Sekarang media massa media cetak sibuk memberitakan tentang gempa bumi yang berlaku di Jepun dan kesan daripada gempa bumi tersebut. Pastinya bukan saja pelajar-pelajar yang akan sambung pelajaran ke Jepun yang risau, malah ibu bapa dan pihak penaja pun pening kepala. Tapi rasenya kalau sambung belajar kat Jepun tu bukan impian terbesar kita, mesti kita tak kisah. Tapi pening juga bila memikirakan betapa penatnya memerah otak, keringat dan masa di pusat persediaan. Apa2 pun yang terbaik itu Allah dah aturkan untuk kita. Semoga semua umat Islam yang berada di sana selamat dan terjaga imannya. Dan semoga melalui bencana ini Allah kurniakan hidayah bagi mereka yang mahu berfikir.
Okey! Tukar topik…
Khamis minggu lepas kene pergi ke Putrajaya, nak ambil duit scholar daripada penaja kiteorang . Jadi, Rabu awal pagi lagi da bertolak ke airport…flight pukul 0935. Sementara menunggu masa untuk check in Bib duduk di hujung penjuru lalu mengeluarkan mathurat kecil dan baca (tak sempat baca lps subuh). Dulu memang susah nak praktikkan baca buku kat tempat2 awam kalau ada kelapangan. Budaya membaca bukan ke budaya kita orang Malaysia.
Waktu nak habis baca mathurat tu, ada seorang kakak yang menyapa “assalamualaikum” dan kami bersalaman. “da bole check in ke sekarang”, "belum bole lagi. Tunggu je la akak.” Sepanjang kami menunggu, Bib dan Kak Shu berbual (yang mengikat ukhuwah muslim itu ialah aqidah yang sama). Tapi dalam kapal terbang kami dipisahkan oleh tempat duduk. Memandangkan flight hari tu delay, kapal terbang landing di LCCT pukul 1130. Bib yang tergesa-gesa nak keluar dari LCCT dan mencari ikhtiar untuk ke Putrajaya, segera keluar dan meninggalkan Kak Shu (huu..sgt jahat!). Tapi Kak Shu inshaAllah kite jumpe lagi ^-^
Alhamdulillah walaupun lain yang Bib rancang, kalau bergantung harap kat Allah, inshaAllah, Dia berikan jalan yang lebih mudah. Seriously tak tau camne nak naik public transport ke Putrajaya. Sebelum bertolak ke sana, singgah sebentar kat Taman Desa terchenta. Alhamdulillah, dapat panggilan dari Aisyah, dia ajak pergi sama ke Putrajaya. Jumpa Aisyah dan kemudian bertolak ke Putrajaya dengan menaiki KLIA transit (ngehhh baru tahu)
Terima kasih sangat kat Kakak2 日本卒(nihonsotsu: graduate Japan); Kak Awin, Kak Aar dan Kak Siti yang sudi tumpangkan Bib bermalam, dan menghantar Bib ke JPA. Dan terima kasih Allah memperkenalkan dieorang dengan Bib. 10 Mac: Sebenarnya gementar sangat nak berjumpe semula dengan kawan2 sebab baru pulih dari kesedihan, tak tahu la dapat cover ke tak. Alhamdulillah, senyuman mengalahkan kegusaran dalam hati…(merepek^-^)
Okey! Cerita hangat, selain dapat duit scholar~ dalam jadual aturcara majlis ade tulis majlis tamat pukul 4 petang dan ada disediakan makan tengah hari. Tapi tiada makanan tengah hari yang dihidangkan dan majlis tamat awal bukan seperti yang tertulis dalam aturcara! Waaaaaaaaaaaah bengang gak mula2, tapi, Bib setakat makan tengah hari~ Balik bapak Amal yang hantarkan. TQ sangat2…
Selepas balik, duduk rumah, tunggu balik kerja. Hari tu ade misi; datang ke Taman Desa, ‘sitting’ dengan adek2 IBT. Sebelum tu, kena ambil 先輩(senpai: senior)dan Kak Husna (nihonsotsu gak) Kereta yang kami guna dipandu oleh Kak Kamila. Jadi, dalam kereta tu ade Bib, Kak Husna, Kak Akmila, Kak Syaie, Kak Aisyah dan Kak Atie. Mula2 takut sangat tengok senpai pandu kereta, sebab die biase bawa kerete Nihon ^-^… Berbekalkan tawakal kepada Allah dan berpandukan arahan dari ‘GPS girl’ yang bising itu (nape ek mesti suara p0mpuan??) serta bantuan Kak Syaie memberikan ‘confirmation of direction’, Alhamdulillah sampai gak kiteorang.
