Tuesday 25 December 2012

Pilihan

Kita tak pernah memilih untuk hidup.
Tapi hidup sentiasa memaksa kita untuk memilih.

Ada banyak sebab untuk menolak sesuatu yang buruk,
dan tiada sebab untuk menolak sesuatu yang baik.
Seribu satu sebab untuk katakan tidak pada satu.

Terima kasih, tapi jangan tunggu lagi.
Ada yang baik, untuk yang baik.
Allah, smpaikanlah.



Tuesday 18 December 2012

Diam Ku Menyakitkan

Maaf,
andai diamku menyakitimu,
kerana aku takut bicaraku 
akan lebih menzalimimu.

Maka biar aku pendam ini selamanya.
Biar hanya satu hati ini yang terguris,
kerana aku tahu Allah akan mengubatnya
lagi dan lagi.

:')



soal hati... kata-kata indah yang aku jumpai.
Hati ialah subjek yang paling tersembunyi, 
paling misteri, juga paling berseni. 
Keberadaan hati pada jasad insani 
berupaya menelan gelapnya kabut-kabut kemaksiatan, 
juga mengemudi naluri kepada kejayaan.
di sini. Indahkan?


Diam.
Pasti banyak saja yang menyakitiku,
bisa aku ceritakan pada dunia.
Tapi tidak.
Aku memilih untuk diam.

Kerana ada dakapan Allah untuk aku lontor segenap rasa,
menceritakan segala yang menyakitkan.
Lalu sembuh- dan puas dengan setiap tangis adu ku.

Maka,
 jangan tanya mengapa aku menghilang,
kerana aku butuh masa bersama Tuhanku,
tidak terhad di tikar sembahyang.

Maka jangan pelik andai aku terus diam.
Mengumpul segenap rasa.



Monday 17 December 2012

Ditanya Ada

Hadis mula-mula yang diajarkan pada kebanyakan kita
adalah hadis berkenaan niat, berkenaan hati...

Jauh berlayar di lautan ini, kita kelelahan hingga terlupa niat.
hati mungkin sudah jatuh jauh ke dasar lautan.

Jasad kita di situ, tapi tanyalah di mana kehadiran hati kita.

Dari 100 yang namanya terpampang pada screen,
Berapa ramai yang online, mute, dan tidur?
Berapa ramai yang online, mute, dan buat kerja lain?
Berapa ramai yang online, mute, menatap screen dan fikiran melayang?

Bila ditanya, "Are you there?"
"I'm here." cepat membalas, kemudian tarik selimut.

Kita ditanya tentang kebaradaan HATI, bukan jasad.

Aku melihat, aku dekat, aku tak mampu berbuat, aku takut.

Cried sooooooo much on this.

Takut selamanya tak beri nasihat.
Takut selamanya hebat bergerak, tapi hancur ibadat.

Yang Maha Mendengar,
tetapkanlah hati kami.

Sunday 16 December 2012

Nur Aimi

Banyak kali mak cerita,
Aimi selalu bawa jubahku
ke mana-mana.
Bawa tidur, peluk, cium.

Kali ini buat aku benar risau.
Aku tahu dia sayang aku.
Tapi aku takut andai aku tiada,
dia tak bisa berdiri sendiri.

Aku didik dia solat,
dia solat.
Tapi aku takut dia solat
kerana kakaknya.

Ya Allah,
dia masih kecil...
Beri aku lagi masa
untuk didik dia sebaiknya.

:'(


Tuesday 11 December 2012

Pengsan

Bismillah~

Kalau nak jawab soalan SPM pun terketar-ketar,
apatah lagi nak isi borang **
boleh pengsan.

Soal hidup. Ia titian ke hari akhir.
Syurga atau neraka.

Rabbi yasir wala tu'assir.

Pengsan jap. Malam.
Semoga diberi kekuatan...

Monday 10 December 2012

Nikmat: Ianya Pelbagai

Belajar bersyukur.
Kadang-kadang kena suruh orang lain
paksa diri ini untuk beramal.

Haha.
Bersyukur bukan bermaksud 'cukup-cukup'.
Bersyukur mungkin bermaksud 'cukup dengan segala yang Allah bagi, kita kena buat sesusuatu'.

Haila.
Lihat hanya satu jari telunjuk yang anda
selalu guna untuk bertasyahud tu,
bayangkan kalau satu jari tu tak ada.
Sedih kan?

Kalau nak tulis berapa banyak nikmat
yang Allah bagi memang tak terhabis tinta lautan.

Kena paksa pun satu nikmat. :)
(untuk orang yang degil, tapi masih mahu berubah, dan masih sempat berfikir yang paksaan itu juga nikmat).

Untuk yang suka salji atau yang tak suka;
Allah tak turunkan kat semua tempat tau!
Senyumlah. Jangan mengeluh. Nikmat pada mata, pada rasa. Peringatan pada akal, pada hati.





Wednesday 5 December 2012

Cerita Untuk Ummi. Rindu.

Bismillah.

Lab fizik. Setiap hari Jumaat. Bukan rutin. Ianya kehadiran jiwa.

Terlalu muda untuk itu.
Aku menghitung usia tarbiyyah.
Sekarang pun masih mentah
untuk semua ini.

Suatu malam...
Bila aku tanya pada diri, siapakah?
Siapakah yang akan membimbing kami?
Bila aku lihat rautmu,
Oh, begitulah seharusnya.
Lihatlah pakaianmu; bak ustazah.
Tapi bukan matapelajaran agama yang kau ajar.
Ya, tapi tetap agama yang kau suapkan pada kami.

Ummi,
Begitu kami menggelarmu.
Bahasa rahsia antara kami.
Tapi di kalangan yang tak asing,
mereka menggelarmu mak cik.
Kini aku menggelarmu mak cik,
untuk disebut di kalangan yang tak asing.

Ummi,
Hari ini buat pertama kali,
Aku membawa kitab zindani untuk anak-anakku.
Kau pernah ajarkan pada kami.
Tentang tauhid.
Tapi aku bawa tidak menarik, ummi.
Dan hanya mampu bercerita pendek.
Nikmat Allah, hanya orang yang
benar merasakannya bisa memberi.



Ummi,
Aku ingat lagi kau pernah menangis di hadapan kami.
Bercerita tentang kisah anak yatim.
Ummi, lembutnya hati mu.
Aku ingat juga cerita mu di perantauan.
Cerita mu tentang awal pakai hijab.

Ummi,
Aku tahu kau telah berpindah sekolah.
Aku tahu sukarnya ketika bersama kami.
Aku tahu ada saja fitnah terhadap kita.

Ummi,
Aku ingin katakan bersabarlah,
meski aku tahu engkau yang paling hebat dalam hal itu.
Hikmah mu ummi...
Memang sudah lama, sudah arif di jalan ini.

Ummi,
Aku ingin bertemu lagi.
Ummi,
Aku rindu.

Ummi,
Aku ingin berterima kasih.
Untuk segala macam pengorbananmu.
Walau tiga tahun,
perjumpaan kita hanya sekejap...

Ummi,
Andai bertemu aku ingin ungakapkan
'Ummi' di telinga mu.
Dan memanggil mu mak cik
seperti akhwat lain.
Ummi, aku mahu kau tahu aku sihat saja.
Aku masih di sini, Ummi.
Meski pernah cuba untuk lari.

Ummi,
Semoga umur mu diberkati,
Semoga Allah panjangkan usia mu
andai itu baik untuk mu,
untuk ummat ini.

Ya Allah,
pelihara ummi dan keluarganya.
Limpahkan nikmat pada mereka.
Ya Allah,
berkati titik peluh, harta benda
yang mereka gunakan untuk jalan ini.
Ya Allah,
Tuhan yang Mengizinkan segala sesuatu,
izinkan hamba bertemu dengannya lagi.


