Tuesday, 17 January 2012

Sambutlah Tangan Ku Ya Allah

Jalan yang penuh rintangan,
Ah,
Apa kau fikir jalan ini ditaburi intan permata?!

Terasa ingin berlari mendakap Mu,
Namun rantaian apa yang mengikat kaki ku?
Berat sekali.
Aku cuba meleraikan rantaian itu.


Terasa ingin berlari mendakap Mu,
Namun sering kali aku terjatuh.
Licinkah jalan?
atau,
Batu-batu itu yang cuba menghalang?
atau,
Butakah aku melihat jurang di hadapan?


Aku bangun,
lalu cuba meneruskan langkah ku...
Berjalan.
Ya.
Mana mungkin aku mampu berlari.
Walau rasa itu menggunung tinggi.


Aku jatuh lagi.
Pada tempat yang berbeda kadang-kadang,
dalam jurang yang sama kadang-kadang.


Aku bangun,
lalu cuba meneruskan perjalanan ini,
walau dengan merangkak.


Berlari kah
berjalan kah
merangkak kah...
selalu saja aku tersungkur jatuh.


Ya Allah,
Bila aku terjatuh,
lalu aku menghulurkan tangan,
janganlah Engkau enggan
menyambut tangan yang hina ini.


Ya Allah,
hamba ini hina.
Namun Engkau masih kurniakan kehidupan ini.
Dalam kesempatan yang masih bersisa ini,
ampunilah segala dosa hamba Mu ini.


Ya Allah,
hamba ingin terus kembara
menuju redha Mu.
Titian ini.
Persinggahan ini.

Di sana nanti yang kekal abadi.
Neraka atau Syurga.

...



"Eee. Jalan ni jadi ais.. licin. kena jalan hati-hati. slow-slow. tak suka ahh. tak suka jatuh".
"Siapa suka jatuh Bib?"
...




Saturday, 14 January 2012

BAITUL MUSLIM

Bismillahirrahmanirrahim~

astaghfirullahhal'azim 3x

pewitt... hihihi. Nak cerita pasal ni lah. Kebelakangan ni persekitaran Bib selalu berkaitan dengan perkara ni. Teringan nak membincangkan isu semasa sebenarnya. Pasal pelajar luar negara yang menerima kejutan budaya vs pelajar luar negara yang menjumpai cara hidup yang syumul, pasal keburukan demonstrasi lebih banyak berbanding kebaikan, pasal kekejaman Gadafi dan kekejaman orang yang membunuhnya, pasal industri hiburan kita lebih kepada kebaikan atau keburukan dan banyak lagi lah. Nak sangat membincangkan pemikiran kita terhadap isu semasa ni; menilai sesuatu tanpa mengikut hawa nafsu dan fikiran sendiri, tapi berlandaskan Islam semata. (haa kan dah panjang).

Ok, taknak lah cakap perkara 'contrast' tu tapi nak cerita pasal KELUARGA MUSLIM. Ya, mendirikan rumah tangga. Eh. Sebenarnya bukan lah suatu perkara yang excited sangat tapi lebih kepada merisaukan.
saje letak sebab comel :) [sumber]

Tahu tak, berdasarkan cakap-cakap orang yang ada pengalaman; kalau nak kahwin tu kena ada paling kurang 20 ribu hingga 30 ribu ringgit Malaysia? Haih, peluh. Banyak kan? Mula lah fikir, boleh tak nak kurang dari tu... ala kadar je cukup lah... nape nak kena guna duit banyak sangat? bla bla bla. Memanglah Bib. Kenduri, hantaran, baju kahwin, kad jemputan dan banyak lagi kena guna banyak duit, tahu? Amboi~ So, Bib sarankan marilah kita sama-sama kumpul duit mulai saat ini. Mari lancarkan Tabung Baitul Muslim, dan sila jangan lupa Tabung Palestine, ye?! Tak kisah lah siapa calon pasangan hidup anda (tolong jangan berangan!), tapi ini adalah persediaan ke arah BM... Nak menaiki tangga untuk capai Ustaziatul Alam, kan?

