan buat Allah murka! kejar redha Allah!
  2. Kalau kita ingat Allah, sayang Allah... Allah for sure bagi yang lebih baik dari tu..
  3. Sayang semua; tidak meninggalkan walaupun seorang untuk menyampaikan risalah cinta!

 NAMA SAYA KEKASIH DAN SIFAT SAYA MENCINTAI! BIB sayang Allah!!!

YES! sebab hati ada satu, so layak untuk yang Satu sahaja^^


InshaAllah tiga jawapan ini menjawab persoalan-persoalan yang lain... dan homework yang teacher bagi pun sangat-sangat merangsang akal dan hati untuk mencari jawapannya... Alhamdulillah3x

tarbiyyah tak pernah berhenti!




nama saya KEKASIH!

Monday, 17 October 2011

Cinta kepada Ar-Rahman Memberikan Kuasa yang Luar Biasa

Bismillahirrahmanirrahim...

ALLAH matlamat kami, RASUL contoh kami, ALQURAN panduan kami, JIHAD jalan kami, MATI di jalan Allah cita-cita kami...


Wahai hamba ARRAHMAN ARRAHIM, 
mari kita jadi pengasih.. 
mari kita semaikan cinta di jalan ini.
JOM baca..
-----------------------------------------------------------

Keajaiban Tenaga Cinta

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Kalaulah kemenangan yang diimpikan oleh Rasulullah saw sebatas kemenangan politik semata-mata maka baginda tidak memerlukan waktu yang panjang kerana sejak dari awal baginda memiliki garis keturunan yang berpeluang untuk beroleh kekuasaan.

Tidak ada cercaan, tidak ada derita dan tidak perlu berdarah-darah kerana kedudukan baginda di tengah-tengah kaumnya memberi peluang yang besar bagi baginda untuk berkuasa.

Baginda sedar betul apakah ertinya berkuasa. Jika kendali kekuasaan adalah hawa nafsu dan kedurjanaan, maka kekuasaan seperti itu akan menenggelamkan nilai-nilai peradaban dan melumatkan seluruh bangunan kehidupan.

Mungkinkah kebahagiaan akan mampu diukir di atas puing-puing kehancuran dan rosak binasanya nilai moral?

Baginda menaruh harapan besar dari kekuasaan dan menginginkan perubahan yang besar, namun apa ertinya kekuasaan jika tidak ada perubahan?


Baginda sedar bahwa baginda adalah pendakwah sebelum pemimpin. Bagindapun sedar bahwa tentangan kepada seorang pendakwah jauh lebih besar dari seorang pemimpin.

Membangun cita-cita besar memerlukan :
  1. Dukungan individu.
  2. Kecukupan dana.
  3. Persediaan kemudahan.
Tuntutan daya dukung semakin besar apabila cita-cita semakin besar. Terasa berat untuk menegakkan cita-cita apabila sokongan tidak ada dalam genggaman.

Jika hanya bergantung kepada daya dukung material semata-mata, maka tidak ada harapan bagi kemenangan.

Namun sejarah sering mempertontonkan kepada kita bahwa sesuatu kerja boleh menjadi fantastik yang mungkin dianggap tidak waras apabila ianya bermodalkan kekuatan cinta.

Seberat apapun kerja tidak akan terlontar perkataan tidak boleh serta tidak ada keluh kesah apalagi putus asa bagi para pencinta.

Cinta telah menjadikannya bertenaga dan kerja besar menjadi rasional.

Bukankah seorang ibu rela menggadai nyawa demi lahirnya si buah hati kerana dorongan cinta?

Bahkan ada seorang ibu yang rela bersemuka dengan seekor harimau demi menyelamatkan darah dagingnya dari terkaman haiwan liar ini.

Andainya fanatik cinta kepada makhluk mampu mendatangkan keajaiban, apatah lagi cinta kepada Al Khaliq sesungguhnya lebih dahsyat dan mengkagumkan.


“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah”.


