Friday 29 April 2011

Rindu Dia~

alhamdulillah...hmm tak lah terlalu lama rasanya meninggalkan blog ni, kan?? kali ni cuma nak share cerita dari teman-

Tipu la kalau aku kata tak pernah sekali pun aku tak teringat kat dia selepas peristiwa itu. Baru tadi aku  'terbaca' wall post dia. Adoi, terperasan la pulak.. Ingatkan dia tulis pasal aku rupanya pasal mama dia. Walaupun aku keseorangan duduk dalam bilik kecil ni, tapi malunya aku dengan Allah sebab terperasan macam tu. Dah la 'terbaca' post orang tu. Camne la kalau suatu hari Allah tarik nikmat mata waktu aku baca post dia?? haa, padan muka aku. Tapi lagi dahsyat kalau Allah tarik nikmat hati, tarik kembali cintaNya! 


Dan malu dengan Allah sebab orang tu dok buat benda elok tapi orang ni dok buat benda tak berapa elok. Padahal bukankah keduanya telah memilih jalan yang sama. 

hmmm..aku seolah-olah masih mengharapkan apa yang belum pasti. Keputusan tekad menunggu dia walau seratus tahun seakan meragui masa depan yang Allah tentukan untukku. (kalau lah boleh ku tarik balik kata-kata nekad ku suatu waktu dulu padanya dan memberikan kata-kata cinta hanya pada Allah... T-T  ) Kerinduaan padanya mencemari CINTAKU PADAMU. Ya Allah, ampuni aku.

Tak tipu, memang sukar menerima hakikat andai ditakdirkan aku dengan yang lain. Tapi aku akan cuba yang terbaik untuk bersedia menerima apa jua kurniaNya. yosh!!! (rindu untuk mengalirkan air mata untuk Allah, rindu bangun malam, mengadu padaNya)

Entah ape lagi cerita yang akan datang dari teman kelak??? Pesanan untuk sahabat dan diri sendiri: kecintaan apa lagi yang kau cari setelah Allah berikan cinta teragung??



Sunday 24 April 2011

Skill yang harus ada

(skema je tajuk)

Teringat kata Kak Aisha; Allah ciptakan permukan bumi ni fixed (tak bergerak) untuk kita berjalan sampaikan Islam. Dunia yang sementara ni Allah ciptakan untuk manusia selesaikan misi akhirat kita..
 
 

Allah-lah yang menundukkan laut untukmu agar kapal-kapal dapat berlayar di atasnya dengan perintahNya, dan agar kamu dapat mencari sebahagian kurniaNya, dan agar kamu bersyukur. Dan Dia menundukkan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi untukmu semuanya sebagai rahmat dariNya. Sungguh, dalam hal yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang berfikir.
al jatsiyah; 45: 12-13

Special-nya manusai; meh Bib highlight-kan...Allah-lah yang menundukkan laut untukmu agar kapal-kapal dapat berlayar di atasnya dengan perintahNya, dan agar kamu dapat mencari sebahagian kurniaNya, dan agar kamu bersyukur. Dan Dia menundukkan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi untukmu semuanya sebagai rahmat dariNya. Sungguh, dalam hal yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang berfikir.
 
 
Kenapa Allah ciptakan bumi untuk Bib, kamu, dia, dan mereka kalau bukan untuk kita selesaikan misi kita iaitu sebagai khalifah dan hamba?? [Baju yang kamu beli tu kalau bukan untuk bekerja di jalan Allah, baik tak payah beli] ceyyy ade ketegasan di situ ye..dan apa lagi kurniaan Nya yang paling besar kita mahukan selain mendapat redhaNya...

Skill Kita untuk DnT
Kalau kita pandai memasak, masaklah untuk sampaikan Islam. Kalau kita pandai menulis, tulislah untuk sampaikan Islam. Dan kalau kita pandai memandu, pandulah untuk DnT...hihi itulah skill yang Bib nak pelajari inshaAllah...
 