Duit satu hal,

Ada lagi yang lebih penting. Iaitu peribadi kita. Cuba muhasabah diri, dah layak ke tak untuk menerima seseorang dalam hidup? Tengok dapur, tengok meja study... kalau tak kemas susah lah kan? Malas nak explain panjang. Paham-paham sendiri lah ye. Pengurusan masa kita lagi. Nanti dah ber'BM' kalau masa pun tak pandai nak urus, keluarga ke mana, dakwah dan tarbiyyah ke mana. Fuu~

Kalau duit dah ada, dah boleh memasak, rumah pun dah teratur, hidup tak serabut, bijak mengurus masa... pastu kena fikir pulak pasal family kita, nak jauh dari keluarga ke tak (sebab ada tanggungjawab dakwah ke atas mereka). pasal kerja kita, nak kerja kat mana, keperluan tarbiyyah kita, tuntutan dakwah di negeri kelahiran, dan banyak lagi lah bende kena fikir. haa~ ingat senang nak kahwin?! (macam makcik membebel. macam lah ada pengalaman. haha)

Jahiliyyah yang masih merantai diri, takkan mencantikkan plan kita untuk mendirikan Baitul Muslim, lantas merosakkan tangga kita untuk menaiki maratib amal. Eh, Faham kan?



Ahsanu amal. ihsan dalam setiap yang kita lakukan. Perkara besar bermula dengan perkara kecil. Bila bercakap pasal Baitul Muslim, tolak ke tepi sekejap dengan siapa kita nak kahwin. Jodoh Allah dah tentukan. Fikirlah persediaan kita, aqidah kita. Kalau masih ada Ilah selain Allah dalam diri, macam mana kita nak kahwin kalau kahwin itu menambahkan Ilah kita? Macam mana nak menjadikan hati kita hanya milik Allah walaupun dah kahwin. So, settle dulu diri sendiri; dari segi Ilah, masa, skill dan lain-lain. Inilah usaha terbesar yang kita kena lakukan selain usaha kecil yakni mencari 'calon pasangan hidup'.  Bila betul-betul dah sedia, inshaAllah Allah hadirkan 'dia' dalam hidup kita. Memang kita takkan pernah jadi perfect, tapi bila Allah dah 'hadiahkan' tu, maksudnya kita layak lah menerima, kan? ;)

Dan sentiasa perbaiki niat kita, untuk mendapat mardhatillah.

Huu, untuk diri sendiri sebenarnya; kena banyak muhasabah. Kena bersedia untuk mujahadah dan tadhiyah. Fuu~

Last, nak share hadis yang Bib dapat hari ni;
Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."
(HR Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)    
Allahua'lam

Friday, 13 January 2012

An-Nafs

Bismillahirrahmanirrahim...
(ni nota yang di'copy'; sebagai peringatan untuk diri sendiri jugak)

7 Peringkat Nafsu
Nafsu pertama ialah Ammarah iaitu bagi mereka yang sentiasa menghampiri maksiat, terlalu gembira bila mendapat nikmat, dan terus berputus asa bila diuji. Mereka tak sedih dan tak akan menyesal jika berada di dalam maksiat dan kejahatan.

Yang kedua, nafsu Lawwamah iaitu bagi mereka yang kadang-kadang terjebak dengan dosa tetapi sering menyesal dengan perbuatannya itu. Dia sentiasa berusaha untuk berubah tapi kadang-kadang tidak dapat mengelak godaan syaitan. Kadang-kadang, manusia bernafsu Lawwamah ni akan terdetik di dalam hati mereka untuk berasa riya’ bila melakukan sesuatu kebaikan.