Ini salingan: Keputusan manusia selalu membuatkan kita kecewa. Tapi tidak untuk keputusan Allah. Dah penat menangis dengan keputusan manusia. Layan sangat perasaan tu, buat pening kepala tanya diri sendiri 'kenapa'. Kenapa diarong buat macam tu macam ni? Dan kita hanya dapat jawapan; mereka tak perlukan kamu, mereka abaikan kamu, kamu tak cukup bagus untuk itu dan ini, dan pelbagai jawapan, yang ya sangat mengecewakan. Tapi (kalau kita fikir) keputusan Allah, jawapan yang datang pada kita hanya; Allah cinta kamu, Allah tahu apa yang terbaik, Allah gantikan dengan lebih baik, Allah tak pernah kecewakan hambaNya.

Tuesday 4 December 2012

Manusia Perlu Air: Itu Fitrah

Bismillahirrahmanirrahiim.

Assalamualaikum wbt.

Sihatkah semua? Bajet diri sendiri sihat kan tanya orang lain.. Bukan apa, post hari ni ada kaitan dengan kesihatan. Ceewah. Bib bukan budak medik.

Siapa suka air masak atau air putih, sky water, air mineral pun termasuk... Siapa suka air ni? Yang takde rasa.

Air masak yang paling sedap kat dunia ni adalah air masak rumah sendiri kat Malaysia tu. Mungkin sebab air tu diproses, dimasak dalam mesin, tak nampak air tu diambil dari paip dan dimasak dalam cattle. Dan mungkin sebab rumah sendiri. Air masak (atau yang sama waktu dengannya) kedua sedap kat dunia ni adalah air mineral yang dijual dalam botol tu. Tapi... Tapi sedap (boleh masuk) macam mana pun, sehari paling kurang seteguk dua. Paling banyak tiga empat lima teguk. Lima tu dah kira banyak, tahu...

Ala Bib... Kat Jepun kan air diaorang sedap. Siap boleh minum terus air yang keluar dari paip sebab bersih. Tak perlu masak-masak. Lagi- lagi kat Toyama, air paling sedap.

Hmmph. Sebab air tu keluar terus dari paip la Bib tak nak minum.

Tapi kebelakangan ni, sakit perut menjadi sebab kurang air... Masa ni lah air rasa sangat diperlukan untuk mencuci perut... (buah pinggang lebih tepat!)

Malam semalam, selepas berbuka puasa dengan lauk yang diidamkan, ditambah pula dengan coklat mars satu bar, dan toblerone satu bar, serta sotong kering satu paket... Dek keletihan, dan mata tak mampu lagi menerima cahaya, Bib pun terlelap lepas isya. Padahal kena siapkan report untuk dihantar keesokkannya (iaitu hari ini).

Selepas dikejutkan oleh roomate yang gigih menghadap laptop, Bib rasa perut sakit sangat... Lalu terus menerpa ke dapur untuk mencari AIR! (Waaa biasa bangun benda pertama cari adalah makanan).

Ko nak cerita apa Bib?

Bib nak kata... Masa Bib minum air masak malam tu, sambil buat report, Bib terfikir...

"Kita benar-benar akan melakukan sesuatu atau menerima sesuatu, bila kita benar- benar perlukan ia."

Seperti manusia normal lain yang sihat lagi cantik; tentu anda tahu yang tubuh anda memerlukan air (dalam kuatiti yang banyak ofkos). Kerana itu anda minum air masak. Bagi orang yang buat- buat tak tahu dan degil (asyik nak menangkan; air masak tak sedap) macam Bib, kitaorang memang taknak minum. Sobs. Bib akan belajar untuk memerlukan air masak.

Bukan kah CINTA juga begitu? Kita menyintai kerana memerlukan.

Tanya TIGA SOALAN pada diri anda;
Apa cinta kita?
Sudah benarkah kita menyintai?
Benarkah kita rasa memerlukannya?

Tepuk dada, tanya iman dan JAWABlah.
FIKIRlah T-T

Wallahualam.


Thursday 29 November 2012

Kahwin Muda

Bukan dikhitbah, tapi gembiranya mengalahkan orang nak nikah!

***
Ade orang tanya Bib apa pendapat Bib tentang Baitul Muslim. (take note: yang bertanya tu akhwat ok...)

Waktu tu boleh je jawab begini dan begini... Tapi lain pulak jawapan keluar (bukan bercanggah, cuma ada tambahan... haha).

"Kena kahwin masa muda supaya dua-dua (suami isteri) tahu rasa susah".
(jawapan ni keluar mungkin disebabkan baru dengar mp3 seorang uztadz yang kahwin awal dan menyarankan orang muda kahwin awal juga)

Huraian: Terutama kita ikhwat wa akhwat yang berada di jalan juang ni, kalau rasa-rasa nak kahwin, layak kahwin.. jalan saja! Biar masih belajar! Ustadz (ekceli digelar Dr) tu kata; tak apa kahwin masa belajar. Masa belajar kita tak ada duit sangat, jadi kita dan pasangan kita akan belajar erti susah.

Bila dah susah tu kita tak mudah nak abaikan baitul muslim kita. Kalau kita masa muda biasa senang, bila kahwin dah kerja semua, ada masalah sikit tarik muka, merungut... Macam-macam masalah akan timbul. Bib tak kata semestinya begitu, tapi kecenderungan tu ada, kan?

Lagipun, bak kata Dr Muhaya, lebih baik kahwin awal untuk elak maksiat.

Satu lagi, kita tahu Maratib Amal kan? Alang-alang dah terjebak denagn manhaj ni dari tangga pertama, tangga kedua dan seterusnya pun kenalah ikut manhaj kan?

Bukan main ikut suka kita, individu muslim nak begini, tapi baitul muslim nak cara lain pulak... Kalau gitu tak jadi lah tangga tu.

Bukanlah Bib yang paling baik dalam hal Baitul Muslim.... Tambah lagi, diri sendiri banyak dosa. Entah terampun atau tidak :'( Tapi atas niat untuk berkongsi dan untuk tarik telinga sendiri dan cubit hati sendiri. :'(

Ditanya lagi; dah bersedia ke belum?

Gulp.
...

Sahabati, sedia ke tidak, ada calon ke tidak- tolak tepi. Yang penting isi dulu borang BM. Yang penting bina kefahaman tentang ni. Scan NIAT! Sementara tunggu jawapan tu, persiapkan lah diri! (part ni yang paling lemah :( sobs )

***
Apa yang menggembirakan tu biarlah rahsia. Sebab ianya terlalu pelik untuk digembirakan. Disebabkan Bib pelik, layan je lah rasa gembira ni. :D

Terima kasih Allah :')
GANBAROUJIBUN!


(update dari keitai, camni la jadinye... ni link gambar: http://www.tumblr.com/tagged/muslim-couple)



Saturday 24 November 2012

Tiada Daya Tanpa Mu

Celakanya diriku.
Ketika aku memohon untuk bersamaNya di malam hari,
seolah Dia meminggirkan aku.

Aku tersedar dalam kehinaan.
Ruginya aku. Hinanya.
Kenapa tidak aku yang Kau pilih?

Pasti ada manusia yang lebih pantas mencintai Mu,
lalu Kau pun mencintainya.

Allah,
Aku tahu Kau tak pernah menjauh,
Lalu capailah tangan Ku!
Karena Kau begitu dekat...

Allah,
aku tiada daya andai Kau tiada!

Allah
Allah
Allah





Tangis adu, minta rayu
Kalau tidak malamnya...
Terima kasih untuk senjanya.

Wednesday 21 November 2012

Cerita Tak Berkesudahan (?)

Salam wbt.

Hari termengah mengayuh basikal dengan terburu-buru.

Habis je bersolusi dengan adik-adik, terus ke surau sebab ada sharing pasal isu Palestine.

