Showing posts with label hijrah. Show all posts
Showing posts with label hijrah. Show all posts

Thursday, 16 February 2012

Changing

Bismillahirrahmanirrahiim...

(seakan bernyawa)

:) Assalamualaikum... Salam Penghulu Hari

(salji turun lagi. boleh dikatakan ini frasa ketiga)

Report dah siap semalam. Maka dengan rasminya...Cuti!! Tapi harap amalan-amalan lain tak cuti. Tarbiyyah dzatiyah. tu yang kena diperhebatkan cuti ni. InsyaAllah. Mulai sekarang akan ada banyak perubahan. Rumah baru... Kawan-kawan Toyama lain pun banyak pindah rumah... Lepas tu, nanti Anis dan Yan akan masuk Niigata University. Walaupun dieorang tak masuk sini, tapi kiteorang jiran!! Mungkin lebih senang kalau jauh:) Boleh pergi sana nanti:) Lepas tu harap sangat Allah membuka hati seorang kakak ni. Nanti dia boleh pimpin seorang lagi insan... Kami nak redha Allah :')

Cuti ni plan nak update Page yang sebaris dengan Home. Banyak yang nak tambah. Ingat nak tambah Ayat Cinta Allah ;) boleh la merajinkan diri buka tafsir setiap hari. InshaAllah~ Mungkin akan jalan-jalan dalan Jepun. Tapi tak tau lagi bila. Nak saving duit. Kena fikir masa depan mak bapa... hoho... Lepas tu, kakak tak tau lagi dia stay ke tak... wishing the best for her! 

Banyak perubahan yang nak kena buat... Sebenarnya semua tu kena bermula dalam diri Bib sendiri. Allah, pinjamkan aku secebis kekuatan untuk terus melangkah.





"Truly, God does not change the condition of a people until they change what is in themselves." [Quran 13: 11]

The Prophet Muhammad (Allah bless him and give him peace) is reported to have said,
"The believer is the mirror of the believer." 
[Abu Dawud, and others]

Wednesday, 15 February 2012

Doktor Harus Sihat!!

Bismillahirrahmanirrahiim... 

Alhamdulillah. Cuti. Tapi report still ada, kena hantar hari ni. 

Haritu pergi somewhere. Mencari tarbiyyah di sana. Mungkin jadi penguat diri yang lemah. Tak tipu yang Bib jeles tengok kawan-kawan pergi jaulah, melihat negara orang... Sampai mimpi-mimpi malam tadi :') 

Tapi duduk dalam lingkungan akhwat kat sini pun dah cukup baik untuk Bib sejujurnya... Makan sama-sama. Tadabur filem sama-sama. Nanti akan ada something kat sini :) Tak sabar nak jumpa akhwat ramai-ramai. Dalam minggu ni banyak dapat tarbiyyah. 

Selasa haritu dengar kuliah ummi. Lebih kurang maksudnya; 

Kalau kita still sanggup melakukan maksiat, maksudnya kita masih belum menjaga Allah. Kalau kita tak jaga Allah macam mana Allah nak jaga kita. Kita minta padaNya, tapi kita dengan penuh noda bermaksiat depanNya. (ok part belakang ayat tambah) 

Pastu tadi baca post Ustaz Hasanudin. Maksud lebih kurang begini; 

Kosongkan hati. kosongkan hati supaya Allah boleh hadir dalam hati kita. Rumah yang penuh gambar makhluk lain malaikat tak nak masuk. Ini kan pulak Allah yang kita hadirkan dalam hati yang penuh patung berhala (ilah selain Allah). 

Aku tahu hati itu satu, 
namun masih banyak sesuatu dalam hati. 
Entah apa yang aku bagi makan. 
Haih sakit sungguh hati ini. 
Berusaha membersihkan hati, 
mengisi ia dengan Rabb yang satu. 
Agar bisa ku pulangkan dalam keadaan suci 
ketika menghadap Ilahi. 

Menulis di rumah akhwat :)

Sunday, 5 February 2012

Ku Hantar ke Corong Langit Secebis Harapan

Bismillah...

Being honest, I really want to go to Indonesia and Egypt. NAAAAAAAK SANGAT.. wuu... nangis (tak pernah tipu kalau Bib cakap Bib nangis!) Apakan daya kekangan mak dan kesuntukan duit... Masih berharap keajaiban akan berlaku walau di saat akhir. nangis lagi...

AH. Di mana saja Allah akan bagi tarbiyyah. Di mana kita berada di situ tarbiyyah terbaik akan kita perolehi kalau mahu berfikir. Ya, cuba sedapkan hati sendiri... Namun, mengharapkan jangkaan yang terlalu tinggi dari seseorang hamba untuk memberi tarbiyyah dan menceetus fikrah dalam diri kadang-kadang menemui kegagalan. Seperti kekecewaan Bib malam tadi. Kerana mereka juga manusia biasa! Bukan Muhammad SAW. Dan Allah adalah sebaik-baik Murabbi.