Nafsu ketiga ialah Mulhimah. Peringkat ini boleh dicapai bila manusia tu dapat melawan nafsu Lawwamahnya dengan bersungguh-sungguh untuk menyucikan hati. Biasanya, mereka ini memiliki sifat takut, syukur dan bertawakkal kepada Allah yang sebenar-benar, bukan hanya enak melafazkan kalimah syukur dan tawakkal di mulut sahaja. Taubat mereka pun merupakan sebenar-benar taubat. Bukan on off macam tu je.

Martabat seterusnya ialah nafsu Mutmainnah iaitu peringkat nafsu yang pertama yang diredhai Allah swt dan layak memasuki syurga-Nya.Orang yang memiliki nafsu Mutmainnah ni memiliki sifat pemurah yang amat sangat. Wang di tangan mereka tak pernah lekat kerana kerapnya bersedekah. Mereka juga kuat beribadah dan memiliki taqwa yang sebenar iaitu takut dan harap.

Seterusnya ialah nafsu Radhiah. Mereka yang berjaya sampai ke peringkat nafsu ini mempunyai hubungan dengan Allah yang dekat. Mereka mengenali zat-zat Allah dengan kenal yang sebenar-benarnya. Yang paling hebat, mereka tidak pernah takut akan bala dan tidak tahu gembira pada nikmat, yang mereka kenali ialah keampunan dan redha Allah sahaja.

Yang keenam ialah nafsu Mardhiyah, iaitu orang yang memiliki peringkat nafsu ini mempunyai hati dan jiwa yang benar-benar sebati dengan Allah SWT dan yang paling best, setiap perbuatan mereka pasti telah diredhai Allah.

Dan yang last ialah nafsu Kamilah, peringkat yang hanya mampu diperoleh oleh para rasul, para nabi dan wali Allah. Betapa hebatnya mereka, setiap detik amal di dalam kehidupan mereka hanya Allah tujuannya. Tiada dunia dan segala isinya. Subhanallah!

-copied-

Wednesday, 11 January 2012

Update (seloka hati kot)

Alhamdulillahwataghfirullah

Hati bunga-bunga tapi tak tau kenapa...
Masih sukar meninggalkan perkara yang tak bermanfaat...
Tengah usaha lah ni.
Hidup serabut; malunya ngan Allah...
Tengah usaha untuk jadi mukmin produktif.
Riang ria bersama akhwat tercinta...
Sayang mereka; muah muah muah
Masuk rumah baru bulan tiga;
Lama lagi lah ada orang yang tolong jaga...
Ke Indonesia Mak tak izinkan;
Jubah, tudung dan ustazah masih terbayang.
Ke Korea soyonara jahiliyyah terasa nak dengar,
Ingat pesan mak; terpaksa batalkan.
Sayang Toyama wahaha...
Moga sayang bersama bekalan dakwah.
Mp3 ustaz salam dan nasihat ummi jadi teman;
Hafazan dan bacaan taknak la tinggalkan.
Mummy Saff, kak ila, kak diha, kak zarina, kak asma, dan kak anum
Kalau boleh nak jumpa selalu... (i love you fillah, you know?)

Walau lama, masih bertatih.
Ya Allah thabat kan hamba hingga ke akhir,
Redha Mu yang hamba damba...
Ampuni dosa hamba, pimpini hamba.

Wednesday, 4 January 2012

Akhwat Seangkatan

Aku merasa aku ini asing sekali
Aku dalam kalangan kalian,
namun merasa kalian sering melupakan aku.

Aku tiada ungkapan yang indah buat kalian,
lantas apa yang kalian harapkan?
Aku tiada gambar kenangan bersama kalian,
lantas apa yang kalian harapkan?

Bahasa kalian kadang-kadang sukar ku fahami;
kerana kalian dari daerah yang sama
dan aku dari daerah yang lain.

