Friday, 22 July 2011

Mendekati Nya

Alhamdulillah...

Setelah banyak kali bertukar-tukar tajuk; berfikir panjang apa didikan yang Allah nak sampaikan hari ni; akhirnya Bib memilih tajuk ni...

Istighfar...

Bila kita mengajak ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran, cuba kita tanya pada diri untuk apa kita melakukannya...Adakah untuk mereka dekat kepada kita atau kita mahu mereka mendekati Allah SWT. Terkadang tanpa kita sedar kita berlumba-lumba dengan orang lain untuk menarik ramai orang kepada kita bukan kepada Allah.



"Ehh, adik jom la ikut saya bersuka ria di taman  sambil dipayungi malaikat..takyah la ikut Mak Cik Senah tengok wayang. saya belanja ais cendol, nak?"

Muhasabah  diri; menulis, menuturkan bicara, memberi ilmu bukan untuk menarik orang kepada kita tapi kepada Pencipta Yang Agung.
 
------------------

Istighfar...

'Kerja' yang kita lakukan sekarang adakah kerana kita diberikan kerja oleh manusia atau kerana kita faham tanggungjawab kita terhadap kerja yang kita lakukan dan untuk mengejar redha Allah? Terikat dengan jawatan dalam melaksanakan tugas adakah mengundang keikhlasan di hati? Mengapa hanya bila kita mendapat jawatan, baru kita ber'kerja'; padahal kerja itu tanggungjawab sejak kita dilahirkan ke dunia??

"Sebab saye setiausaha Persatuan Pelajar Islam Kolej, so saye kena tegur cara berpakaian awak ni."

Benar! Dengan kuasa yang ada pada kita; kita harus melaksanakan amar makruf nahi munkar... tapi bukan kerana kuasa kita ber'kerja'...kuasa yang ada hanya alat untuk ber'kerja'. Kerana kefahaman kita bahawa dalam 'kerja' itu letaknya redha Allah maka dahulukan keikhlasan dalam berkerja baru kuasa.


------------------

Istighfar...

Hati manusia itu hanya satu. Andai diisi dengan cinta dunia maka cinta akhiratnya akan keluar dari hati. Cinta kita pada manusia lain kadang-kadang bila tidak disandarkan betul pada cinta Allah boleh merosakkan tugasan kita sebagai manusia!! Keluarga, sahabat, suami atau isteri, anak... owh, terutama bila sudah berkahwin.

 "Minta maaf ye, saye tak boleh nak bagi talk hari ni...Isteri saye itu, ini... "

Katakanlah: "Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isteri (atau suami-suami) mu, kaum keluargamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai; menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya serta berjihad untuk di jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya." Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
at taubah, 9:24

------------------

Istighfar...

Bila masanya kita merasakan diri sudah cukup hebat; 'otomatik'nya kita merendahkan orang lain. Kita hanya dapat melihat kelemahan orang lain dan tidak memberi peluang kepada orang lain untuk menunjuk skill mereka. Maka sukar bagi kita untuk menerima teguran dan nasihat padahal segala teguran dan ilmu itu datangnya dari Allah sendiri. 

"EEEHHHH! No! No! Ishh, hmm kena buat camni dulu... Ehh sini lah, biar saye buat!!"

Kalau betul cara saudara kita salah maka didiklah dengan cara yang betul. Niat kerana Allah untuk mendidik bukan untuk menunjuk saye-lebih-hebat!

------------------

Istighfar...

Dalam mendidik itu, pendidik perlu menyentuh hati anak didik- memberi ilmu pada hati bukan hanya pada akal. Hmmm siapakah yang bersalah bila anak didik tidak tertarik untuk mendengar?? (Bib pun tak tau) Maka banyak yang perlu diperbaiki dalam mendidik. Targetnya adalah pada hati!! HATI!

"Nenek, Nenek cakap banyak mana pun cucu takkan ikut. Tak menusuk di qalbu!"



Tapi!! Anak didik (owh! terutamanya Bib sendiri) juga perlu membuka hati menerima sebarang nasihat juga ilmu dari siapa pun, di mana jua; kerana kita yakin bahawa setiap yang menimpa kita adalah teguran dari Allah SWT. untuk kita. Tapi AWAS, ilmu harus di tapis dengan fikrah, terimalah SEMUA yang ISLAM dan sila buang yang selain daripada itu!

"Cucu, nenek cakap banyak-banyak ni cube la buka hati tu ye..."

Bila memberi maka sentuhlah hati, bila menerima maka bukalah hatimu...Owh! namun bukanlah atas usaha kita sesuatu itu terjadi. Allah lah yang memberi taufik dan hidayah; maka doa-mohonlah padaNya.
------------------

Setiap apa yang kita lakukan adakah semakin mendekatkan kita pada Allah atau kita semakin menjauh. Benar niatnya, betul caranya...inshaAllah!

ok! peace! jom berusaha memperbaiki kelemahan diri ^-^

No comments:

Post a Comment