Tadi masa bersolusi pun banyak give and take pasal isu ni. Biasalah isu terhangat sekarang. Kalau tak tahu, orang kata tak up-to-date. Huuk. Pasal boikot, share gambar, kemanusiaan atau ketuhanan, penerimaan masyarakat lain dan macam-macam lagi.

Kat surau pulak sempat dengar sikit pasal sejarah. Penceramah bercakap sambil tunjuk slideshow. Pastu habis..

Balik dari surau... Terus buka laptop dan tengok fail-fail dalam pendrive. Alhamdulillah... Simpan lagi fail PARESCHINA (Palestine) dalam bentuk powerpoint. Powerpoint yang dibuat masa presentation tahun terakhir di Kolej Persediaan. Kolej? Institut.

Tak tahu lah kenapa begitu tekad dan nekad nak present pasal tu...

"Bib buat apa nanti?"

"Cuba teka.."

"Pasal Umar."

(=.=" memang bib dah kena cop mula umar ka?)

"Tak... Pasal Palestine." sambil tengok keychain Palestine.

Dalam fasa Bib buat kajian (bunyi macam gempak sangat kan.. Huhu) pasal Palestine, Bib duduk Rumah Islam yang namanya dirahsiakan. Kakak-kakak sangat memberi sokongan. Bib pinjam je ape buku yang ada kat rumah tu... Huhu

... Cerita tergantung ...

Hanya secebis memori. Tak ade apa sangat pun... Kesian korang.. Hehhe

Friday 16 November 2012

Tottori Ke Tanah Asing

Bismillahirrahmanirrahiim.

Lagi dan lagi. Kerap kali roh mereka yang gugur di Palestine menarik dan menyambut aku dari terus lemas.

...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah wa astaghfirullah untuk kasih sayang Allah yang pada hamba Nya ini. Yang kerap kali selingkuh, tapi tak mudah pula Dia meninggalkan aku begitu saja.

Memang Allah uji kita dengan apa yang kita katakan.

Kita kata; "Berdakwah tak perlukan jawatan."

Dan Allah uji kata-kata itu dengan tidak memberi apa-apa ketika yang lainnya dilihat sibuk menjalankan tugasan. Dan kita hanya mampu melihat dan bertanya "Ada yang boleh saya bantu?".

Allah uji dengan rasa "Aku tak layak".

Lalu tanya pada diri; di mana keyakinan kita pada kata-kata kita sendiri?

"Ikhlaslah. Berdakwah tak perlukan jawatan."

Bagaimana menjadi seperti Julaibib? Ketika dia tidak dikenali dengan kehebatan apa pun, pada saat kesyahidannya Kekasih Allah mencari-cari, biar yang lain lupa akan dirinya.

...

Maafkan aku Tottori. Kita tak layak ke sana bersama mereka. Hanya ke Tanah Asing ini. Lagi. :')




...

Aku bukan yang terhebat dalam menulis.
Aku bukan yang terhebat dalam berkata.
Aku bukan yang tehebat dalam mendidik.
Aku bukan yang terhebat dalam melukis, mencipta,
bukan dalam mengatur jauh sekali memimpin.
Tidak dalam apa pun.

Aku bukan yang hebat dalam halnya sabar.
Bukan juga dalam halnya ikhlas...
Tapi tak pernah aku, ya Allah...
cuba untuk menjadi yang terkebelakang
dalam mencintai mu.

Maka maafkan aku bila aku putus asa.




Thursday 15 November 2012

Drama Boikot

Israel silap kalau menyangka kami umat Islam takut mati. Setitis darah tumpah, seribu yang akan bangkit menuntut untuknya. Darah umat Islam lebih mulia dari harta benda kami!
...

Nak makan McD ke tak... Sedap kot. Tapi kena boikot. Tak fahamlah kenapa kena boikot. Lantak ar kan, ape kaitan kita dengan orang Palestine?
...

Cik A: Stop! (serbu masuk dalam McD dan meluru ke arah kawan muslimnya) Jangan masuk burger McD tu dalam mulut ko! Plisss

Cik B: Weyh! Ko nape nak halang aku makan McD! Ko tau tak kita takleh buat pape untuk tolang orang palestine tu?! Lain la kalau ko berani pergi Palestine lawan ngan Israel tu..

Cik A: Aku bukan ape, beb... Ko tau tak orang Palestine tu saudara kita jugak. Ko sembah Allah kan? Diaorang pun... Ko bayangkan kalau Allah tanye kite kat akhirat ape yang kite dah buat untuk tolong saudara muslim kita.. Aku bukan nak suruh ko pergi ke Palestine pun.. (ko pun xde duit nk g sana kan? -simpan dalam hati. Buruk punya perangai. Istighfar) .. Diaorang yang kat sana lah yang paling mampu untuk menggalas jihad tu.. Kita yang jauh ni, Israel tak sediakan peluru untuk kita, beb... Diaorang sediakan makanan sedap, hiburan, fashion... Sebab diaorang tahu kita ni takut mati, beb! T-T Diaorang tak perlu susah payah acu senapang kat kita. Diaorang cuma nak kita tutup mata dari tengok saudara kita kat sana dan bayar harga peluru kita... Yang gemuk perut tu kita, yang gemuk senapang tu diaorang, yang hot body tu kita, yang hot senapang diaorang. (Kat akhirat dua-dua hot. Istighfar) Diaorang rosakkan kita, beb. Dalam masa yang sama diaorang minta bayaran untuk bunuh saudara kita. Kalau kita beli barang diaorang, kita bayar untuk DUA benda; kerosakan kita dan kematian saudara kita. Aku sayang ko beb...

(Cik B: melepaskan burger McD. Menangis lalu menerpa ke arah Cik A. Dan mereka pun keluar dari McD. Cik A mengenyitkan mata kepada kakak kaunter. Kakak kaunter geram. Pelanggan yang lain terdiam sambil mulut ternganga.)

Drama sungguh. Maafkan bahasa yang drama bib. Semoga sampai mesejnye. Peace.

Wednesday 7 November 2012

Tunggu Jam 10 Malam

Bismillah~

Dari pukul 8 malam hingga ke pukul 9 malam kemudian ke pukul 10 malam.
Tunggu. Begitulah tanggungjawab seorang ibu. Mestilah risau kalau anaknya balik lambat.

***

Teringat pesan Mak Bib, banyak kali dia pesan. Tak. Baru dua kali. Dia kata yang Dr. Muhaya kata; lebih baik orang muda kahwin awal daripada mereka (termasuk Bib dan anda yang sedang membaca. sila perasan masih muda) melakukan perkara tak senonoh. Subtopic ni masuk bila cerita pasal *** nak kahwin. Dan akan berubah kepada subtopic yang paling 'tolong-jangan-tanya' iaitu BIB DAH ADA CALON KE? Biasanya begitulah perbualan kita dan ibu bapa kan, kalau ada ahli keluarga yang nak kahwin. ITU BUKAN POINT BIB. Harap maklum. ehek ehek.

Mak pesan (dua kali lepas cerita pasal kahwin. I kira you!); lepas solat berDOA lah dapat suami yang PENYABAR. SABAR dengan kerenah Bib.

Yup. Mak dengan Bapa lebih tahu tahap kesabaran anaknya. Kerut dahi, muncung mulut, lirik mata- dah berapa tahun mereka tengok semua tu. Mesti dah arif. Tapi mereka pun tahu yang anak mereka ni baik sebenarnya. Cuma tu lah...

***

Hari ni belek-belek al Quran cari dalil something, terjumpa:

Maka bersabarlah engkau, sungguh janji Allah itu benar dan sekali-kali jangan sampai orang-orang yang tidak meyakini itu menggelisahkan engkau.
Ar Rum 30: 60

Senyum je baca ayat ni. Wahhh kejap lagi bersua hati dengan adik-adik tercinta.