Hingga suatu hari seorang dari kalian mengatakan
dia rindu aku tiba-tiba, dia sayangkan aku...
(senyum dalam tangisan)
jazakillahkhair ukhti.
Siapa sangka itu keluar dari hatinya
kerana dia dikatakan seorang yang keras?
Kerana ukhuwah itu memang lahir dalam jiwanya.

Dan hingga suatu hari seorang lagi menangis
kerana akan berpisah dengan semua akhwat...
dia yang sentiasa ceria, selalu menangis
bila saat untuk berpisah.
Dia yang menyedarkan aku akan tapisan di jalan ini.
Ukhti afwan kerana pergi tanpa bersalaman.
Biar kenangan saja jadi pengubat rindu.

Bermula saat itu aku sangat yakin
Allah berikan mereka yang sangat menyayangi ku.

Akhwat fillah,
kita seangkatan lamanya...
mungkin aku berbeza latar dari kalian;
dari negeri hingga bidang pengajian...
Namun aku berharap kita masih kekal
di jalan ini, tsabat hingga ke akhirnya.


Tiada apa yang mampu ku berikan.
Hanya yang mampu aku katakan;
aku mengasihi kalian kerana Allah,
terima kasih untuk ukhuwah ini.

Aku Ini Hamba Yang Bagaimana?

Aku belajar itu dan ini,
aku cuba lakukannya.
Namun kerana apa?
Aku mahu mereka tahu apa yang telah aku belajar.
Aku mahu mereka tahu aku faham apa yang aku belajar.

Otak ku ligat berfikir ayat-ayat gah,
menyusun bait kata-kata yang indah.
Kerana apa?
Aku mahu mereka terkesan pada ucapan ku.
Aku mahu mereka melihat keindahan bicara ku.

Aku syahdukan suara ku bersama linangan airmata;
agar mereka turut menangis.
Aku mahu mereka tahu aku insaf atas dosa silam.
Aku mahu mereka merasa belas.

Aku berpesan-pesan selalu;
agar mereka ingat kebaikan ku pada mereka.

Aku ini hamba yang bagaimana?
Banyaknya kehidupan ku hanya untuk menipu diri sendiri.
Banyaknya kehidupan ku untuk mendapat pujaan mereka
tanpa aku sedari...

Aku ini hamba yang bagaimana?

Diamlah dari mengukir kehebatan mu.
Diamlah dari menulis kebaikan mu.
Dakwah itu layaknya mendapat keikhlasan hatimu.

Tuesday, 3 January 2012

Allah Berikan Lebih dari Jangkaan HambaNYa

Bismillahhirrahmannirrahim...

Alhamdulillahwastaghfirullah.

Baru balik dari program tarbiyyah selama seminggu. Tak payah kira berapa banyak duit juga masa yang kita habiskan untuk program tu. Mungkin ada setengah orang fikir membazir, sebab menjangkakan 'dapat' lebih banyak. Tapi, jom betulkan kembali niat kita (yeah, walaupun dah habis program... moga tak terlambat untuk mendapat pengampunan Allah SWT). Daripada 'spend' mari tukar kepada 'invest' duit dan masa kita. Jangan menjangka yang orang akan bagi apa yang kita nak tanpa mahu berfikir nilai tarbiyyah ada dalam setiap susunan Allah SWT. Bukankah Allah itu sebaik-baik Perancang? :)


"... mereka merancang, dan Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang"
al Anfal 8: 30

Dan Allah kan banyak sebut tentang orang yang berfikir dalam Al-Quran? :)



InshaAllah nak kongi sikit tarbiyyah yang Bib dapat. Mungkin berbeza dari orang lain tapi inilah yang terkesan di hati.