Takut sangat nak memandu sebenarnya sebab tak yakin dengan ketinggian..haha. Dan sebagai perempuan takut dengan cikgu yang mengajar. huu~ sekarang tengah buat persedian mental untuk belajar memandu; inshaAllah cuti summer nanti.
 
 
 
Allah, kurniakanlah hamba keberanian dan keselamatan setiap detik untuk mendukung agamaMu. ameen.
 
 
p/s: sangat berterima kasih kepada mereka yang telah menyediakan transport dan membawa Bib untuk tarbiyyah juga untuk membeli keperluan dan urusan lain; di Malaysia dan di Jepun... ^-^
   





Friday 22 April 2011

Allah, sampaikanlah...

 
AWAK DENGAR SINI, 

ガンバって!!

頑張ろう!!

頑張ろう!!
 
頑張ろう!!

頑張ろう!!

 


umar jr. が応援するから
Dan berapa ramai para nabi yang turut berperang bersama-sama mereka sejumlah yg besar dari kalangan pengikut yang btakwa. Mereka tidak akan menjadi lemah kerana bencana yg menimpa mereka di jln Allah, tidak lesu dan tidak pula menyerah. Allah mencintai orang-orang yang sabar! 
 Ali Imran, 3:146

Thursday 21 April 2011

orang tak faham kita, kadang-kadang kita pun tak paham diri sendiri

Lama sudah tak menulis tapi tak de la banyak sangat cerita. Baru berpeluang baca blog-blog... Alhamdulillah, dapat sambung pengajian dan tarbiyyah di Jepun. Masa depan kita tak pernah kita tahu, apa lagi nikmat yang Allah bagi seterusnya kat kita nanti?? Sangat BEST lah Allah...

Allah, kurniakan kami kesihatan jasad, akal dan hati. Kurniakan kami pasangan yang sabar, thabat dalam jihad, izzah dengan Islam dan kurniakan kami umat Muhammad generasi alQuran (yang ramai^-^). Thabatkan kami dan pinjamkan kami kecermerlangan dunia, kurniakan kami kejayaan akhirat!! ameen, tq Allah.

Sebenarnya tak nak cerita panjang pasal kehidupan kat Toyama. Bib nak ringkaskan berdasarkan photos yang Bib ambil kat sin. tapi sangat BENGANG sebab lambat upload! hmmmm...
meh la bib ringkaskan..
  • Toyama bukan la tempat pilihan Bib untuk sambung study, tak pernah terfikir pun nak pergi sini. Allah lah yang telah meletakkan Bib di sini. Toyama ramai sangat muslimin dan muslimat  yang Melayu. serius ramai!! Mungkin Allah letakkan Bib di sini untuk diuji sama ada Bib akan ulang kesilapan yang lalu ataupun tidak dan mungkin untuk meng`amanah`kan Bib dengan amanah yang belum Bib sempurnakan dulu. Apa pun reason yang cuba Bib fikirkan Bib tak tahu kenapa Allah tentukan begini. Cuma kena buat yang terBAIK!
  • Toyama cantik tapi sejuk...Nampak sinaran matahari tapi angin dia fuhhhhhh sejuk sangat...kadang-kadang hujan. U dekat sangat dengan rumah, jadi jalan kaki je. Beli basikal biru dan rendah..huhu. Walaupun bangunan Keizai dengan bangunan Ippan dekat je selalu sesat!! Nak balik rumah pon kadang-kadang sesat..
  • Senpai bawa pergi jalan-jalan, beli barang, makan-makan...uruskan ALIEN card, account bank, bersukan, masak-masak, pergi Hanami... hari tu kiteorang belanja senpai makan.
  • Hisashiburini, dapat makan ais krim green tea dan makan kacang!! (Nape la dulu Bib tak terfikir nak letak nama blog ni green tea ataupun nuts??)
  • Senpai Onna semua baik-baik,, Kak Diha mengingatkan Bib kat someone~ Kak Za sentiasa senyum. Ade masalah pun senyum gak ^-^
0k! habes la kot cerita pasal Toyama... Sampai la sudah kepada tajuk kita pada hari ini...[orang tak faham kita, kadang-kadang kita pun tak paham diri sendiri]