Cinta Rasulullah saw pada Ar-Rahman dan kekuatan baginda pada kebenaran serta kasih sayang baginda pada masalah umat menjadi modal besar sebuah kejayaan.

Baginda rela membayar cintanya dengan pengorbanan sehingga kakinya yang bengkak tidak terasa saat indah bercinta dengan Ar-Rahman di tengah keheningan malam.

Pujuk rayu dan tarikan-tarikan kekuasaan sehingga kepada ancaman dan bahaya tidak dipedulikan demi cintanya pada kebenaran.

Anak saudara mana yang tidak cinta kepada bapa saudaranya yang telah mendidik dan membesarkannya, namun ketika cinta yang diberikan perlu menggantikan cintanya pada dakwah dan perjuangan, maka kalimah penolakanlah yang terlontar :

“Demi Allah wahai bapa saudaraku andaikan Quraish meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan dakwah ini, sungguh aku tidak akan tinggalkan sehingga Allah memenangkanku atau aku binasa kerananya”.


Dengan cinta, baginda menyeru semua orang agar terbebas dari siksa yang menyakitkan, kerabat dekat atau jauh, kenal ataupun tidak kenal tanpa ada yang terabai.

Harta, tenaga, waktu dan pembiayaan baginda habiskan semata-mata untuk menebus rasa cinta.

Tidak kenal waktu, tidak kenal jarak, tidak kenal panas terik baginda melangkah menyeru semua umat manusia dengan bahasa cinta.

Gelombang cintanya telah memanjangkan ayunan langkahnya menyusuri seluruh negeri mencari setiap insan yang bersedia untuk membalas cintanya.

Namun setiap orang curiga, memfitnah, mengancam hingga kepada menyiksa di mana mereka meragukan cinta tulus dari seorang pendakwah.

Baginda sentiasa membalas setiap cercaan dan derita dengan pemakluman dan doa, tiada sumpah seranah buat kejahilan umat, apalagi dipanjatkan doa akan turunnya azab yang mem-binasakan.

Cintanya kepada umat membuatkan :
  • Baginda kurang memberi perhatian terhadap keperluan dirinya sendiri.
  • Baginda rela tidak makan asalkan umatnya makan.
  • Baginda rela mengalahkan segala kepentingannya demi kemaslahatan umat.
  • Baginda sering menangis menadah tangan bermohon kepada Ar-Rahman agar umatnya berjalan di atas kebenaran dan terhindar dari azab yang menyakitkan "Allahumma Ummati(Ya Allah Ummatku)".. kemudian baginda menangis.
Cinta baginda memang cinta sejati bahkan baginda tidak hanya mengungkapkan cintanya di kala miskin dan membenci di kala berkuasa.

Bukankah pembukaan Makkah merupakan puncak kemenangan dan itulah saatnya untuk melampiaskan dendam, namun di tengah kuasa dan kejayaan itu, senandung cinta tidak pernah luntur dari lisan baginda.


Ketakutan pendukung kebatilan hilang seketika demi mendengar ucapan pembebasan baginda sebagai ungkapan cinta nan tulus dari seorang pendakwah dan murabbi: “Pergilah kamu, kamu semua bebas”.
  1. Hati yang keras tiba-tiba hancur luluh...(lembut)
  2. Mata yang kering seketika berlinang dengan air mata.
  3. Kebencian yang terpendam dalam seketika keluar berganti cinta kasih.
Maka, sejurus itu, cinta telah berbalas dengan cinta, Allahu Akbar’ ! manusia berduyun-duyun datang pasrah dengan penuh keridhaan masuk ke dalam barisan Ar-Rahman.

Cinta tersebut telah diwarisi kepada para sahabat, tabi’in dan generasi penerus mereka para pendakwah dan ‘murabbi’. Berbekalkan Al Qur’an dan semangat cinta, mereka pecut kuda-kuda mereka menuruti langkah mengungkapkan rasa cinta dan berkongsi bahagia dengan semua umat manusia.