Perang Salji

Kiteorang kena buat snowman dan snowball. Pastu, kena DEFEND snowman dan ATTACK pihak lawan. Sebagai defender, sumpah sakit kena snowball besar dari pihak lawan, plus sejuk, plus pinggang dan lutut sakit kena melutut atas salji yang sejukkk untuk jaga snowman tu. Waktu main tu, jatuh lah airmata... snowman itu ibarat Islam yang harus kita pertahankan. Macam mana perit sekalipun kita diserang, kalau kita beriman yang Islam itu deen yang benar, kita tetap pertahankan. 'Ok lets stop! I got the message of tarbiyyah! Lutut sakit ni weyyh!' detik hati. Namun Allah datangkan satu lagi tarbiyyah; bersabarlah... mujahadah itu payah kerana syurga itu mahal. Lalu kami terus cuba untuk bertahan.

 Plasticine aka tanah liat 

Ada satu haritu; kiteorang main plasticine kat rumah. perghh... plasticine Jepun best! LEMBUT dan senang bentuk. Kiteorang pun buat macam-macam. 

comel kan? yang kecil komakai tu jiran sebelah buat =p


Ape tarbiyyah nye, Bib? ... selagi kita sentuh dan bentukkan plasticine tu, sifat dia masih tak berubah- lembut. Tapi yang kami langsung tak guna bila dibiarkan, dia jadi keras lalu dibuang sebab memang dah tak boleh nak bentuk... samalah macam HATI kita. HATI yang tidak disentuh dengan ruhhi akan KERAS. 

Kiriman Cinta

Kiteorang main Kiriman Cinta. Game ni macam game tak tau nama ape. Tapi satu group akan point kat group lain, pastu group yang kena point tu point pulak kat group lain. Contoh, umar kata, 'umar love, umar love, umar love to hamzah love' pastu hamzah jawab, 'hamzah love, hamzah love, hamzah love to bilal love'... Sebagai group Hamzah, sedih tau sebab tak banyak kena point, seolah-olah Hamzah tak disayangi dan Hamzah takde peluang untuk sampaikan cinta dia kat group lain... cecece, tapi tau je akhwat sume sayang kiteorang ;)

Lagi satu kiriman cinta bukan dalam bentuk game... tapi surat atau kad... wink wink... Paling syok tu surat dari Malaysia.

Jazakillahkhair Kakak-kakak Ansarian! Jzkk kerana ada bersama Bib walaupun jauh di mata

Kita tsabat hari ini mungkin bukan kerana usaha kita namun kerana doa mereka
Kakak to Adek
Kakak Tinggi to Adek Pendek... kiteorang sama Mummy ;)

Terima kasih Allah kerana mengurniakan mereka untukku. Terima kasih untuk ukhuwah ini. 

Bas Balik

Program tu dah habis... Kiteorang naik bas nak balik ke 'bandar'... Dalam bas, Pak Cik Bas tu syorkan kiteorang nak tengaok movie tak. Ada tiga movie, rasa yang paling tak lagha movie... so kiteorang pun tengoklah... nak tau cerita apa? Monster inc. Dulu suka sangat cerita ni... sebab budak Boo tu comel... Tapi kan, bila tengok kali ni, ada something Allah nak bagi. Mula-mula Monter tu kan allergic semacam dengan manusia (ingat kagi tak part seekor monter tu dibersihkan sebab ada stokin budak yang lekat badan dia). Pastu bila Boo datang kat dunia monster ni, Sullivan tersedar yang manusia tak men'damage'kan mereka pun... Dia rasa Boo tu sangat sweet~ Akhirnya dunia monster tu bertukar dari menakutkan budak-budak dan rasa manusia ni virus kepada menceriakan mereka dan rasa manusia tu okey je! HAA... Cuba replace kita adalah monster tu dan budak comel tu adalah TARBIYYAH. Mula-mula dulu mesti ada yang rasa allergic dengan bulatan gembira semua ni. Tapi bila dah TAHU NILAI TARBIYYAH mesti semua orang nak... (cecece... rentetan dari slot sorang kakak tu ^^) Yeah, memang lah jalan ini tak nampak best seperti mendapat 100, 000¥ atau seperti bermain dengan kanak-kanak riang, tapi jalan ini bukannya nak men'damage'kan kita pun demi meraih redha Allah tu, kan? :) Sebab memang dah takde jalan lain.