Bib baca blog kawan ni. Bib cuba ceritakan mengikut apa yang Bib fikirkan inshaAllah, dan harap apa yang Bib tulis ni tak salah seperti situasi sebenar kawan ni (Bib harap dia baca). Dia luahkan perasaan kat blog- perasaan geram bila orang tak faham keadaan kita, geram bila orang mendengar cerita kita dari pihak kedua dan bukan dari diri kita sendiri.

BIB NAK MINTAK MAAF kalau terjadi salah seorang yang mendengar cerita tu tanpa memperbetulkannya... Bib faham sangat perasaan kawan inshaAllah, walaupun situasi Bib berbeza sikit...

Orang lain mungkin nampak kekurangan dalam diri kita, nampak jahat kita, tapi tahukah mereka sakitnya kita melawan kekurangan dan kejahatan dalam diri kita?? Atau mungkin orang nampak kebaikan kita, tapi tahukah mereka sakitnya melawan kejahatan yang kita dan Allah saja yang tahu?? Atau kita merasa kita cukup sempurna dan baik, tapi roh kita mengatakan dia perlukan sesuatu lagi??? Jom la kita bersangka baik dengan orang lain dan doakan kebaikan untuk mereka. Jom la kita memberi makanan kepada roh kita (kerana mereka sangat lapar) dan berdoa Allah sentiasa memberi petunjukNya kepada kita...

(sampai ke isi tajuk yang Bib nak sampaikan??)

Bib melihat UMAR dalam diri kawan. Maksudnya, ada something core dalam diri dia. Kawan, carilah redha Allah dan you will be SOMEBODY yang hebat inshaAllah. Minta maaf kalau ape yang Bib fikirkan tak sama perasaan dan situasi kawan waktu tu... (ceyy 1st time kot sebut nama UMAR dalam blog ni, pewwitt)

Setakat ini sahaja inshaAllah... Minta maaf tak dapat upload gambar~

Wednesday 6 April 2011

GELABAH!!

arrrrrrgghhh... disebabkan JPA akan call dalam masa terdekat
untuk confirmkan bila kite0rang ni akan terbang ke negara matahari terbit tu,
banyak perkara buat Bib GELABAH!!

1. bile nak book ticket ke KL?? Fly ke Japun maybe esok lusa~

2. makanan belum beli lagi. bile???

3. borang tak siap isi lagi (ni bukan slah Bib sebab die0rang tak explain pon camne nak isi form tu) tapi boleh tanya deshouuuuuuu???

4. kamera Bib yang comel tertinggal kat KL- suruh Miss Izati yang jage, tapi kouhaitachi cuti, tak tau die bawa balik rumah ke simpan kat Taman Desa. Kalau bawa balik camne nak ambil? Kouhai mesti balik hari Ahad...

 5. Plan nak baca buku Rahiq Makhtum, tapi satu page pun tak selak... tau la buku tebal tapi novel Ramlee Awang Murshid boleh hadam satu hari deshouuuu???

 6. Bahasa Jepun mesti dah tunggang-langgang...kata nak buat revision...argggghhhhhhh
 sikap Bib yang gelabah ni adakah disebabkan ke'futur'an (ke'lemah-semangat'an)
atau memang sifat Ms Tangguh dan Ms Gopoh???