Senpai tachi pun berkongsi-cerita la pengalaman dieorang kat Jepun; supaya adek2 dan Bib sendiri buat persedian lebih awal sebelum fly terutamanya 心準備 (kokorojunbi: persedian mental??). Bib yang menyibuk ni berkongsi-cerita apa yang kena buat waktu cuti panjang tanpa ‘sitting’. Dan berkongsi dugaan+pilihan dalam hidup ini… semoga 後輩(kouhai: junior@adek2)dapat iktibar dari perkongsian senpai~
Setiap dugaan yang kita hadapi, kita sentiasa diberi dua pilihan. Sama ada kita memilih untuk senyum dan berkata, “kali ni je… bukannye kesalahan besar pun, lantak la ape orang nak kate. Kal0 salah p0n esok lusa taubat la” ataupun menangis dan berkata, “Ya Allah, ketahuilah susah untuk ku meninggalkan nya tapi aku cuba mendapat redha mu”. Pilihan terletak pada kita.
Sebelum Bib tukar cerita, nak minta maaf sangat kat Miss Wani, Miss Natrah dan Miss Izati sebab tak sempat balik ke rumah. Hari tu da balik rumah, tapi k0rang takde…sorry=.=”
‘Sitting’ tamat pukul 2330. Pengembaraan kedua bersama ‘GPS girl’ bermula. Ngehh… Destinasi pertama kami ialah A (sangat sayang rumah ini). Memandangkan jarak A ke destinasi seterusnya jauh dan sume belum lagi makanan malam … kami singgah membeli makanan dan makan di A. Tanpa berlengah kami perlu bergegas ke destinasi seterusnya; R. Tapi kali ni yang tinggal ialah Bib, Kak Kamila, Kak Syaie dan Kak Aisyah. Bib terfikir malam ni R bukan destinasi terakhir, sebab Bib dan Kak Aar kena ke Putrajaya, sebab beg baju ade kat sana dan kena bertolak dari sana untuk ke LCCT…plus, Bib kena bangun seawal 5 pagi agar tidak terlepas flight! huu penat memikir tu semua, dan terasa menyusahkan banyak orang…
Senpai Nihon ni sangat la sy0k! Kak kamila bagi Bib sorang je tidur, Kak Aisyah dan Kak Syaie tak boleh tidur… Tapi mata ni tak boleh nak pejam tanpa kerjasama daripada telinga yang suka mendengar senpai2 berbual. Ya Allah, terubatnya hati duduk dalam kalangan mereka ini.
