Showing posts with label Palestine. Show all posts
Showing posts with label Palestine. Show all posts

Thursday, 19 April 2012

Jiwa Palestina

Aku tekan satu persatu hurufnya pada papan kekunci ini.
P.A.L.E.S.T.I.N.A

Aku lihat lagi
yang sudah ku ketahui
memang begitulah keadaannya.

Kerana satu tugasan
aku kuatkan hati melihat
kesengsaraan di sana.

Jutaan saudaraku mati di sana
berjuang melawan zionis.
MATI.

Bila masaku ya Allah?
Bila masaku?

Aku ingin mati seperti mereka.

Tapi INIlah jihad kami.

Ya Allah,
pinjamkan aku kekuatanMu.
Sabarkan aku.
Matikan aku dalam jalanMu.
Matikan aku dalam kecintaan padaMu.
Matikan aku dalam dakapan kasihMu.

Sunday, 22 January 2012

Kita Satu Ummah!

Awak asal mana?
  Sarawak.

Oh? Kaum?
  Emm. Melayu kot.

Kenapa macam tu?
  Emm. Nenek Cina, Mak Iban.

Hidup Melayu!! Hidup Melayu!!
  Sigh. Habis kaum nenek dan kaum mak...
  mati ke, ayah?
  Saya dari Malaysia.
''Assamualaikum,''
Dia dari India.
  Kulit saya cerah.
''Assalamualaikum,''
Dia dari China.
  Mata saya bulat.

White. Black.

Kenapa nak sangat sibuk
tolong orang kat Palestine tu?

  Sebab mereka saudara kita.
Sensitif.
Saya bercakap dalam kerangka
sebagai pemilik darah minoriti.
Mungkin.

Kita ketawa.
Dia, dalam loghatnya sendiri.
Kita senyum sinis.
cerah-gelap
bundar-sepet
tinggi-pendek
mancung-elang
semua dibedakan.

Garisan itu.
Siapa yang menggariskan sempadan
di muka bumi ini?
Diakah pemilik bumi ini?

Kita manusia.
Bukan haiwan ternakan,
yang dipisahkan mengikut padang ragut.

Melayu. Cina. India. Iban. Kadazan. Melanau. Bajau. Jawa. Bugis.
Iraq. Iran.
Arab. Korea. Jepun. Thailand.
Britain. American. African. Italian. Portuguese.

Asal semua manusia dari air yang hina.
Kata kan pada ku,
bangsa apa dari air yang mulia?

Fizikal, bahasa memang berbeza.
Itu bukti kebesaran Pencipta!

Hakikatnya,
tiada siapa yang terkehadapan dan tiada siapa yang terkebelakang.
 

"Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan telah Ku-ridhai Islam menjadi agamamu."
( al-Maidah 5:3)


Islam untuk seluruh umat.

Andai agama dikategorikan mengikut bangsa,
maka Yahudilah yang paling layak menerima anugerah.

Kita bukan mereka.
Manusia mulia kerana Islam.


"Tidaklah Kami mengutus engkau Muhammad kecuali sebagai rahmat bagi seluruh alam."
(Al-Anbiya 21: 107)

"Kami bangsa Arab kuat kerana Islam semata-mata. Tanpa Islam kami tetap akan menjadi bangsa yang rendah dan hina."
-Umar al-Khattab

Tanpa Islam kita akan menjadi bangsa rendah dan hina.

Apa keturunan sekalipun,
kita satu ummah!
Selagi Allah kurniakan nikmat Islam .


Saya Muslim.
Allahuakbar!

Kepada DHMN. pejuang satu ummah, jzkk.

Tuesday, 29 November 2011

Dalam Seribu


"Jika saya terkorban, akan muncul seribu yang lain seperti saya."
- Syeikh Ahmad Yasin


Dia As-syahid Syeikh Ahmad Yasin,
pejuang di Palestine tercinta.
Dia lumpuh pada akhir hayatnya
hanya duduk di kerusi roda.
Namun hati serta akalnya tak pernah goyah
dalam menjalani ketaatan pada Allah.

Keterbatasan jasad,
namun spiritual yang bergerak
hingga menjalar kesegenap jiwa anak Palestine.

Itulah yang Zionis takutkan.

Hingga pada hari itu...
Si Zionis yang pengecut,
takut pada jiwa besar Syeikh,
hanya mampu menbedilnya
dari jarak jauh...

Lalu itulah kekalahan sebenar Zionis,
dan Syeikh mendapat syahid.

Terkorbanlah dia,
seperti apa yang dia impikan.
Maka lahirlah seribu orang sepertinya.
Dan bila syahidnya seribu orang,
maka lahir pula seribu orang dalam setiap seribu yang syahid.

Lalu tanyakan pada diri kita,
adakah kita tergolong dalam seribu orang yang mengejar syahid?

Jangan lupa mereka di Palestine dalam setiap doa kita.


Post yg dah lame simpan, smoga diri yg menulis sggup memikul penulisan ini...