Tidak terlontar perkataan letih, tiada kelesuan juga tiada perasaan kebosanan bahkan bahagia kian hari kian memuncak.

Tidak ada satupun halangan yang boleh menghambat langkahnya untuk mengungkap cintanya.

Ketiadaan dana, kenderaan dan kemudahan bukan alasan bagi mereka. Semangat mereka telah menyiapkan wasilah melebihi wasilah material. Meskipun keadaan alam kadang-kadang menyekat langkah mereka, namun semangat mereka tidak pernah padam.

Lihatlah ungkapan semangat Uqbah bin Nafi’ ketika langkahnya terhalang di tepi lautan Atlantik, beliau mengatakan :
“Ya Allah ku persaksikan dihadapanmu, kalaulah bukan kerana lautan ini, akan ku buka seluruh negeri dan akan ku Islamkan mereka semuanya” .

Mereka menolak cinta mereka dibatasi oleh wilayah dan jumlah bahkan mereka ingin menjadi pendakwah dan ‘murabbi’ di seluruh dunia.

Begitulah ‘muassis’ (perintis) dakwah ini, Imam Hasan Al-Banna membahasakan cintanya :
“Kerana itu kita berusaha agar dakwah sampai ke setiap rumah muslim, suaranya didengar di setiap tempat, dan fikrah kita tersebar serta menembusi perkampungan, desa, bandar, pusat bandar dan bandar besar … Kita tidak pernah letih dan tidak akan mengabaikan satu wasilah sekalipun”.

Lihatlah bagaimana semangat juang mereka telah menghantarkan mereka ke negeri yang tidak pernah mereka kenali sebelumnya.

Meskipun mereka tidak pernah ikut daurah murabbi’, namun rasa kemuliaan diri mereka  sebagai pendakwah dan ‘murabbi’ telah membuatkan mereka percaya kepada diri mereka.

Membina umat yang bekerja membuatkan mereka merasa bahagia dan oleh kerananya mereka tidak perlu kepada taklimat’ dan motivasi.’ Mereka tidak perlu kepada arahan kerana kesedaran mereka telah mengarahkan diri mereka untuk menjadi ‘murabbi’.

Mereka sering mengungkap senandung cinta mereka :
“Aku berkeyakinan bahwa jiwa terbaik adalah jiwa-jiwa mulia yang merasakan kebahagiaan saat membahagiakan dan membimbing orang lain”.

Hari ini, esok dan akan datang, sepanjang zaman umat manusia masih memerlukan sentuhan cinta seorang pendakwah dan ‘murabbi’.

Pandanglah umat dengan hati yang jernih, lihat dan saksikan mereka, kini mereka menanti dan berharap dakapan cinta dari seorang pendakwah.

Mereka memerlukan cahaya, mereka memerlukan air ketenteraman yang akan membahagiakan, mereka ingin bebas dari kenistaan jahiliyah dan mereka menangis menanti datangnya hidayah namun mereka tidak memiliki daya.

Adakah seorang pendakwah itu bakhil dengan hidayah padahal dia datang kepadanya dengan percuma, hidayah bukanlah monopoli perseorangan akan tetapi milik semua orang.

Mereka adalah sebahagian dari tubuh kita, mereka saudara kita. Jumlah mereka bukan satu bukan dua akan tetapi jutaan, patut kah kita membiarkan mereka?