***

"Akak... minta maaf kiteorang lambat sikit".
"Oh. Ok".

"Akak... pukul 10 boleh tak?".
...

Terserempak lagi dengan ayat tadi. 

Maka bersabarlah engkau, sungguh janji Allah itu benar dan sekali-kali jangan sampai orang-orang yang tidak meyakini itu menggelisahkan engkau.
Ar Rum 30: 60

Baca sambil dahi kerut-kerut.



***

11. Usai. Habis. Kemenangan Allah itu pasti. Bersabarlah. Kerana memang kita diuji.

Think simply. Muhajirin ditindas, diseksa, dipulau bagai sebelum mereka berhijrah. Dan mereka bersabar. Hidup kita memang sentiasa diuji Allah. Ye lah walaupun tak nampak kita kena seksa bagai. So, just be patient. And have faith!

***

Selain berdoa dapat jodoh orang sabar, jangan lupa berdoa agar diri sendiri yang sabar. Lelaki baik untuk perempuan baik, kan? Tak yah gedik nak cari laki penyabar. Sabarkan diri dulu. Nanti Allah bagi, dia datang. Wink.

Ahaks. Mood buat-buat gedik. Wekk :p 


nota 1: Sabar sebahagian daripada iman. Bukan separuh. Dua kali sabar bukan sama dengan satu iman. Lagi entah berapa bahagian iman tu ada banyak yang perlu kita didik.

nota 2: Bahasa Bib 'selalunya' Bib je yang faham. For sure yang lebih faham tu Allah. Jadi mana-mana yang tak sampai tu, maafkan lah. Memang sengaja berselindung di balik kata.

nota 3: selamat berkenalan, terima kasih bagi yang singgah.

nota 4: maafkan kegedikan Bib malam ni. Tak tahu makan apa yang terlebih sampai jadi macam ni.


Allahualam.

Thursday 1 November 2012

Syamilah

Itulah nama yang muncul pada ruang chat facebook tadi.

Dia teman sepermainan waktu kecil...
dan dia hanya satu dari beratus rakan facebook,
hanya datu dari beribu kenalan
yang DIABAKAN.

sedihkan?
...
pendekkan bicara, semoga sampai pada semua...
Dengan empat jiwa yang Allah anugerahkan untuk bersamaku,
semoga mereka berjaya mencapai beribu lagi jiwa di luar sana.

Ya Allah,
sayangi Aslah, kuatkan kami.

Khamis yang cukup menghiburkan. :')
Indahnya sabar. Semoga tetap kuat.

Thursday 25 October 2012

Dua Hati


Bila dua hati memendam rasa,
Satu tunggu satu,
Tiada kata pujuk rayu...
Meski dinanti pagi ke malam.

Minta difahami isi hati,
Tapi diluah pun tidak,
Ditelan sendiri- makan hati...

Terus-terus pendam rasa.

...

Murobbi juga mutarobbi.

Di situ, ada sesuatu.

...

Dua hati
Percayalah pada Ilahi.

Dia jaga kedua hati.

...






Terima kasih kepada yang sudi.

Friday 12 October 2012

22 Tahun

Bismillah~

Excited sorang-sorang tunggu detik ni.. 27 Dzulqaedah.

Sebab pertama kali countdown hari lahir sendiri.. Sebelum ni selalu terlepas. Terlupa.

Tak tahu lah ya kenapa excited sangat... Tunggu tarikh ni dari haritu.

Kalau nak dibandingkan usia dengan amal; memanglah tak sepadan. Ibarat macam tin buskut yang hanya tinggal sisa-serpihan biskut. Tin tu umur, dan sisa tu amal. Haih... Sedih kan..

Tak tahu lah kenapa orang sambut hari lahir. Takpe lah...

22 tahun. Semoga Allah lanjutkan usia untuk aku bertaubat dan beribadat, dan matikan aku hanya dalam redha Mu ya Allah.


Wednesday 10 October 2012

Indahnya

Bismillah...

Celik saja mata dari tidur, sudah mampu berbuat seperti biasa. Tersenyum bagai.

Ya. Indahnya melupakan kesalahan orang lain. Tidak. Yang lebih tepat; indahnya berbaik sangka... :)

Masih terus bertarung dengan perasaan.. Hendak itu dan ini.

Hati. Kalau saja aku mampu melakarnya... Tentulah hodoh sangat rupa hati ini. :'(

Menilai diri di hadapan Allah. Sungguh hina... Benar-benar hina. Tak layak rasanya untuk menerima banyak...

Hanya Engkau yang Maha Tahu samada hamba mencuba atau tidak.

Ketepilah penilaian dan pandangan manusia...

Kerana itulah, aku hanya layak menerima ini dan itu.

Ah. Walau di mana kita pikul sebuah amanah, laksanakan dengan ikhlas...

Walau apapun takkan mampu mengguriskan hati yang ikhlas..

...Indahnya kembali...

Minta maaf. Sangat random.

Ku pejam dalam istighfar.
Malam :)

Monday 8 October 2012

Redha

Bismillah

Redha itu puas hati... Bukan pasrah.

Dalam jalan ini; kerap sekali (barangkali) hati kita dilukai...

Maka perlu banyak menelan yang pahit, menahan rasa- sabar.

Mungkin kita seorang yang baran... Tapi demi menjaga sebuah kesefahaman, seolahnya air mata bisa memadamkan apinya.

Kisah air mata bukan pada semua orang kita mampu bercerita... Atau bukan pada sesiapa pun... Kerana mungkin kita hanya mahu mendengar tindak balas apa yang kita suka dari si pendengar cerita.

Siapa pening kepala maafkan bib.


Cuba untuk berpuas hati. Dan semoga Dia pula meredhai.

Nota 1: Terima kasih Allah kerana menggerakkan hati anak-anak ku untuk perjalanan ini.. Memang sebuah hadiah istimewa.

Nota 2: 4 hari lagi. Ingin benar kembali di sisi Mu :') Mohon mata ku terpejam dalam bahagia.

Wednesday 3 October 2012

Suka Curi Tulis Bila Sempit

Bismillah.

Betapa aku ingin menulis lagi.

Esok hari untuk mengerah tenaga. Siangnya penuh dengan 5 kelas, malamnya pula 4. Mungkin satu tak boleh kuhadiri.

Ini pun curi tulis, sambil siapkan nota untuk malam esok. ciiiiit.

Maka untuk sedikit santapan- ini yang aku nukilkan beberapa hari lepas;

Tetap Berharap

Di setiap hembusan nafas
walau sebagai siapa dirimu ketika itu
ketahuilah Allah bersamamu.

Setiap lain ketika
boleh jadi pandanganNya padamu berbeza.

Tapi tetaplah berharap setiap ketika
Dia hanya memandangmu dengan penuh kasih dan cinta.

15 Dzulqaedah 1433H
...

Struggle for another 9 days.




Kenapa tarikh ni? :) Nantilah, insyaAllah.


oh, It's autumn here.

Friday 10 August 2012

Perjalanan 10 Malam Terakhir

Bismillahirrahmanirrahiim.
Alhamdulillah wa Astaghfirullah.

Dah sampai satu pertiga yang terakhir..
Ingatkan lepas selesai report terakhir boleh menulis dengan kaya nya... Nampaknya, dan alhamdulillah bukan itu rancangan Allah.

Tadi pun hantar report dalam perjalanan balik ke rumah selepas selesai ziarah kasih hati.. Siapkan report dalam kereta... Aduh.

Sekarang...
Dalam bas, menuju ke destinasi. InsyaAllah sampai jam 6pagi. Dan tentunya akan sahur dalam bas. Bib masih berkira samada mahu tidur atau tunggu saja waktu sahur... Tak apa lah, biar mata kelak tentukan.

