Saturday, 2 February 2013

Satu Dari Yang Tiga

Antara ego pada kata janji,
aku katakan tidak.
Biarpun aku suka,
lepaskan dia pergi.

Antara ego menurut kata manusia,
aku katakan tidak.
Biarpun dia suka
aku tetap akan pergi.

Meski melancar di medan dakwah,
biar terkubur kisah silam,
biar pergi angan remeh,
melepaskan merelakan.

Meski mulia di mata manusia,
meski putih bersih dari kata nista,
jangan perasaan mengiyakan andaian,
kesukaan ku bukan lagi segalanya.

Di titik ini aku diuji.
Apa benar kerana cinta Nya.
Maka aku cuba untuk memilih.
Memilih yang bisa menyampaikan
kami pada matlamat.

Orang kata apa erti bahagia kalau tak menyintai.
Orang kata apa erti bahagia kalau tak dicintai.

Aku kata apa erti bahagia kalau matlamatku tak capai.
Menyintai dan dicintai bila Allah dekat kita.
Ia datang kemudian selepas cinta Allah.

Lepaskanlah segala apa.
Jangan bebankan hatimu lagi.
Belajar redha.
Apa-apa untuk ummah.

Istikharah.




(please lah, nape ko datang time aku nak exam?? Lama kan tak update? Habuuk!)