Wahai pewaris risalah suci!!,
  1. Patutkah cinta para Nabi padam di tangan kita yang menamakan diri kita sebagai pendakwah?
  2. Patutkah kita cinta kepada mereka di saat kita tidak berpunya dan tidak lagi mencintai mereka kerana kini kita sibuk dengan harta dan kuasa?
Ya Allah, kurniakanlah rasa cinta kami kepada umat ini sehingga mereka mampu menyahut seruanMu dan bangkit memenuhi panggilanMu. Jadikanlah kami pendakwah dan murabbi yang membina manusia dengan cinta kerana dengan dorongan cinta sejati itulah kami mengharapkan hati-hati manusia dapat dipaut untuk menuju jalanMu yang lurus dan menyelamatkan mereka dari azab yang mengerikan.
 Ameen Ya Rabbal Alameen

Wan Ahmad Sanadi
http://dakwah.info/bekal-dakwah/keajaiban-tenaga-cinta/
-----------------------------------------------------------

::CINTA memberi kita kuasa luar biasa dan ia menuntut pengorbanan yang luar biasa juga::

wee~ sharing is caring, healing is loving. huh? :)

Sunday, 16 October 2011

GHURABAA power! Enter!!

Bismillahirrhmanirrahim...

YOSH! yosh yaoshhhh!! Huuuuuuuuhhh saat ni baru terasa himmah semula... Selalu berfikir camne nak tinggalkan jahiliyyah ni...

(sekali lagi) Hidup ini ibarat perjalanan.... ada destinasi, ada laluan, ada cabaran, ada teman dan ada bekalan... dan jahiliyyah itu ibarat muatan yang tak berguna...

"Muatan memenuhi had! sila tinggalkan yang tidak berguna untuk meneruskan perjalanan"

Daripada Abu Hurairah ra, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda,
“Di antara (tanda) kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya"
HR Tirmidzi

 JOM! Mujahadah...JOM tadhiyyah!

Untuk mengubah perlu berubah. Untuk berubah perlu mujahadah. Untuk mujahadah perlu tadhiyyah!!


Nak jadi ghurabaa...
 
Rasulullah SAW bersabda,
"Islam itu bermulanya asing dan  dan akan kembali asing, maka beruntunglah mereka yang asing (ghuraba')" Baginda ditanya, "Siapakah mereka?" jawab baginda, "Mereka adalah serpihan kabilah"
HR al Baghawi
Serpihan kabilah ialah mereka yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di saat orang lain mematikannya...
 
 ...so, kenalah meninggalkan kebiasaan yang dilakukan oleh manusia yang mencintai dunia ni!!


yosh! POWER ENTER!

Thursday, 13 October 2011

Hijrah Sang Kekasih

Dengan Nama allah Tuhan Yang Maha Pengasih Maha Penyayang...

Paksi Cinta Kekasih
bukan saja-saja, pasti ada tujuan..
agar diri tidak lari dari matlamat,
bahkan berusaha mengejarnya.

Paksi
ke mana harus ku pergi
ke mana destinasi...
Ke mana harus ku bawa...
Cinta??

Cinta
ianya di hati
maka hati harus ku pelihara...
agar ia tak lemah, tak buta, tak keras...
banyak ujian yang menguji Cinta...
moga tak tertipu dengan cinta dusta.
Mengharap Cinta yang Agung.

Kekasih
Mengharap bertemu yang Maha Pengasih...
berkasih sayang sesama manusia,
hanya kerana yang Maha Luas.
mengikat tali kasih di jalan dakwah,
agar kita sama ke syurga Ilah...
Kekasih itu takkan menduakan kasihnya.


Peta dan kompas
Kitab dan Teladan panduan perjalanan...
sirah jadi penanda jalan
niat... keikhlasan...
agar tak terkandas di padang kejahilan.


Ghurabaa
313 ahli badar...
sedikitnya mereka yang yang faham...
minta untuk menjadi golongan sedikit...
Ghurabaa si pengembara,
mendirikan khemah
menyalakan unggun api,
agar musafir lain berteduh sama
di bawah keredhaan Rabb.

Perjalanan
perjalanan ini benar jauh,
beliku, penuh cabaran.
Bekalan takwa harus mencukupi...
Destinasinya bukan murahan,
kerana itu harus dibayar
dengan harga pengorbanan yang tinggi.




Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang benar...
jalan menemuiMu, jalan yang Engkau redhai,
bukan jalan orang yang sesat...
jalan menuju syurgaMu...