Ms Tangguh = Ms Gopoh
habibah kah ini?? tidakkk

Teringat kat firman Allah S.W.T.
 Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang iman, untuk secara khusus mengingat Allah  dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu,  kemudian mereka melalui masa yang panjang sehinnga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik.
 al-hadid, 57:16

Teringat gak kat post angelwearsgucci pasal train. Walaupun kita tahu yang banyak lagi train akan datang, lebih baik kita naik train yang da ada depan mata; sebab kita tak tahu mungkin next train rosak ke and blabla~ (tak ingat la tajuk die ape)

haihh... baru tugasan dunia belum dakwah...
 hurrmmm... habibah, habibah (geleng kepala)

 BANGKITLAH!! haiya~~y0shh
 umar power enter!!
wahahah

Sunday 3 April 2011

兄弟

Cuti ni banyak spent time dengan adik-adik kat rumah. Kite0rang ade 6 orang, Bib anak kedua, abang Bib kat KL-UniKL. So cuti ni Bib la yang kena tolong Mak take care kat 4 orang kanak-kanak ceria ni...

Adek dan Aimi

Syahman dan Fahim 




Adek SPM, Syahman UPSR, Aimi dan Fahim masing-masing darjah satu dan dua. Selain ajarkan die0rang subjek kat sekolah Bib kena didik perkara lain gak. Kekadang budak-budak lebih kenal Rukun Negara dari Rukun Islam dan Rukun Iman...

Ya Allah, kuatkanlah aku untuk menjaga dan mendidik mereka. Aameen...

Saturday 2 April 2011

Kuala Lumpur~


17 Mac- 23 Mac adalah transformasi dari ke’tension’an membuat persediaan untuk fly kepada percutiaan keluarga yang pastinya meninggal kenangan untuk kami semua setelah mendapat panggilan daripada JPA yang memaklumkan semua flight ke Jepun ditangguh. Kuala Lumpur yang suatu ketika  menjadi destinasi paling tidak digemari menjadi pilihan-tak dirancang- keluarga untuk bercuti. Tak nak bercerita panjang lebar tentang percutian kami, Bib rumuskan Kuala Lumpur menjadi kegilaan bagi mereka yang gila dengan 7S, juga menjadi ketenteraman bagi mereka yang mencari dan memberi kedamaian. Pada satu pagi Bib catat pada nota;

Bumi menangis sakit tua
Manusia lupa diri mengejar dunia
Tanah pangkat jadi rebutan
Rasuah jadi hadiah, senjata jadi mainan
Remaja tidak mengenal sejarah
Leka bergelumang jahiliyah
Habibah?
Senyum…istighfar

Kalau diikutkan hati semua nak lagi sambung bercuti, tapi memikirkan sekolah dan kerja serta Zorro (haritu hilang; dah jumpe balik)yang tidak boleh ditinggalkan lama, famili Bib balik pada 24 Mac. Tapi Bib masih di KL, banyak yang harus diselesaikan, dipelajari semula dan di’top-up.’ Bib nak minta maaf kat Mak terutamanya sebab tak dapat balik kampung melawat Datuk yang sakit tenat. Teringat lagi Mak ke sape entah(?) yang cerita Datuk pernah dengar laungan azan sedangkan pada usia tuanya dia cacat pendengaran. Untuk makluman pembaca budiman, ayah kepada Mak Bib bukan muslim. Semoga dia kembali. Hidayah milik Allah, Dia berhak memberi kepada sesiapa saja; tua muda kaya miskin~ istighfar… maka kita yang sihat ini dan sudah pun memilikinya gunalah sebaiknya.

Satu minggu di KL, pergi ulangkaji fikrah-bertemu dengan kawan KMB yang subahanallah-mantap, pergi belajar paradigma, belajar buat kek dengan Fadhilah, jalan-jalan ngan Fadhilah, pergi rumah anak yatim dengan Nabila AAJ, jalan-jalan dengan Nabila IBT, dan paling syok pergi JAD dan belajar topic futur. Dulu bukan main lama plan nak pergi JAD, tapi sekarang camni je(petik jari) kalau Allah kata jadi. See, Allah is the Great!! Thanks to Qotrun yang tumpangkan Bib tidur, Lyla yang hantarkan Bib ke stesen KTM, Halilah, Iman. Sahabat-KAMUS-Bib yang lain minta maaf tak sempat jumpa. InshaAllah, kalau kita berkumpul lagi, we will rock the world!!