Pastu dalam bas, Bib nampak fenomena ini...
gambar gelap sikit... nampak tak Pak Cik yang tengah memandu bersama pembantu dia?

Pak Cik tu tengah ajarkan jalan kat pembantu dia. Macam kita dengan murobbi kita... Murobbi kita tunjukkan jalan, dan harap suatu hari kita boleh melalui jalan ini dengan baik. ^^ sayangi murobbi anda. Tapi ingatlah siapa pun boleh menjadi murobbi kita, kita juga murobbi untuk diri kita sendiri, dan Allah SWT adalah murobbi yang Terbaik.

Istighfar

Fuuh... Saat hati gementar untuk memulakan kerja, akhwat yang tenangkan Bib selalu pesan banyakkan istighfar. Kenapa istighfar? Kan selalu kalau nak bagi semngat kita kata 'You can do it! Good luck!', 'Yosshaa! Ganbare!', 'Aja aja fighting!!' dan macam-macam lagi? Kalau istighfar selepas dapat sesuatu keputusan Bib tahu lah. Sebab kalau kita dah berjaya, nanti timbul rasa riak tanpa kita sedar bahawa kerana kesungguhhan usaha kita, kita berjaya. So kena istighfar. Tapi sebelum buat sesuatu kenapa kena istighfar?  Dalam kekalutan rasa tu, Bib fikir balik maksud istighfar tu. Mohon keampunan Allah. Mungkin kerana banyaknya dosa kita pada Allah, boleh menghalang apa yang kita cuba sampaikan. Sebelum mahupun selepas melakukan sesuatu banyakkan istighfar. Mohon keampunan Allah. Kembali kepada Allah.


Jom SHARE apa nilai tarbiyyah yang kita dapat. Mungkin tak banyak yang kita dapat dalam slot bersama ustazah, mahupun apa-apa slot. Mungkin tarbiyyah yang kita dapat bukan dalam bentuk percakapan, tapi boleh jadi Allah bagi tarbiyyah dalam bentuk yang lain. Contohnya, sebelum ni kita selalu buka paip besar-besar membazir air. Tapi bila kat sana, kita tengok akhwat kita ambil wudhu buka paip kecikk je. Pastu kita fikir; membazir itu amalan syaitan. So itulah tarbiyyah yang Allah nak bagi kat kita (ok sangat simple, sebab ni contoh je).

Dalam setiap apa yang Allah aturkan untuk kita, adalah GIFT. Sia-sia bagi kita kalau enggan mencari nilai tarbiyyah yang ada pada GIFT tu dalam membentuk kita menjadi menjadi individu yang mengikut acuan Islam.

Alhamdulillahwataghfirullah...

Afwan jiddan atas kekurangan juga keterlebihan, afwan andai ada hak yang tak tertunai. Akhir kalam; ingatlah

Kitalah umat pertengahan

Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas manusia dan Rasul menjadi saksi ke atas kamu. ...
al Baqarah 2: 143


Kitalah umat terbaik

Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh berbuat yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. ...
Ali Imran 3: 110

Kitalah saudara Rasululllah SAW yang baginda rindui...

“Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan saudara-saudaraku (ikhwanku),” berkata Nabi saw. “Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman engkau?” jawab Abu Bakar. “Bukan,” jawab Nabi saw. “Kamu adalah sahabat-sahabatku”.

Para sahabat menjadi keliru dan hairan siapakah yang dimaksudkan dengan ikhwan yang Rasulullah rindukan itu. Rasulullah segera menjelaskan; “Ikhwan ialah mereka yang belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku lebih daripada kecintaannya kepada anak dan orang-orang tua mereka”.
Wallahualam. Moga diampuni dosa-dosa kita.