 Teman perjalanan: andai aku tersungkur, tarik tanganku, jiruskan aku dengan air kasih Ilahi...

Tuesday, 11 October 2011

Lontaran Suara Hati Teman

Assalamualaikum wbt. 

Aku naik kerataapi semalam; bersama sahabat ku yang lain. Baru balik dari berjumpa kawan-kawan pusat persediaan dulu.  
"Awak, dia..." bla...bla...bla... "Tolong, tolong jangan sebut nama dia lagi, boleh?" mohonku. "Betul-betul benci, ke (dengar nama tu)?" tanya kawanku dalam bahasa asing... dan bermacam lagi perkara yang menimbulkan perasaan yang entah apakah itu...

Dalam keretaapi; keadaan sekeliling sangat mengingatkan aku tentang masa lampauku... Berjam-jam dalam keretaapi; hatiku resah. Semakin ingin dilupa; semakin mendesak ia datang. "Bagaimana harus aku melupakan orang yang tak perlu aku ingati?" tanyaku pada dua orang teman musafir; aku menangis. Mereka usapkan dengan kalimah semangat.

Ya Allah...

Sudah berapa bulan aku di tempat asing ini; hari ini masih ada lagi yang bertanya; mengapa aku enggan menaiki basikal ke sekolah.. "Gunalah basikal saya, kalau perlu" ujarku, entah terjawab atau tidak soalan tadi. Berbulan lamanya; tidak ada jawapan yang terbaik untuk itu. "Apa guna aku menaikinya andai ia mengingatkan aku dengan yang lain? Aku menaikinya bila saat ia sangat diperlukan, agar aku tidak pernah menaikinya di saat aku mengingati makhluk lain."

Sukarnya melupakan...Sakitnya melupakan seperti menanggalkan kulit sendiri!

"Sibukkan diri dengan kerja dakwah dan tarbiyyah". Masih belum sibukkah aku? Soalan wajib ditanya bila kefuturan...

Kesunyian-kekosongan hanya layak diisi dengan Yang Wujud, Yang Kekal, Yang Maha Memberi.

Ya Allah, lupakanlah aku akan semua ingatan tentangnya, hingga suatu ketika aku tidak lagi menitip namanya dalam doaku padaMu, kerana ketika itu aku benar-benar melupainya. Ya Allah aku hanya inginkan Engkau meredhai aku... Jemputlah aku kembali dalam keadaan yang baik.

本当にイヤの~?

はい、本当にイヤです。


Banyaknya entry APG dan blog lain, juga berita-berita yang tak sempat nak baca... Hari yang penat, tapi hiduplah dengan nama Tuhan Kita.

Monday, 19 September 2011

SAKURA


Gugurlah seperti gugurnya Sakura ...

"O tranquil soul! Come back to your Lord, -- well-pleased and well-pleasing! Enter then among My servants, and enter My Paradise!''al Fajr 27-30

Saturday, 17 September 2011

No like button

Ini nota random...

Bismillahirrahmanirrahim

Pernah tak terfikir bahawa ibadat yang kita lakukan boleh jadi lebih dari keperluan biasa? (ape yg bib merepek ni??) ianya menjadi keperluan dakwah. Keperluan untuk orang lain turut taat kepada Allah dan tkdak menghalang kita untuk mengajak orang taat kepada Allah.

Kalau kita solat, solat kita membuatkan orang sekeliling kita, orang yang kita sayang ingin tahu tentang Islam dan tak pula menghalang kita untuk menjalan kerja kita.

Dan...

Kalau kita NIKAH, pasangan kita tolong support bagi ISK, bercerita tentang hakikat manusia. Dan kita tak teRASA tersekat untuk pergi join program KITA...

Bib saying about nikah???

Yup macam yang dikatakan tadi, lebih dari keperluan biasa.
Tapi masih belum tiba masanya;)

Dokongan dan CINTA ini lebih penting berbanding cinta dunia. Keperluan yang luar biasa mengajar untuk redha kepada Allah...