Tinggal lagi beberapa hari nak balik Malaysia. Sabtu-Ahad bib sudah berisi. Isnin harus siapkan bagasi, dan esoknya harus diposkan ke airport. Emm belum lagi beli barang tunangan.. Apa mungkin diselesaikan sewaktu perjalanan pulang ke sini? InsyaAllah. Maka Rabu menulis. Khamis siap ke Osaka. Dan terbang pada pagi Jumaat.

InsyaAllah perancangannya begitu.

Fuuh..
Alhamdulillah masih bernafas,
Dalam timbunan kerja-kerja.
Menghirup udara ini,
bukan menyesakkan dada,
malah inilah udara paling nyaman..
Oh. Bukan banyak mana kerjanya,
tapi paling tidak aku tetap mahu-
bernafas dalam udara ini,
bukan udara lain.


Monday 30 July 2012

Buta Yang Tak Terpimpin

Bila mata hatinya rosak;
cahaya kebenaran tidak lagi terlihat...
Jadilah dia buta, ke kiri kah? 
ke kanan kah?
Lalu si kafir memimpinnya ke jalan kelam...
Dia kata dia nampak, namun dia buta sebenarnya...
Kaca mata apa yang diberikan padanya?
Maka si ayah pun sukar memimpinnya pulang...
Hanya saja rahmat Tuhan yang memungkinkan dia kembali... 

7 November 2011, 9:41 malam.
...

tentang seksualiti merdeka. oh malaysia ku!
misi mengumpul karya bersepah #2



...
HATI. tentang sesiapa saja. tentang diri. hanya saja rahmat Tuhan yang memungkin aku kembali,

bila Dia inginkan aku untuk kembali.

...
Satu pertiga yang kedua, lihat yang satu... pasti banyak nikmat yang telah kita mungkiri.  
maka apa lagi yang kita mahu??

Faghfirlana ya Allah.

Sunday 29 July 2012

Syair Rimba

Bila kuasa pada perhitungan kau seakan mengugat,
kau dendang syair dusta- kata kau; pasti akan kukota.
Tapi unggas pun malah menutup telinga- sumbat padat.
Syair-syair menyesakkan dada- tapi masih didengar paksa!

Merunsing- tiada selesa lagi.

Dulu suara rimba tak kau dengarkan,
hanya selalu berlagak raja-
padahal rimba sudah dikuasa.
dan engkau malah tidak mampu kuasai dirimu.

Maka rasalah,
yang benar berkuasa sentiasa mendengar suara rimba,
Reranting, dedaun, angin, tanah- sudah tak tahan.
segalanya mahu menelan suara kau yang angkuh.

Mungkin kau sudah perlu sedar,
lagu- musik- kau harus sama seperti rimba.
Mari sama nyanyi syair rimba-
sudahlah kau dendang syair dusta- berlagak raja.
Mari tunduk patuh pada Raja;
mengakulah diri hamba.

29 Julai 2012, 10:54 malam.

...
Tentang kita; hamba yang selalu angkuh. Syair kita adalah apa yang kita perbuat.

Saturday 28 July 2012

Dekat; Untuk Mak Ketika Selamanya

Cantik kan langit Allah?  

Allah ciptakan alam ni indah,

agar tenang hati manusia yang gundah...
Walau kita kehilangan seseorang,
banyak lagi nikmat yang Allah bagi untuk kita.
Tertutuplah semua pintu rezeki bila sampai ajal kita,
terbuka pula pintu-pintu syurga untuk kita masuki.

Sayang kan Allah hambaNya?


Allah sayang hambaNya...

lebih dari seorang ibu sayangkan anaknya
lebih dari seorang anak sayangkan ibunya...
Semoga kita orang yang terpilih untuk memasuki syurgaNya.

Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia,
dan Mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya,
dan Kami lebih DEKAT kepadanya
daripada urat lehernya.
-Surah al Qaf 50:16
Buat Mak yang dikasihi...
Sungguh Allah menyayangi Mak,
kerana itu Allah memilih Mak untuk DEKAT denganNya,
kerana itu Allah mengurniakan Islam untuk kita.

Allah itu sayang hambaNya.
Semoga Dia beri kekuatan untuk kita terus mentaatiNya.

Sayang Mak.
Semoga dengan setiap ujian, kita semakin dekat padaNya.


26 Jun 2012, 8:25 malam 






Ketika itu, dan ketika selamanya... dekat.

Misi mengumpulkan karya bersepah.

Friday 27 July 2012

Tazkirah Ramadhan: Taufiq. eh.

Bismillahirrahmanirrahiim

Tazkirah Ramadhan
Menurut kitab Jauharah Tauhid, taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.

Taufiq tidak akan diberikan oleh Allah Azza Wajalla melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA.

Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah terdapat enam perkara yang menyebabkan tertutupnya pintu taufiq. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1) Sibuk dengan nikmat tetapi tidak mensyukurinya.

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud : "Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab".
 [HR Ahmad dalam Musnad Ahmad]



2) Ghairah mencari ilmu tetapi tidak beramal.

Dari Usamah bin Zaid, dia berkata; aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Pada hari kiamat nanti akan ada seseorang yang didatangkan kemudian dilemparkan ke dalam neraka. Isi perutnya terburai, sehingga ia berputar-putar sebagaimana berputarnya keledai yang menggerakkan penggilingan. Penduduk neraka pun berkumpul mengerumuninya. Mereka bertanya, ‘Wahai fulan, apakah yang terjadi pada dirimu? Bukankah dahulu engkau memerintahkan kami untuk berbuat kebaikan dan melarang kami dari kemungkaran?’. Dia menjawab, ‘Dahulu aku memerintahkan kalian berbuat baik akan tetapi aku tidak mengerjakannya. Dan aku melarang kemungkaran sedangkan aku sendiri justru melakukannya’".
[HR Bukhari dan Muslim]



3) Bersegera melakukan dosa tetapi mengakhirkan taubat.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Seandainya kamu melakukan perbuatan dosa sehingga dosa –dosamu mencapai setinggi langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah akan mengampuninya (menerima taubatmu)". 
[HR Baihaqi]

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Seorang yang bertaubat dari suatu dosa seakan-akan tidak pernah memiliki dosa".
[HR Ibnu Majah]



4) Bersahabat dengan orang soleh tetapi tidak mencontohinya.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang soleh dan orang yang jahat adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok".
[HR Bukhari dari Abu Musa]



5) Dunia ada di belakang tetapi mengikutinya.

Dan jika kamu mengikuti kebanyakkan orang di bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Yang mereka ikuti hanyalah sangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan.
[al An'am 6: 116]



6) Akhirat ada di hadapan namun membelakanginya.

Dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahana; pada hari sedarlah manusia, tetapi tidak berguna lagi baginya kesedaran itu. Dia berkata, "Alangkah baiknya sekiranya dulu aku mengerjakan (kebajikan) untuk hidupku ini".
[al Fajr 89: 23-24]




ini nota ringkas, Bib petik dari blog febret; Cemerlang...


asyik ulang-ulang dengar bacaan al fajr oleh syeikh hani ar rafai..
Lagi sikit untuk masuk fasa seterusnya.

Moga kita menjadi manusia yang bersyukur,
dengan status hamba.

Allahualam.

Wednesday 25 July 2012

Yang Dirantai Bukan Keampunan

Ketika yang dirantai tidak lagi membisik ,
yang tinggal hanya aku- berdiri sendiri,
maka jatuhku juga sendiri.

Ketika semua pintu nikmat dibuka,
Ada yang mampu senyum gembira,
Ada pula menangis hiba-
menyesali salah laku terhadap nikmat kurnia.

