Allahumma balighna ramadhan. toing3...Ramadhan datang lagiii!! Semoga Allah beri kekuatan untuk kita mengawal nafsu diri, dan diberi istiqamah dalam mengerjakan amal soleh lagi sohih...
Sebagaimana tajuk entry, untuk mengingatkan diri sendiri jugak; bahawa Allah berikan kita Qalbu atau hati. 「心:kokoro」 kate orang jepun. Pernah tanye kat sensei (saje nak uji orang jepun punye pemikiran) hati tu letaknya di mana... Die pon jawab; "hati tu tak nak nampak, tak tau kat mane...Tapi kebelakangan ni ade saintis wat kajian, didapati bahawa hati tu kat otak". Dah dapat point dah ayat first tu, tapi... Tak nak bercerita panjang tentang di mana hati tu. InshaAllah kita umat Islam tau.
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik; maka baiklah seluruh jasad, dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah HATI.
Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat (tanda kekuasaan Allah) dan mereka memiliki telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lengah.
al A'raf, 7: 179
contengan budak yang baru bertatih di jalan ini |
Eh! Hati kita bukan lah begitu bentuknya... (macam jantung lak, ade saluran) Cuma nak bagi paham; hati andai diisi dengan cinta dunia maka keluarlah cinta akhirat darinya, dan begitulah sebaliknya.
Ooppsss! Macam mana lak dengan dunia?? Kan Allah berfiman:
Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah Allah berikan kepadamu, tetapi janganlah kamu melupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada yang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh Allah tidak menyukai orang berbuat kerosakan.
al qashah, 28: 77
Jawapannya; dunia itu di tangan. Kuasailah dunia ini untuk kebaikan umat Islam, untuk saham di akhirat. Inilah zuhud. Tidak menolak dunia namun tidak berlebihan dalamnya, dan mengutamakan bahagian akhiratnya.
Tutuplah saluran dunia dari memasuki hati. Tempat dunia itu di tangan dan tempat akhirat itu di hati. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang berpenyakit wahan yakni cintakan dunia takutkan mati. Hakikatnya, sejauh mana hati kita benar-benar diisi dengan cinta Allah? Sudah penuhkah disegenap ruang hati kita hanya Allah? ~istighfar~
Mohonlah kekuatan pada Yang Maha Memberi...
"Ya Allah beri kami kekuatan untuk menggenggam cinta dunia di tangan agar bila masa untuk melepaskannya; tiada pernah rasa bersedih hati, dan beri kami kekuatan untuk semat cinta akhirat di hati agar tiada kami pernah merasa untuk mensiakannya"
*semoga ramadhan melatih hati kita untuk menerima akhirat juga melatih tangan untuk menerima dunia*
salam kak bibah..
ReplyDeletehurm nice entry..kerana Allah kurniakan hati itu satu..tidak dua dan tidak tiga..kerana andai hati itu banyak..ianya hanya akan merosakkan kita..hati satu nak baik..hati 2 nak dunia ..hati 3 nak cinta..dan kita tak leh fokus pada tanggungjawab..dan kerana itu hati hanya satu..untuk Allah..
insyaAllah,pada ramadhan ini dapat kita tingkatkan amal..agar berterusan hingga akhir ramadhan dan juga untuk bulan2 selepasnya...
ReplyDeleteayuh mujahadah...insyaAllah,disitu ada keberkatan dariNya..amin~~
comelnye hati bib..hehehe..
ReplyDeletejom same2 mencari cinta Illahi dibulan mulia ni=)