Sebelum mengakhiri post ini Bib nukilkan sebuah kisah benar yang benar-benar banar; kisah dari seorang teman …terimalah~


Aku menulis ketika duduk lama di bangku ini, selepas otak penat membaca dan berfikir akan karya Faisal Tehrani. Aku menulis selepas seharian berjalan di kotaraya melihat gelagat manusia atau mungkin aku sebenarnya membawa diri??

Di sepanjang perjalanan malah sejak kebelakangan ini aku kerap bermonolog, nangis sendirian, berdoa pada Allah “Ya Allah, lupakanlah aku akan semua ingatan tentangnya, tentang masa lalu kami andai ia mengundang murkaMu. Namun ya Allah, jangan Engkau pautkan hatiku dengan yang lain selain dia. Pertemukan kami semula dalam redha dan barakahMu ”. Sakitnya perpisahan, namun manisnya ia andai kita memilihnya kerana Allah. Aku masih mengharapkan pertemuan kami… huuhhh, sepatutnya aku meminta Allah berikan apa yang terbaik untuk ku, bukan apa yang aku inginkan.

Penulisan ku terbantut melihat seorang perempuan menunggu seorang lelaki keluar dari surau. Aku duduk di bangku luar surau; surau mid valley dekat dengan jusco. Tentu kalian arif dengan keadaan di situ. Hmm…
Terkadang aku takut aku ketinggalan ke belakang dalan medan DnT, sedangkan dia jauh ke hadapan. Tapi aku enggan dia ke belakang sedang aku di hadapan. “Ya Allah teguhkanlah hati kami agar thabat di jalan yang Engkau redhai. Pimpinlah kami bersama-sama mereka dalam barisan yang teguh.”
Dulu, namun baru-baru lagi barangkali; sungguh-sungguh-SUNGGUH halus bisikan syaitan itu. Bukan mahu menunding jari pada syaitan laknatullah, tapi kelemahan diri yang kurang faham. Dulu, entah sejak bila, aku (dan dia juga mungkin) merasakan kami memandu hubungan ini ke jalan yang benar; akan berlabuh di institusi pernikahan.

Alhamdulillah, ujian yang Allah turunkan, hati yang masih mahu celik membuatkan kami berfikir semula. Pelik-pelik-PELIK. Bagaimana hubungan ‘boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang ‘ yang ‘menjaga’ batas boleh bercanggah dengan syarie?? Benar-benar-BENAR. Semasa di dalam kejahilan memang kita tidak menyedarinya, tapi setelah melalui dan melepasi rimba kejahilan itu aku sedar rindu kepada seorang muhrim itulah yang merosak hati mengotori cinta pada Pencipta.

Aku tahan rindu itu setelah jalan redha Allah yang kami pilih. Tangis ku selepas itu tangisan rindu pada Illahi, mengharap semula cintaNya.

“Jaga diri sendiri, jangan mudah percayakan orang lain, belajar katakan tak, sibukkan diri kerja DnT”. BANG.BANG.BANG. Aku cuba melupakan wajahnya, tapi nasihatnya akan ku hadam buat pengajaran hidup….DUSH.DUSH.DUSHHHH…hilang la k0~

Mudah-mudahan kisah ku menjadi iktibar bagi mereka yang cintakan perjuangan ini… Aku hentikan penulisan ku di kala maghrib menyapa.


Begitulah ceritanya, kehidupan teman selepas itu tidaklah Bib dan teman sendiri tahu. Berdasarkan kisah ni, benar kita remaja Islam dimomokkan dengan kisah-kisah ‘cinta ala-ala Islamik’ antara lelaki dan perempuan; di televisyen ataupun novel.

Cerita ni sangatlah memberi pengajaran buat Bib. Harap yang membacanya begitu juga. Warnai hidup kita dengan menulis, membaca, berfikir, marasai dan MENYAMPAIKAN serta MEMBINA!!