Tatkala satu pertiga ini merupakan nikmat,
bukan banyaknya nikmat yang ku pinta,
tapi mohon dihapuskan dosa maksiat,
bawa ku semula pada cahaya.

Sejauh mana ku pandu ramadhan ini?

...

Ghuraba. Gila. Ghairah. Dan. Gelojoh.
Empat perkara bermain dibenak rasa-
memaknakanya pada jalan cinta ini.

Akan datang barangkali...

Cukup.

Walau hati masih mahu bicara,
biarkan tulisan mematikan kata.

Thursday 19 July 2012

Masihkah ada hati?

Bismillah

Asal sedih je, tulis kat blog.. :(

Dah berapa lama merasakan ketiadaan hati T-T

Reply mesej orang pun memang rasa hambarnya...

Bib ok ke?
Ok je, akak...
Suara macam tak sihat.
Sihat je...

(suara HATI orang yang arif saja bisa mendengar >.<)

Cuma sekali sekala kena berlakon riang, kuat dan ok terutama dalam 'kerja'.
Professional kononnya...

Tadi terasa dengan kata-kata seseorang (lelaki). Yaah... Memang wujud lelaki cakap lepas. Dia memang begitu atau bib yang terlalu sensitif?

Lagi setahun untuk bersabar... Tahun lepas pun cakap benda yang sama... Huuk T^T haaaaaargh menanti satu keharusan...

Terima kasih lah kat orang yang membuatkan bib menangis sebab terasa.

Tak apa lah terasa, paling tidak tahu diri masih ada hati... Walaupun terluka.

Semoga diri sendiri tidak menganiaya orang lain dengan kata-kata...

Kata-kata tu sangat tajam, bisa melukakan saudara kita.




Ooh.. Ahlan wasahlan dan terima kasih kepada sahabat yang baru mengikuti blog bib. Beginilah... Tiada apa. Tidak mampu memberi banyak... Maka maafkan bib :')

Wednesday 11 July 2012

Kenapa Allah Sayang?

Alhamdulillah wastaghfirullah.

Banyaknya nikmat yang Allah bagi walau dalam masa seminggu! Satu yang boleh Bib beritahu kat sini... Alhamdulillah, abang Bib dapat tawaran ke UK! ^^, Hanya mereka yang merasai nikmat tarbiyyah di luar negara akan merasai betapa wowo nya hadiah ini!

Dan banyak lagi hadiah yang Allah bagi.

Menulis dalam kesempitan waktu yang penuh dengan agenda dakwah; juga nikmat. Kerana menulis ini juga dakwah. Dan dakwah ini juga nikmat! wow! Banyak kan nikmat Allah?

Sayang sungguh Allah pada Bib juga pada anda yang merasai begitu. 

Tapi kenapa Allah sayang? Ini bukan nada perasan bagus, Ini nada risau. Banyaknya dosa menyelubungi diri, hati penuh dengan bintik hitam. Andai bisa dilukis hati ini, ibarat budak comel yang mukanya ditampar- dipukul, meninggalkan luka yang sumpah tak kacak dan menghilangkan kecomelan budak tadi. Hiperbola. Tapi ini hakikat yang Bib rasa.

Bib jauh sekali mengharapkan murka Allah atas dosa Bib, walaupun tahu Allah murka. Tapi persoalan kenapa Allah sayang Bib sentiasa bermain di benak hati. Apa yang Bib buat sampai Allah sayang?

Berlari-lari pulang rumah mengejar masa mesyuarat, selepas selesai mesyuarat yang lain.
Menghadap komputer saban malam, menahan rasa menyampah dengan kerenah komputer demi melakar dakwah. 
(dan rasa nak termuntah melihat tulisan dan warna dalam komputer)
Sedia menadah telinga mendengar tomahan dan sindiran makhluk yang menentang gerak kerja.

atau apa-apa sahaja.


Bukan kerana usaha kita, Allah sayang.
Tapi kita berusaha mengharapkan sayang Allah.
Allah sayang kerana Dia Penyayang.

Kenapa Allah sayang walau hamba penuh dengan dosa?
Kenapa Allah sayang walau hamba belum merasa
usaha itu setimpal dengan kasih sayangNya?
Allah Sayang kerana Dia Penyayang.

Jangan soal kenapa.

Jangan hilangkan sayangMu bila terpisah roh dari jasad.
Sayangi aku hingga aku menghadapMu.
Sayang dengan sayang yang sebenar.
Syurga dan WajahMu.

Faghfirli ya Allah.
Kekasih.





Thursday 21 June 2012

Atok Dah Pergi.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Semoga Allah membahagiakan kalian. :)

Alhamdulillah wa Astaghfirullah.

Satu-satu ujian.

Pagi tadi bila Bib on skype, baca mesej Mak (mungkin juga bapa atau abang yang tulis)

Salam. Datuk dah takda. Meninggal jam 9 malam tadi. ...ok, jaga diri.

Pagi tadi, Bib tak lah terkejut sangat sebab semalam Mak dah kata yang dia akan balik kampung malam tu jugak dengan pak cik sebab doktor kata dah takda harapan untuk Atok. ...dan sebab Bib sangat sibuk menyiapkan 志望理由 shibouriyuu. Tak tahu nak terjemah apa, cari sendiri nanti k?

Lepas dah hantar shibouriyuu tu, banyak kali juga tertanya-tanya Mak bacakan ke tak kalimah syahadatain kat Atok. Menyesal kenapa lupa nak pesan kat Mak. Sudah la Bapa tak pergi sekali.

Tadi baru call Mak. Mak kata Bapa dengan Abang baru sampai kampung. Adik-adik yang lain pulak kat kampung sebelah Bapa, Sibu.

Mak kata bas Mak pukul 8 malam. perjalanan ke kampung memakan masa 6 hingga 7 jam. Atok meninggal pukul 9. Jadi Mak memang tak sempat jumpa. Nasib baik mak sempat jumpa masa balik  cuti sekolah yang lepas.

Atok tak kena tanam lagi. Kesian jasad Atok. Orang Kristian kena tunggu semua ahli keluarga sampai, bari jenazah dikebumikan. Kata Mak hari Sabtu baru dikebumikan.

Allahu Allah.Sebak.

Emm... Ada orang yang keliru ke? ^^

Mak Bib mualaf. Ayahnya, yakni datuk dan keluarga Mak yang lain masih belum menerima Islam.

Berbeza perasaan kalau kehilangan ibubapa, kehilangan suami atau isteri, kehilangan adik-beradik. Ya Allah, semoga Mak lebih mendekatiMu dengan kehilangan ini.

Kehilangan ini.

Atok sebelah Bapa Bib pun dah pergi, Allah dah ambil balik... :')

Tapi perasaan kali ini...

Perasaan 'tak sempat'.

Dulu, sebelum Atok pergi; berangan nak bawakan future husband  untuk keluarga sebelah Mak. Boleh sampaikan kefahaman kat diaorang.

Kali terakhir jumpa Atok, Atok kata dulu memang dia tak suka Mak kahwin dengan Bapa. Tapi (bila tengok anak-anak Mak comel dan pandai belaka, eheh) sekarang; walaupun Mak 'masuk Melayu' (dia memang tak faham yang Mak anuti bukan kaum, tapi Islam tu sendiri^^), dia suka sebab selalu balik kampung lawat dia. Tak pernah miss bawa kitaorang sekali... :') Waktu Atok cakap camtu Bib dah bergenang air mata, sayu... Tengok Mak dengan Bapak pun dah berkaca-kaca mata. kih kih... Setelah sekian lama, itulah kata-kata penerimaan Atok terhadap perkahwinan Mak dan Ayah.