11 Mac: Akhirnya, mata Bib menang, terlelap jugak~ 30 minit sebelum sampai di R, Bib pun terjaga. Peliknya ‘GPS girl’, dah lewat malam tak pulak die bising. Sampai di R, Kak Kamila baru terima mesej Kak Aar tdur di R, maksudnya Bib tak balik Putrajaya malam ni… tapi risau gak kalau Bib bermalam kat R, takut tak sempat ke LCCT. Jam menunjukkan lebih kurang pukul 0220… どうしようかな?Nak kejutkan Kak Aar dan suruh dia drive Bib ke Putrajaya dan ke LCCT waktu tu jugak?? Suruh Kak Kamila hantarkan? Think3. Terharu sangat sebab senpai sanggup nak hantar (sangat teruja menggunakan GPS^-^). Tapi aturan allah tu lebih hebat, Bib yang kerisauan ni dinasihatkan tidur dulu esok pagi baru bertolak. Walaupun tidur 1 jam 30 minit tu dah cukup inshaAllah. Pukul 0330 lagi bapa dah call; tanye da bangeun ke belum, pastu call lagi pukul 0400. Waaaa…sangat la terharu~ Kalau hari biasa mesti liat nak bangun tahajud…
Minta maaf sangat kat Kak Aar sebab kejutkan awal pagi. Kiteorang pun bertolak ke Putrajaya; ambil beg dan terus ke LCCT. Banyak yang Kak Aar sharing masa dalam perjalanan, TQ sangat2. Alhamdulillah sampai tepat pada masa, kemudian tunggu waktu subuh. Serius, tak dapat nak khusyuk sebab rasa macam mengejar masa sangat. Sori T T
Sampai di Lapangan Terbang Sibu. Memandangkan family Bib masih di Kuching dan akan bertolak ke Sibu sebelah petang, seperti yang dirancang cousin Bib Kak Ann dan Kak Dayang yang akan jemput Bib dari LTS, tapi mane dieorang?? Tunggu . Tetibe ada orang sapa; “Bah”. Rupenye dieorang dah lama sampai. Camne la Bib bole tak perasan dieorang. Dieorang pun tak perasan Bib sebab Bib ber’selimut’ (thanks to Allah: glad- mak dapat terime cara Bib berpakaian). TQ sangat2 sebab datang on time dan sudi menjemput Bib. Hari ni Kak Asmah akad nikad~ TAHNIAH ^-^semoga bahagia di sisi anak, suami dan keluarga. Dan semoga bahagia yang dipilih mendapat redha Allah. Ameen…
Sebelah petang family Bib sampai…12 Mac: kenduri kesyukuran Bib. Berpeluang beramah dengan saudara mara… banyak la pesan dieorang kat Bib. Hati-hati. Jaga diri. Lagi2 berita pasal gempa bumi kat Jepun, semakin risau la dieorang. Pesan Nenek yang tahun ni berusia 89 tahun; “Hidup ni sementara, akhirat nanti kekal. Jangan derhaka apa orang tua cakap, sembahyang jangan tinggal, orang kafir jangan diikut”. Bapak pesan; “Di Jepun rajin2 bersenam. Baik orang ikut, jahat orang tinggalkan. Duit jimat. Berkawan banyak takpe tapi jangan cepat percaya dengan orang lain. Sedih la bapak takda teman nak bergaduh”. Minta maaf pak, selalu gaduh ngan bapak (hihi ^-^). Pesan mak; “Jaga pemakanan. Jangan cuai. Kalau bercinta, jangan serius, maksud mak jangan terus fikir pasal kahwin. Serahkan semua kat Allah”. Okey mak =.=”…kadang2 rasa “arrghhhhh bising ar dieorang ni” tapi tu tandanya Allah nak tunjuk kat kita ada orang sayangkan kita, dan Yang Memberi rasa kasih sayang itu kepada mereka ialah Allah Yang Maha pengasih Maha Penyayang. TQ Allah.
13 Mac: Bib sefamili kena segera balik ke Kuching sebab Bapak dan Mak perlu bekerja keesokan hari; Isnin. Plus, kiteorang kene ambil ‘adek bongsu’; Zorro yang ditinggalkan di nursery. Kalau tinggal lama takut memberontak pulak die. (Zorro bukan la manusia dan bukan anak kandung Mak, tapi seekor kucing belaan kiteorang... tapi hari ni die menghilang~ huu)
Sekian. Hidup ini macam kereta, kena ada side mirror. Jalan menuju ke hadapan dengan berhati-hati dan jangan lupa imbas kembali sejarah lampau kita. (nak cari Zorro)
No comments:
Post a Comment