Indonesia dan Mesir... kerana Bib mengharapkan sesuatu yang boleh mencetus 'spark' dalam melajui jentera dakwah dan tarbiyyah, serta mampu meninggalkan jahiliyyah dalam diri. kerana diri ini tak punya masa lagi... nangissssssss... 'Melihat' mereka ke Mesir, 'meninjau' mereka di Indonesia membentak hati untuk ke sana. Di sini (walau pasti tetap saja berbeza), pasti tidak akan dibiarkan begitu sahaja...kan? nangis lagi...

Ingin sekali menjejak tanah itu... Mekah, Madinah, dan Baitulmaqdis... andai Bumi Ikhwan dan Serambi Mekah belum ku jejaki... Allahu Rabbi... dan Palestin... meraka yang berpeluang ke sana benar-benar yang terpilih... sampaikan hamba ke sana.

Ya Allah
banyaknya dosa hamba yang melambatkan
hamba untuk terus melangkah.
Ampuni hamba...
Ya Allah
hamba tahu Engkau sentiasa Berikan
yang terbaik untuk hamba.

Ya Allah
hamba masih mengharapkan keajaiban Mu
yang bisa melajukan hamba ke haadapan dalam jalan ini.

Minggu last exam. Lima subjek. Moga Dia sudi memberi kekuatan pada hamba yang hina. Masih mujahadah merawat kondisi hati yang bernanah. Mengutip sisa-sisa tarbiyyah di musim sejuk...

Faghfirli ya Allah. Faghfirli. Faghfirli.

Monday, 30 January 2012

Selamat Hari Murabbi!

Assalamualaikum wbt.

Bib dengan rasa rendah diri, ingin mengucapkan selamat hari murabbi!

Eh. Hari ni ke?

Ngee~ memang tak de pon hari murabbi tapi saje nak dedikasi rasa terima kasih kat semua murabbi bib... bila tengok balik gambar ni...



Serius... Suka sangat gambar ni!

(5 more minutes inshaAllah)

Jadi, kepada semua yang menyentuh hati, membuka akal bib; tak kira dalam bulatan atau luar bulatan, secara direct atau tidak... jazakunaLlahukhairankathira! Wuuwuu...

Hari-hari hari murabbi! ;)

Bib mungkin bukan mutarabbi yang baik tapi akan, terus dan tanpa henti untuk jadi murabbi yang baik pada diri sendiri... (tepuk bahu sendiri. Sob3x)

And Allah SWT is The Greatest Murabbi.

Ok. Tu je...

Yosh! Dapat inspirasi untuk sabar dan tak malas... Lagi tiga jam baru boleh keluar library!

Allah, hamba tahu Engkau masih sudi menarik tangan hamba dari terus terjatuh. Saksikanlah, hamba ingin terus melangkah dalam dakapan redhaMu... :')

Thursday, 13 October 2011

Hijrah Sang Kekasih

Dengan Nama allah Tuhan Yang Maha Pengasih Maha Penyayang...

Paksi Cinta Kekasih
bukan saja-saja, pasti ada tujuan..
agar diri tidak lari dari matlamat,
bahkan berusaha mengejarnya.

Paksi
ke mana harus ku pergi
ke mana destinasi...
Ke mana harus ku bawa...
Cinta??

Cinta
ianya di hati
maka hati harus ku pelihara...
agar ia tak lemah, tak buta, tak keras...
banyak ujian yang menguji Cinta...
moga tak tertipu dengan cinta dusta.
Mengharap Cinta yang Agung.

Kekasih
Mengharap bertemu yang Maha Pengasih...
berkasih sayang sesama manusia,
hanya kerana yang Maha Luas.
mengikat tali kasih di jalan dakwah,
agar kita sama ke syurga Ilah...
Kekasih itu takkan menduakan kasihnya.


Peta dan kompas
Kitab dan Teladan panduan perjalanan...
sirah jadi penanda jalan
niat... keikhlasan...
agar tak terkandas di padang kejahilan.


Ghurabaa
313 ahli badar...
sedikitnya mereka yang yang faham...
minta untuk menjadi golongan sedikit...
Ghurabaa si pengembara,
mendirikan khemah
menyalakan unggun api,
agar musafir lain berteduh sama
di bawah keredhaan Rabb.

Perjalanan
perjalanan ini benar jauh,
beliku, penuh cabaran.
Bekalan takwa harus mencukupi...
Destinasinya bukan murahan,
kerana itu harus dibayar
dengan harga pengorbanan yang tinggi.




Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang benar...
jalan menemuiMu, jalan yang Engkau redhai,
bukan jalan orang yang sesat...
jalan menuju syurgaMu...

 Teman perjalanan: andai aku tersungkur, tarik tanganku, jiruskan aku dengan air kasih Ilahi...