Sepanjang usia ini, kitaorang adik beradik hanya mampu memahami bahsa Iban yang Nenek dan Atok gunakan. Faham tapi tak tahu nak jawab balik dalam bahasa Iban macam mana... Begitulah hingga akhir hayat Atok, cuma ada beberapa kali kitaorang berjaya bercakap dalam bahasa tu^^

Sekarang Atok dah pergi... Biarlah Allah yang tentukan nasib Atok. Cuma terkilan sebab tak sempat sampaikan kebenaran pada Atok.

Berapa banyak kali lagi kesempatan tu akan lari? Barapa orang lagi yang akan pergi begitu sahaja tanpa mendengar kebenaran?

Wahai yang memegang panji Islam, tolong sini yuk! :') Ada baaaaaaaaaaanyak kerja kat sini. Siapa Mus'ab yang akan datang membawa pencerahan di sini?

Awak, Atok dah takda. Awak dah takleh jumpa dia.


Muhammad.
Ketika Abu Talib pergi selamanya
ketika penduduk Taif menolaknya,
tiada kata berputus asa
biar sedih menyelubungi rasa
tapi tidak membelengu langkah.

teru terus maju.

Syaaban. syahdu...
:)

Sunday 17 June 2012

Bicara Sabar: Air Mata

Terik matahari di luar sana, hanya mampu membiaskan cahaya pada matanya, tapi belum mampu mengeringkan air yang sentiasa tumpah dari matanya.


Kamu yang bertanya khabarku, terima kasih kerana merindu. Semoga Allah dan para malaikat merindui kamu juga. Terima kasih kerana tidak menampal di muka buku ku. Semoga Allah memelihara hati kita. Sayang kamu. Moga bertemu dalam doa, bersatu dalam tahajud, berpimpinan hingga ke syurga.
.....

Dia berkata, "Sebenarnya hanya dirimu sendiri yang memandang baik urusan itu. Maka (kesabaran ku) adalah kesabaran yang baik. Mudahan-mudahan Allah mendatangkan mereka kepadaku. Sungguh Dialah Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana."
[Yusuf 12: 83]

Panasnya mata ini sudah tak tertahan, lalu mencurahkan lagi kandungan airnya. Bacaan seakan terganggu dengan sedu tangis. Lalu hanya hati yang melagu bacaan.


Dan menjawab, "Hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku. Dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui."
[Yusuf 12: 86]

Menyemai cinta menumbuh hasil, mengapa begitu sukar? Berkorban itu mudah bagiku, tapi tidak pada sabar. T_______T

Bila lagi? Kenapa tak faham? Mengapa sukar bergerak? Mengapa sukar berkorban?

Tak sabar untuk melihat cinta tumbuh. Mereka yang tak diuji begini hanya bisa menyatakan sabar, sabar, sabar.

Hati tergerak untuk menghubungi akhwat yang paling kental ku kira; akhwat Indonesia.

Aku kongsi cerita hati.

Aku    : Banyak menanangis Kak M..... ya Allah memang diuji sungguh jadi *** ni.

Kak M: Alolorhhh... Tapi bestkan dapat menangis? Coz lepas menangis hati akan menjadi lebih kuat, semangat untuk mentarbiyyah lebih menyala-nyala. Tapi satu keyakinan kita ubun-ubun mereka Allah yang Pegang.
Kak M: ...dan hidayah tu mutlak milik Allah yang Diberikan kepada orang-orang yang Dia Tahu layak mendapat hidayah tu.
Sabar. Bukan semua orang mendapat sesuatu dengan mudah. "Something wrong kalau dakwah yang awak bawa semuanya berjalan dengan lancar."

... Kamu menghendaki harta benda duniawi sedangkan Allah menghendaki akhirat (untukmu). Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.
[Al Anfal 8: 67]

Apalah sangat mendapat hasil dunia. Bukan mengajak pada kita, tapi pada Allah. Allah. Bukan manusia yang kita mahukan, tapi redha Allah. Pujuk diri.

Tadhiyyah teruskan. Sabar. Ikhlas- senyap. Buat sungguh-sungguh. Sabar lagi dan lagi.

:')

Kalau ketika pensyarah bercakap di hadapan boleh saja mata menghujani kertas-kertas, apatah lagi di rumah sendiri. Lagilah menbanjir, sukar surut.

Mungkin ada saja menunding jari, mengata aku lemah. Tapi beginilah aku menerima dariNya. Mencari kekuatan dalm bicara Tuhanku; meski dalam tangisan.

Ingin selalu Allah yang menjadi penglihatanku, pendengaranku, bicaraku. Ingin selalu Allah yang meringankan bahuku, menggerakkan tangan dan kakiku. Peluk hatiku.

Terima kasih kerana mengurniakan malam-malam yang indah untukku, ya Allah.

Ya Allah, padamkanlah azab api neraka yang telah Engkau sediakan untukku dengan air mata ini. Moga saja bisa.

Senyum.

Tuesday 12 June 2012

The Pencil

Perintah dari Tuhannya untuk dia turuti,
perintah untuk dikorbankan bukan haiwan,
bukan manusia biasa, tapi anaknya.
Kerana cinta, dia juga anaknya redha.
Ibrahim dan Ismail, kisah pengorbanan yang agung.

"Aku percaya!" tiap kali itu jawabnya.
Saat baringnya Nabi yang mulia dipangkuan,
duduknya tak berganjak walau kalajengking menyengat bisa.
Untuk Allah dan Rasul, jiwa dan seluruh hartanya,
"Untuk keluarga ku, aku tinggalkan Allah dan Rasul".
Kerana cinta. Dia Abu Bakar.

hihik... tak habis tulis. kisah pengorbanan yang banyak. sangat. sangat banyak! dan terus bersambung pastinya hingga zaman ini. tak pernah putus. Kamulah penerusnya!

err.. tu iklan.

The Pencil. Siapa pernah baca cerita ni? Literature sekolah menengah. Seorang budak laki dan pensil dia. tak ingat sangat. tapi...

Bib tak perlukan pensil tu untuk dilihat oleh orang lain. biar begini. senyap :)

menjadi julaibib.
mencari julaibib.

Bismillah!

sambung kerja!

Wednesday 6 June 2012

Terima Aku Pada Malam Mu.

Takkan ku tanya ujian apakah yang maha dahsyat ini.
Takkan ku tanya dosa apakah yang membuatkan aku diuji sebegini.
Takkan ku tanya kenapa aku.

Di sini layaknya aku.
Diuji.

Cuma pintaku
beri aku kekuatan
untuk bersamaMu
saban malam.

Pilihlah aku. Terimalah aku.

Yang merindui,

namun yang maha lemah juga,

Aku, ya Allah.

Aku hamba yang selalu berdosa.

Thursday 31 May 2012

Beraksi: Kitalah Watak Itu

Bismillahirrahanirrahiim

Assalamualaikum wbt.

Haritu hampir saja mahu terkeluar jantung Bib kerana merasakan sungguh lajunya gerabak dakwah ini!

1) 12 JAM sahaja untuk syahid menuju syurga

Yeah. Separuh dari hari kita! Hanya 12 jam saja untuk menghabiskan riwayat kita dengan pengakhiran yang baik. Itu apa yang berlaku di Haulah, Syria.

Dan hamba Allah yang sedang ini masih lagi hidup. Entah bagaimana pengakhiran kita... huukkkkkkk
Ingin segera menemui Allah SWT dan bersama Baginda SAW.

2) IKHWAN MUSLIMIN memacu ke hadapan.

Ini sumpah memang rasa kereta api ni sangat laju! Mesir buat pertama kalinya setelah berpuluhan tahun diperintah oleh autokrat, membuat pilihanraya. Ya. Mesir sudah mula menghirup udara kebebasan.

Antara calon presiden pilihanraya Mesir adalah Dr. Mursi; yakni ahli Ikhwan Muslimin. Beliau mendapat undian tertinggi setakat ini.

