Wednesday 14 December 2011

Jangan Buat Kat Orang Lain Apa Yang Awak Dah Buat Kat Saya

Bismillahirrahmanirrahiim

Di celah malam (ayat ngantuk) hari ni, nak share sikit cerita dari teman... Lama tak dengar kisah dia kan? :)

"Jangan buat kat orang lain apa yang awak dah buat kat saya", aku masih ingat pesanan itu. Ya Allah dosa silam ku memang banyak. Telah banyak aku bermaksiat padaMu. Kalau bukan kerana Engkau masih mengasihiku, pasti aku masih lagi hanyut dalam nanah cinta manusia.

"Jangan buat kat orang lain apa yang awak dah buat kat saya", tak usah disenaraikan apa telah aku lakukan padanya. Ya Allah, beri aku kekuatan untuk menulis... bukan untuk mengingatinya. Tapi untuk mencari nilai tarbiyyah pada ayat itu.

"Jangan buat kat orang lain apa yang awak dah buat kat saya", saat aku mahu melangkah dengan hanya bertemankan cinta Allah, banyak pula cabaran yang harus aku tempuhi. Keadaan ini. Orang lain itu. Mengulangi perbuatan bukan sekadar pada fizikal tapi juga hati. Ya, jangan ulangi perbuatan hati yang dulu. Senang untuk aku sebutkan dan aku sedang berpesan pada diriku juga kalian; jangan menyimpan perasaan cinta pada seseorang.

"Jangan buat kat orang lain apa yang awak dah buat kat saya", baik hati baik lah anggota lainnya. InshaAllah, kalau hati hanya dipenuhi dengan cinta Allah mana mungkin, mulut mahu melafaz cinta pada si tanah, mana mungkin anggota yang lainnya tegar melakukan maksiat padaNya.

Pepisahan itu, bukanlah pilihan yang salah dan aku takkan menyesalinya. Dan selpas perpisahan itu ada lagi ujian yang lebih besar untukku; iaitu untuk istiqamah dan tidak mengulangi dosa ku yang silam.

Sekian, kisah teman. Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita menempuh dugaan di jalan ini, diberi kekuatan untuk mencintai Dia sahaja.

No comments:

Post a Comment