Yup. Nak share kat fb tapi better di blog sebab takde butang suka. Bukan untuk di'like'. Sekian.

Saturday, 10 September 2011

Apa Maknanya Aku Melangkah? #2

Bismillahirrahmanirrahim


Dalam kesedihan pasti Allah berikan sesuatu yang lebih bernilai. Lurus... Apa nilai tarbiyyah yang Bib dapat dari penat lelah berjalan ke sana ke mari?


Paksi Cinta Ini
Cinta kali kedua menyaksikan Bib agresif dalam jalan ini. Darah muda :) dan sentiasa...mudah melatah. Mudahnya mengatakan pada diri 'Aku sayangkan perjuangan ini' tapi dalam hati apa isinya? Pergi di kebanyakkan majlis ilmu, namun sebahagian hati yang dibawa sedar atau tidak diisi dengan cinta yang lain. Mana paksi cinta ini sebenarnya?

Mana cinta kali pertama? Waktu sekolah menengah...tapi ditinggalkan 'atas pilihan sendiri'. Alhamdulillah berjumpa kali kedua. dan kali ketiga...
Cinta kali ketiga... tempat yang Bib tuju tempat yang biasa dulu... namun asingnya pada hati...memang berbeza. Cinta kali  ketiga menuntut hati agar suci dari cinta nista (yang dikenal pasti)...TAK...tak kata yang hati ini benar-benar bersih... Bib tahu penyakit yang masih ada padanya dan Allah lebih tahu.... dengki, riak, takbur amarah. mungkin... paling tidak kali ini Bib tahu bahawa hati itu harus dibersihkan dari cinta manusia...Allah jadikan kekecewaan untuk bib mencari paksi cinta sebenar...penuh air mata...
Cinta kali keempat, kelima, kali keberapa sekalipun andai Allah jadikn air mata kecewa itu titik tolak meraih cinta sebenar, sanggup hingga hati ini menemui Tuhannya dalam keadaan suci...
Tapi takkan sanggup andai Allah tinggalkan terus...terumbang ambing...huu~ paksi cinta...the biggest point

Sabar-Iman-Faham...?
Ni la dia...penyakit hati...waktu betulkan phone aritu, mudah sangat putus asa. Perkara kecil, tapi... cepat melatah...
"huhhh, nape xleh lagi ni"
"jap ae biar akak try..."
"huuuuu..xleh"
"sabar, cuba lagi, tunggu sekejap lagi"
hug-calm...
Memang susah nak hilang penyakit ni ;( gelabah, serabut...hu..malu sendiri. Masih mencari 'ke-ter-lebih-an' dalam diri yang perlu di'kurang'kan... sentiasa semak diri kita...

Dan sabar dalam perjuangan...

Rantaian Cahaya
Indonesia, France, UK, Mesir, Jepun, China, Korea, Ireland, Rusia dan lain-lain. dari kawasan berbeza namun bangsa yang sama. Belum campur lagi bangsa lain serata dunia. Itu yang Allah kumpulkan dalam satu masa... Syahdu tak terkata... hidayah Allah serata dunia...

Dengar banyak orang seni yang mendapat hidayah...Dia, dia dan dia. And one of them, with us ^-^

Jumpa orang yang dah lama dirindui... salah satu sebab kenapa Bib 'suka' KL. 'Salah satu rumah' di sana. Love them fillah so much...



Apa lagi nilai tarbiyyah yang bib peroleh..hmm tanpa sedar apa lah nilainya... biar sedikit namun di-kunyah-hadam dengan sebaiknya. InsyaAllah... Maaf pada diri sendiri terutamanya atas kelewatan ini =_="

Allah, tsabatkan kami di jalanMu.
"tsiqah kepada Qiadah, tsiqah kepada Manhaj, tsiqah kepada Junud, tsiqah kepada diri sendiri"

Thursday, 25 August 2011

Apa Maknanya Aku Melangkah? #1

ALLAAH ghayatuna, ARRASUL qudwatuna, ALQURAN dusturuna, ALJIHAD sabiluna...
Sepuluh hari melangkah di bumi Semenanjung
Biar Bib tidak lahir di bumi Semenanjung,
Di sinalah Bib di'besar'kan, dua tahun...
Ke'cinta'an padanya sesuatu yang istimewa...
Di sini CINTA Bib berputik kali kedua...
Dulu CINTA itu kurang jelas dan aku kotorinya.

