Tuesday, 5 July 2011

Tadhiyyah ini...

Istighfar~ istighfar, istighfar...

Senyum...cuba melapangkan masa di kala kesibukan tahap maksima ini.

Siapakah di kalangan kalian merupakan anak sulung? Mesti anda seorang yang tabah dan banyak berkorban. Bib bukanlah anak sulung; tapi berdasarkan pemerhatian terhadap abang Bib sendiri sebagai anak sulung, dia memang selalu disuruh mengalah. Walau mungkin itu bukan apa yang dia kehendaki tapi kerana kasih sayang kepada adik-adik yang lain dan kerana hormat arahan mak bapa maka dituruti. Walaupun demikian, kasih sayang mak bapa kepada anak sulung yang berkorban tiada nilainya. Mak Bib sanggup tunggu 12 malam untuk wish birthday kat abang. Dan mak minta abang yang jaga mak bapa ketika mereka meniti usia tua. Abang tetap titipkan senyuman di kala kepedihan...

Inilah... tadhiyyah iaitu pengorbanan. Dalam kita  menyusuri dakwah dan tarbiyyah; 

untuk mengubah perlu berubah, untuk berubah perlu bermujahadah dan untuk bermujahadah perlukan tadhiyyah. 

Berkorban... 
biarlah aku ke sana; agar tiada mereka perlu bersusah payah ke sini,
biarlah masa rehatku tiada untuk masa bersama mereka,
biarlah tenaga, harta dan jiwa aku gunakan sepenuhnya, 
kerana ianya untuk mendapat redha Allah semata...
 

Memang kehidupan sebagai seorang Muslim yang belajar itu sentiasa disibukan dengan study, homework, aktiviti persatuan dan yang utama komitmen dalam dakwah dan tarbiyyah itu sendiri. Penat. lelah yang tak terhingga, ketiadaan masa untuk diri sendiri, untuk keluarga semuanya dirasakan..

Sebaik-baik teladan adalah kekasih Allah; Rasulullah S.A.W. . Titik peluh dan darah baginda tumpah untuk menyampaikan kalimah kebenaran. Sakit dan penat pernahkah baginda berkira?? Kita bagaimana?

Air mata yang menitis cuma Allah yang kira, penat lelah hanya padaNya tempat mengadu. Hanya padaNya diminta segala kekuatan dan pertolongan. Senyuman tetap untuk mereka, air mata hanya untuk aku, kerana aku minta hanya senyuman di akhirat kelak, bukan air mata kepedihan menahan seksaNya.

dan tidaklah mereka memberikan infak, baik yang kecil maupun yang besar dan tidak pula melintasi suatu lembah (berjihad), kecuali akan dituliskan bagi mereka (sebagai amal kebajikan), untuk diberi balasan oleh Allah (dengan) yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.
at taubah; 9:121

Keengganan untuk kehilangan siapa pun di dunia ini takkan sama seperti keengganan hilangnya cinta dari Allah.

No comments:

Post a Comment