17 Mac- 23 Mac adalah transformasi dari ke’tension’an membuat persediaan untuk fly kepada percutiaan keluarga yang pastinya meninggal kenangan untuk kami semua setelah mendapat panggilan daripada JPA yang memaklumkan semua flight ke Jepun ditangguh. Kuala Lumpur yang suatu ketika menjadi destinasi paling tidak digemari menjadi pilihan-tak dirancang- keluarga untuk bercuti. Tak nak bercerita panjang lebar tentang percutian kami, Bib rumuskan Kuala Lumpur menjadi kegilaan bagi mereka yang gila dengan 7S, juga menjadi ketenteraman bagi mereka yang mencari dan memberi kedamaian. Pada satu pagi Bib catat pada nota;
Bumi menangis sakit tua
Manusia lupa diri mengejar dunia
Tanah pangkat jadi rebutan
Rasuah jadi hadiah, senjata jadi mainan
Remaja tidak mengenal sejarah
Leka bergelumang jahiliyah
Habibah?
Senyum…istighfar
Kalau diikutkan hati semua nak lagi sambung bercuti, tapi memikirkan sekolah dan kerja serta Zorro (haritu hilang; dah jumpe balik)yang tidak boleh ditinggalkan lama, famili Bib balik pada 24 Mac. Tapi Bib masih di KL, banyak yang harus diselesaikan, dipelajari semula dan di’top-up.’ Bib nak minta maaf kat Mak terutamanya sebab tak dapat balik kampung melawat Datuk yang sakit tenat. Teringat lagi Mak ke sape entah(?) yang cerita Datuk pernah dengar laungan azan sedangkan pada usia tuanya dia cacat pendengaran. Untuk makluman pembaca budiman, ayah kepada Mak Bib bukan muslim. Semoga dia kembali. Hidayah milik Allah, Dia berhak memberi kepada sesiapa saja; tua muda kaya miskin~ istighfar… maka kita yang sihat ini dan sudah pun memilikinya gunalah sebaiknya.
Satu minggu di KL, pergi ulangkaji fikrah-bertemu dengan kawan KMB yang subahanallah-mantap, pergi belajar paradigma, belajar buat kek dengan Fadhilah, jalan-jalan ngan Fadhilah, pergi rumah anak yatim dengan Nabila AAJ, jalan-jalan dengan Nabila IBT, dan paling syok pergi JAD dan belajar topic futur. Dulu bukan main lama plan nak pergi JAD, tapi sekarang camni je(petik jari) kalau Allah kata jadi. See, Allah is the Great!! Thanks to Qotrun yang tumpangkan Bib tidur, Lyla yang hantarkan Bib ke stesen KTM, Halilah, Iman. Sahabat-KAMUS-Bib yang lain minta maaf tak sempat jumpa. InshaAllah, kalau kita berkumpul lagi, we will rock the world!!
Sebelum mengakhiri post ini Bib nukilkan sebuah kisah benar yang benar-benar banar; kisah dari seorang teman …terimalah~
Aku menulis ketika duduk lama di bangku ini, selepas otak penat membaca dan berfikir akan karya Faisal Tehrani. Aku menulis selepas seharian berjalan di kotaraya melihat gelagat manusia atau mungkin aku sebenarnya membawa diri??
Di sepanjang perjalanan malah sejak kebelakangan ini aku kerap bermonolog, nangis sendirian, berdoa pada Allah “Ya Allah, lupakanlah aku akan semua ingatan tentangnya, tentang masa lalu kami andai ia mengundang murkaMu. Namun ya Allah, jangan Engkau pautkan hatiku dengan yang lain selain dia. Pertemukan kami semula dalam redha dan barakahMu ”. Sakitnya perpisahan, namun manisnya ia andai kita memilihnya kerana Allah. Aku masih mengharapkan pertemuan kami… huuhhh, sepatutnya aku meminta Allah berikan apa yang terbaik untuk ku, bukan apa yang aku inginkan.
Penulisan ku terbantut melihat seorang perempuan menunggu seorang lelaki keluar dari surau. Aku duduk di bangku luar surau; surau mid valley dekat dengan jusco. Tentu kalian arif dengan keadaan di situ. Hmm…
Terkadang aku takut aku ketinggalan ke belakang dalan medan DnT, sedangkan dia jauh ke hadapan. Tapi aku enggan dia ke belakang sedang aku di hadapan. “Ya Allah teguhkanlah hati kami agar thabat di jalan yang Engkau redhai. Pimpinlah kami bersama-sama mereka dalam barisan yang teguh.”
Dulu, namun baru-baru lagi barangkali; sungguh-sungguh-SUNGGUH halus bisikan syaitan itu. Bukan mahu menunding jari pada syaitan laknatullah, tapi kelemahan diri yang kurang faham. Dulu, entah sejak bila, aku (dan dia juga mungkin) merasakan kami memandu hubungan ini ke jalan yang benar; akan berlabuh di institusi pernikahan.
Alhamdulillah, ujian yang Allah turunkan, hati yang masih mahu celik membuatkan kami berfikir semula. Pelik-pelik-PELIK. Bagaimana hubungan ‘boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang ‘ yang ‘menjaga’ batas boleh bercanggah dengan syarie?? Benar-benar-BENAR. Semasa di dalam kejahilan memang kita tidak menyedarinya, tapi setelah melalui dan melepasi rimba kejahilan itu aku sedar rindu kepada seorang muhrim itulah yang merosak hati mengotori cinta pada Pencipta.
Aku tahan rindu itu setelah jalan redha Allah yang kami pilih. Tangis ku selepas itu tangisan rindu pada Illahi, mengharap semula cintaNya.
“Jaga diri sendiri, jangan mudah percayakan orang lain, belajar katakan tak, sibukkan diri kerja DnT”. BANG.BANG.BANG. Aku cuba melupakan wajahnya, tapi nasihatnya akan ku hadam buat pengajaran hidup….DUSH.DUSH.DUSHHHH…hilang la k0~
Mudah-mudahan kisah ku menjadi iktibar bagi mereka yang cintakan perjuangan ini… Aku hentikan penulisan ku di kala maghrib menyapa.
Begitulah ceritanya, kehidupan teman selepas itu tidaklah Bib dan teman sendiri tahu. Berdasarkan kisah ni, benar kita remaja Islam dimomokkan dengan kisah-kisah ‘cinta ala-ala Islamik’ antara lelaki dan perempuan; di televisyen ataupun novel.
Cerita ni sangatlah memberi pengajaran buat Bib. Harap yang membacanya begitu juga. Warnai hidup kita dengan menulis, membaca, berfikir, marasai dan MENYAMPAIKAN serta MEMBINA!!
No comments:
Post a Comment