Setelah CINTA berputik kali ketiga,
dan CINTA ini memerlukan Bib ke sana;
beginilah Bib mengorak langkah...
12-14 Ramadhan
Air mata yang bergenang... syahdunya. Allah tebarkan kasihNya ke serata alam, dari barat ke timur, dari utara ke selatan... Mereka yang menyambut kasihNya berkumpul. ALLAAH...tiada ucapan mampu Bib ungkap melihat semangatnya  mereka...Allah hadirkan kasihNya bersama tanggungjawab untuk kita!
SABAR, ketuklah pintu hati mereka di segenap penjuru... Pintu mana akan Allah buka? Mungkin pintu yang ke 100 000 kita ketuk... dan DOA, sungguh Allah lah yang memberi hidayah.
15-17 Ramadhan
Tarikan apakah yang harus kita para daei mukmin risaukan? Tarikan syaitan yang menghiaskan, menCANTIKkan futur kita... Yup, cantik pada pandangan kita... tanpa sedar kita sedang futur.


Terjebak dalam jalan ini, bukan satu kebetulan... Kita DIPILIH...Kitalah QAEDAH SULBAH... tanggungjawab memikul sesuatu yang besar, yang suci; bukan pada bahu orang yang manja...dan kelak masihkah kita dipilih? minta istiqamah...minta thabat...


Indahnya ukhuwah itu kerana kami berkongsi ketawa yang sama, menggalas tanggungjawab yang sama...


18 Ramadhan
Kasih sayang seorang teman...Nur Akmal Azis...thanks again... Yup; benarlah bila niat kerana Allah, kita beroleh lebih dari apa yang kita rancang. Dia sentiasa sentiasa sentiasa berikan yang terbaik..TQ ALLAAH

Perjalanan ke Ansar diatur... tanpa phone, dengan bagasi besar...Lelaki tak waras, hujan lebat, lelaki India yang tidak dikenali- Bib pilih SABAR... hujan reda, lelaki India tolong bawa bagasi naik, turun tangga... Jalan lagi sikit ke hadapan dalam hujan renyai...sabar lagi, 5 minit, 10 minit dan tiba-tiba; "tunggu siapa Bib?"... Kak Siti- Bib- beg- hujan- jalan... again and always, TQ ALLAAH

Ansar- sentiasa sibuk, seperti namanya- membantu... Kerja ini memang bukan untuk orang manja. Jangan pernah kalah dengan lelah. Next Mision- tajmik adek-adek di sana, di tempat yang menyimpan seribu satu kenangan pahit dan manis. TQ Kak Shahirah.

19-21 Ramadhan

Subuh...UM. KL central...Izzah balik "yoku gambatta! moga kita sama thabat" tak terucap... Kak Cah ajar SABAR... alhamdulillah phone da boleh guna... empat orang- masjid Jamek...penat...KL central...berpisah dengan misi yang sama destinasi berbeza...

Lewat malam- Kak Akhma... Ansar (sarang kami...hihi)

Big Mision...berhadapan dengan berhala singa besar... Sayang-sayang Bib, sebahagian dari KAMUS- bertemu kembali... tajmik adek-adek... 5:35, 6 point; iman-taqwa-jalan-dekat-jihad-untung... iftar...

Next day, tak berpeluang bersama habiskan misi...Mereka yang dapat teruskan perjuangan benar-benar orang terpilih...

