Thursday, 21 April 2011

orang tak faham kita, kadang-kadang kita pun tak paham diri sendiri

Lama sudah tak menulis tapi tak de la banyak sangat cerita. Baru berpeluang baca blog-blog... Alhamdulillah, dapat sambung pengajian dan tarbiyyah di Jepun. Masa depan kita tak pernah kita tahu, apa lagi nikmat yang Allah bagi seterusnya kat kita nanti?? Sangat BEST lah Allah...

Allah, kurniakan kami kesihatan jasad, akal dan hati. Kurniakan kami pasangan yang sabar, thabat dalam jihad, izzah dengan Islam dan kurniakan kami umat Muhammad generasi alQuran (yang ramai^-^). Thabatkan kami dan pinjamkan kami kecermerlangan dunia, kurniakan kami kejayaan akhirat!! ameen, tq Allah.

Sebenarnya tak nak cerita panjang pasal kehidupan kat Toyama. Bib nak ringkaskan berdasarkan photos yang Bib ambil kat sin. tapi sangat BENGANG sebab lambat upload! hmmmm...
meh la bib ringkaskan..
  • Toyama bukan la tempat pilihan Bib untuk sambung study, tak pernah terfikir pun nak pergi sini. Allah lah yang telah meletakkan Bib di sini. Toyama ramai sangat muslimin dan muslimat  yang Melayu. serius ramai!! Mungkin Allah letakkan Bib di sini untuk diuji sama ada Bib akan ulang kesilapan yang lalu ataupun tidak dan mungkin untuk meng`amanah`kan Bib dengan amanah yang belum Bib sempurnakan dulu. Apa pun reason yang cuba Bib fikirkan Bib tak tahu kenapa Allah tentukan begini. Cuma kena buat yang terBAIK!
  • Toyama cantik tapi sejuk...Nampak sinaran matahari tapi angin dia fuhhhhhh sejuk sangat...kadang-kadang hujan. U dekat sangat dengan rumah, jadi jalan kaki je. Beli basikal biru dan rendah..huhu. Walaupun bangunan Keizai dengan bangunan Ippan dekat je selalu sesat!! Nak balik rumah pon kadang-kadang sesat..
  • Senpai bawa pergi jalan-jalan, beli barang, makan-makan...uruskan ALIEN card, account bank, bersukan, masak-masak, pergi Hanami... hari tu kiteorang belanja senpai makan.
  • Hisashiburini, dapat makan ais krim green tea dan makan kacang!! (Nape la dulu Bib tak terfikir nak letak nama blog ni green tea ataupun nuts??)
  • Senpai Onna semua baik-baik,, Kak Diha mengingatkan Bib kat someone~ Kak Za sentiasa senyum. Ade masalah pun senyum gak ^-^
0k! habes la kot cerita pasal Toyama... Sampai la sudah kepada tajuk kita pada hari ini...[orang tak faham kita, kadang-kadang kita pun tak paham diri sendiri]

Bib baca blog kawan ni. Bib cuba ceritakan mengikut apa yang Bib fikirkan inshaAllah, dan harap apa yang Bib tulis ni tak salah seperti situasi sebenar kawan ni (Bib harap dia baca). Dia luahkan perasaan kat blog- perasaan geram bila orang tak faham keadaan kita, geram bila orang mendengar cerita kita dari pihak kedua dan bukan dari diri kita sendiri.

BIB NAK MINTAK MAAF kalau terjadi salah seorang yang mendengar cerita tu tanpa memperbetulkannya... Bib faham sangat perasaan kawan inshaAllah, walaupun situasi Bib berbeza sikit...

Orang lain mungkin nampak kekurangan dalam diri kita, nampak jahat kita, tapi tahukah mereka sakitnya kita melawan kekurangan dan kejahatan dalam diri kita?? Atau mungkin orang nampak kebaikan kita, tapi tahukah mereka sakitnya melawan kejahatan yang kita dan Allah saja yang tahu?? Atau kita merasa kita cukup sempurna dan baik, tapi roh kita mengatakan dia perlukan sesuatu lagi??? Jom la kita bersangka baik dengan orang lain dan doakan kebaikan untuk mereka. Jom la kita memberi makanan kepada roh kita (kerana mereka sangat lapar) dan berdoa Allah sentiasa memberi petunjukNya kepada kita...

(sampai ke isi tajuk yang Bib nak sampaikan??)

Bib melihat UMAR dalam diri kawan. Maksudnya, ada something core dalam diri dia. Kawan, carilah redha Allah dan you will be SOMEBODY yang hebat inshaAllah. Minta maaf kalau ape yang Bib fikirkan tak sama perasaan dan situasi kawan waktu tu... (ceyy 1st time kot sebut nama UMAR dalam blog ni, pewwitt)

Setakat ini sahaja inshaAllah... Minta maaf tak dapat upload gambar~

2 comments:

  1. adekah ak?haha
    apekah yg core itu?

    ReplyDelete
  2. ^-^
    hati kawan Bib tu sangat baik walau camne pon luarannya inshaAllah~

    ReplyDelete