Tuesday, 24 May 2011

Valley Of The Wolves Palestine 2011 (English Subs)

 http://www.youtube.com/watch?v=ovnhXDNH4rw&feature=player_embedded

bilakah kita akan berani dengan peluru Israel? Bila kita pegang teguh al Quran, bila kita yakin janji Allah, bila kita melawan serangan pemikiran mereka!

Perluru Jatuh ke Tanah

Peluru jatuh ke tanah,
sasaran rebah ke bumi, syahid...

Peluru, bila menembusi tubuh
tentu saja menyakiti, darah mengalir.
Peluru, dengan kelajuannya
tak usah mendekati sasarannya
ia sudah boleh menembusi kepala
biar hanya dari jarak jauh.

Peluru  dimuntahkan sesuka hati
berkali-kali agar kena sasaran
agar musnah segala,
asal puas hati!

Peluru biar kecil mahal harganya.
Namun biar dibazirkan sebagai perisai diri katanya.
Biar dibazirkan kerana ada saja kemewahan untuk membelinya.
Biar dibazirkan agar pupus semua sasaran
Biar diguna sehabis baik kerana ada sebahagian yang membayar harganya.

Ya kita! Kita yang membayar harganya!
Untuk mereka bunuh nyawa saudara kita,
yang lebih tinggi nilainya!
Untuk mereka kotori tanah kita,
Untuk mereka hinakan kita. 

Kita tak sedar, mungkin belum sedar...
Tidak! mereka tidak pernah sakiti kita,
tidak pernah mengacukan senapang ke arah kita,
tak pernah jentik sedikit pun tubuh kita.
Mereka cuma biuskan wahan...
cuma jauhkan kita dari al Quran. 
Buatkan kita takut mati, takutkan peluru mereka!
Buatkan kita cinta dunia, cintakan rekaan mereka!
Cuma serang pemikiran kita...
Tak. Tak sakit jasadi, cuma rohani yang sakit.
Tak. Tak sakit di dunia, cuma sakit di akhirat kelak.

Allah, ya Rabb...
ampuni kami,
kami asal dari tanah dan air hina, Engkau muliakan kami dengan Islam.
Ya Allah, berikan kami kekuatan
untuk genggam cinta dunia di tangan,
agar tiada kami pernah menangis bila saat untuk melepaskannya...
Ya Allah, berikan kami kekuatan
untuk kami sematkan cinta akhirat di hati,
agar tiada kami pernah untuk cuba melepaskan cintaMu.

Ya Allah,
kemenangan Islam itu pasti, Itu yang Engkau janji!
Walau mungkin kami tidak sempat melihat kemenangan itu,
Biarlah kami yang meneruskan perjuangan Rasul dan sahabat
mempersiapkan diri dan tentera-tentera dengan iman...
yang akan memperlihatkan kepada mereka apa yang Engkau janijikan..
Jadikanlah kami golongan yang membawa kejayaan itu
biarpun kami syahid terlebih dahulu sebelum melihat kemenangan itu.
Tetapkan kami pada jalan ini...
Ameen ya Rabb...

Sunday, 15 May 2011

15 Mei

15 Mei 1948-tarikh itu, tarikh kesengsaraan. Pada hari inilah zionis Israel menaikkan bendera kemegahan mereka di bumi Palestine, bumi yang Allah haramkan untuk mereka. Bermula tarikh itu Israel menguasai dunia, meneruskan agenda mereka menyerang umat Islam. Mungkin di Palestine disakiti jasadnya...



 Tapi di tempat lain disakiti hatinya, dicemari pemikirannya. Dijajah pemikirannya, dipisahkan dari Al Quran dan As Sunnah. Sedarkah kita? Mereka tidak pernah jemu~



 Tapi 15 Mei juga lahirnya insan yang memilih jalan juang, membina individu muslim yang logam untuk mengakkan semula Islam meletakkannya pada tangga teratas, pada yang HAQ. Jalan juang- jalan yang panjang dan sukar. Tapi masih memilih jalan ini kerana di sini redha Allah~



Hari ini juga, Bib penat sebab kena sediakan makanan Malaysia untuk orng Jepun, Korea, China dan Vietnam. Walaupun bidan terjun semoga peluang yang Allah berikan telah Bib manfaatkan untuk menyampaikan Islam.

15 Mei- ada sakit yang ditahan, ada penat yang ditanggung...masih ada redha yang kami cari.

Walau tiada upaya hambaMu meminta untuk disegerakan 15 Mei; agar berupaya melupakan penempatan Israel di Palestine dan agar berupaya melupakan insan yang tiada hak untuk hambaMu miliki, namun ya Allah berilah ketabahan dalam setiap dugaan yang Engkau bentangkan agar tiada hambaMu pernah rasa lelah, jemu dan hilang sabar dalam jalan juang ini.

hakikatnya umar bukan milik Bib, bahkan takkan pernah memiliki apapun. umar milik Allah dan Bib juga milik Allah!