Balik ke bumi mak bapa... LCCT...TQ Kak Azua, for the safe drive and for the sharing...

catatan ringkas, tetap panjang...
Bib kongsikan nilai tarbiyyah perjalanan Bib dalam bahagian dua
inshaAllah...

Monday, 18 July 2011

Surat Cinta

Bismillahhirrahmanirrahim

Surat cinta

surat cinta dari Pencinta

Bila hati aku niatkan keranaMu 
lebih dari apa yang kusangka
aku perolehi.

CintaMu yang Agung
CintaMu untuk insan yang mencintaiku
juga CintaMu untukku yang mencintai meraka...


empat surat cinta dariMu melalui insan Kau pilih


"Aku menginginkan sebuah cinta yang mendatangkan pahala dan keredhaan Allah SWT,
ini yang kudamba...bukan sebuah cinta yang mengheret kepada kenistaan dosa dan murkaNya.
Aku ingin mengubati kehausan jiwa ini dengan secangkir cinta dari syurga bukan air timah dari neraka."
 -habiburrahman-


Alhamdulillah,
 Cinta di jalan juang mengajarkan aku 
menyandarkan cinta pada yang haq.
 

 kepada awak yang memilih cinta Allah di persimpangan jalan, semoga thabat

^-^peace^-^

Tuesday, 24 May 2011

Perluru Jatuh ke Tanah

Peluru jatuh ke tanah,
sasaran rebah ke bumi, syahid...

Peluru, bila menembusi tubuh
tentu saja menyakiti, darah mengalir.
Peluru, dengan kelajuannya
tak usah mendekati sasarannya
ia sudah boleh menembusi kepala
biar hanya dari jarak jauh.

Peluru  dimuntahkan sesuka hati
berkali-kali agar kena sasaran
agar musnah segala,
asal puas hati!

Peluru biar kecil mahal harganya.
Namun biar dibazirkan sebagai perisai diri katanya.
Biar dibazirkan kerana ada saja kemewahan untuk membelinya.
Biar dibazirkan agar pupus semua sasaran
Biar diguna sehabis baik kerana ada sebahagian yang membayar harganya.

Ya kita! Kita yang membayar harganya!
Untuk mereka bunuh nyawa saudara kita,
yang lebih tinggi nilainya!
Untuk mereka kotori tanah kita,
Untuk mereka hinakan kita. 

Kita tak sedar, mungkin belum sedar...
Tidak! mereka tidak pernah sakiti kita,
tidak pernah mengacukan senapang ke arah kita,
tak pernah jentik sedikit pun tubuh kita.
Mereka cuma biuskan wahan...
cuma jauhkan kita dari al Quran. 
Buatkan kita takut mati, takutkan peluru mereka!
Buatkan kita cinta dunia, cintakan rekaan mereka!
Cuma serang pemikiran kita...
Tak. Tak sakit jasadi, cuma rohani yang sakit.
Tak. Tak sakit di dunia, cuma sakit di akhirat kelak.

Allah, ya Rabb...
ampuni kami,
kami asal dari tanah dan air hina, Engkau muliakan kami dengan Islam.
Ya Allah, berikan kami kekuatan
untuk genggam cinta dunia di tangan,
agar tiada kami pernah menangis bila saat untuk melepaskannya...
Ya Allah, berikan kami kekuatan
untuk kami sematkan cinta akhirat di hati,
agar tiada kami pernah untuk cuba melepaskan cintaMu.

Ya Allah,
kemenangan Islam itu pasti, Itu yang Engkau janji!
Walau mungkin kami tidak sempat melihat kemenangan itu,
Biarlah kami yang meneruskan perjuangan Rasul dan sahabat
mempersiapkan diri dan tentera-tentera dengan iman...
yang akan memperlihatkan kepada mereka apa yang Engkau janijikan..
Jadikanlah kami golongan yang membawa kejayaan itu
biarpun kami syahid terlebih dahulu sebelum melihat kemenangan itu.
Tetapkan kami pada jalan ini...
Ameen ya Rabb...