Dr. Muhammad Mursi

1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan 5 anaknya menghafaz al-Quran
2. Satu-satunya calon yang berjanji di hadapan Allah dan rakyat untuk melaksanakan syariat Islam
3. Satu-satunya calon yang pernah mengajar di 5 buah universiti antarabangsa
4. Satu-satunya calon yang pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA
5. Satu-satunya calon yang pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik dunia dari tahun 2000-2005.
6. Satu-satunya calon yang tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh syura.
7. Satu-satunya calon yang memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation
8. Satu-satunya calon yang berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan
9. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya Jemaah Islam terbesar di dunia iaitu Jemaah Ikhwan Muslimin.
10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran.
 


Pemimpin sebegini. Kalau memerintah... SubahanaLlah! Alhamdulillah kalau Ikhwan Muslimin menang, Palestine akan dapat bantuan. Nah! Ini sumpah tanda hampir kepada kejayaan kita!

Tapi...
Tapi...
Tapi...

Di mana kita?
Pasti saja Dr Muhammad Mursi itu antara golongan yang berada di gerabak hadapan. Merekalah enjin gerabak ini. Penggerak. Yang benar-benar ikhlas!

sedang aku di suatu sudut. sesak nafas. bisa saja tercampak keluar. sungguh laju. sumpah.







Pasti enggan kembali bila di sana sudah kutemui cinta-cinta ku!

sudah lama kucari orang yang menginginkan tindakan,
tapi mereka semua menginginkan kata-kata.
-Jalaluddin Ar Rumi-

BERAKSI SEGERA!

Saturday 26 May 2012

Terbanglah!

Burung,
Terbanglah!
Kerna sayapmu tidak patah.
Kakimu tidak cedera.

Burung terbanglah!
Engkau hanya perlu yakin.
Di langit indah ada yang menanti.

Terbanglah!

Tuesday 22 May 2012

11:59 pm

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt. :)

Alhamdulillah wastaghfirullah~

Dalam kekusutan menyusun huruf untuk digabungkan menjadi ayat yang indah, tumbuhlah fungus halus di hati.

Abaikan atau hayati.

Rasanya lama tak menulis, lepas balik dari Indonesia haritu. Berangan nak pergi lagi... Next time maybe boleh buat jaulah sejarah Aceh. Kalau berkesempatan nak ke Bandung jugak :)

Lama tak menulis melainkan sajak hati yang lebih dikuasai emosi! hakk macam-macam... dan ada juga yang hanya disimpan di draft untuk dijadikan khazanah; biar Allah yang tahu...

hmmm. Jadinya, nak cerita apa ek? dua perkara insyaAllah. emm tigalah! :D

1) FAMILI

Semalam Mak call. Nak tanya pendapat la tu... Bakal kakak ipar insyaAllah akan melanjutkan pelajaran ke UK! ngehhh... semoga dapat TARBIYAH di sana! Tiga tahun di sana, abang pula lagi dua tahun di Malaysia. hmmm, ikut fikiran Bib mungkin akan kahwin pada tahun ke tiga. Kalau kak A dapat tarbiyyah, tolonglah tarik tangan abang Bib sekali... hiik... ya Allah beri kekuatan pada kedua mereka!

Adek tak tahu lagi nak sambung study kat mana... hmmm... susah juga memilih antara cita-cita dan kawan ni! ya Allah, tunjuki dia jalan menuju cinta Mu.

emm... Famili tak settle lagi, tak lepas lah Bib nak naik satu lagi anak tangga. ke ada orang nak tolong settle kan? ;D

2) SUPER HERO

Haritu balik dari negeri jiran, nak naik train... lalu, terserempaklah dengan Pak Cik berdua nih!

emm agak2 kalau super hero yg Allah sayang,
ramai tak yang nak gambar ngn dieorang? hehe



bukan glamor jadi kejaran, redha Allah satu harapan, moga syurga jadi ganjaran.
Bib nak peluk super hero -- Muhammad SAW nanti... ngehhh^^

3) AKHWAT

Yang ada bersama, biar terpisah jasad. Untuk ummah ini, di pantai barat Jepun. Hiduplah dengan mengagungkan Tuhan kita. Begitu tenang laut Jepun memukul pantai barat, seperti itu kita menyantuni jiwa di sini. Semoga~

Hiik... teman perjalanan ;)

Mulai saat ini pun, tak pasti kekerapan menulis Bib macam mana. InsyaAllah boleh baca Shiroikoibito.

Semoga tidak berwakilkan tulisan, bukan juga kata-kata, bukan apa-apa pun~

Allahualam

Sunday 13 May 2012

Masyarakat Pening

Katanya suara rakyat suara keramat
Tapi diam rakyat tidak dibela.
Katanya memperjuang kebenaran
Tapi tidak tertegak di kebanyakan tempat!

Nasihatnya agar rajin belajar
Tapi ada jiwa yang menahan air mata
Mengorbankan masa belajar
Demi bersama golongan autokrat.

Katanya hidup bermasyarakat
Harus saling kenal,
Tapi hati perasaan orang tidak difahami
Lalu ada yang mentah sentiasa ditindas.

Dan seperti kandang kambing jantan betina
Bila ada yang mengasing diri di hujung kandang,
Dipandang pelik lalu dihina.

Ya lah.
Bukan salah masyarakat pening itu.
Mereka jadi mangsa keadaan sistem sekarang.
Ya lah.
Bukan salah mereka.
Lalu sampai bila kita harus berlakon memegang watak kambing?!

Thursday 19 April 2012

Jiwa Palestina

Aku tekan satu persatu hurufnya pada papan kekunci ini.
P.A.L.E.S.T.I.N.A

Aku lihat lagi
yang sudah ku ketahui
memang begitulah keadaannya.

Kerana satu tugasan
aku kuatkan hati melihat
kesengsaraan di sana.

Jutaan saudaraku mati di sana
berjuang melawan zionis.
MATI.

Bila masaku ya Allah?
Bila masaku?

Aku ingin mati seperti mereka.

Tapi INIlah jihad kami.

Ya Allah,
pinjamkan aku kekuatanMu.
Sabarkan aku.
Matikan aku dalam jalanMu.
Matikan aku dalam kecintaan padaMu.
Matikan aku dalam dakapan kasihMu.

Sunday 15 April 2012

Belum Masanya

Alhamdulillah wastaghfirullah

Ada banyak perkara yang kita kena korbankan...
Jangan dituruti keinginan nafsu.

Hari ni boleh je batalkan janji semata-mata untuk tengok sakura yang sedang mekar kat Toyama.
Semua orang pasti teruja bila sakura mekar. Lagi-lagi musim mekarnya hanya seminggu.

Tapi Allah kata; tak! Sakura bukan untuk Bib nikmati sekarang. Bib ada bannnyakk kerja yang kena habiskan.

Kalau kita terlaka hanya dengan kecantikkan dunia, kelak di akhirat kita tak boleh nikmati yang lagi best!

Ternanti-nanti masa untuk bersama sakura. Masa rehat.

Ternanti-nanti masa rehat yang sebenar. Kalau tak buat sungguh-sungguh sekarang, macam mana nak rehat kelak?!

Tarbiyyah pertama di musim bunga :)


Bekerja dengan haiwan laut hari ni :D


Sunday 8 April 2012

Aku Kata, Aku Mahu, Aku EGO

Minggu-minggu untuk menyusun sudah berlalu,
Susun atur rumah
Susun atur jadual
Susun atur manusia.

Mengharap rumah berfungsi seperti layaknya...
Mengharap semua kerja terlaksana dengan baiknya...
Mengharap manusia terbina mengikut fitrahnya...

Aku mahu A.
Tapi mungkin mereka rasa B lebih baik.
Lalu Allah tetapkan C.
Maka siapa antara kita akan ikhlas menerimanya?
Hidup ini,
tidak habis ujiannya.
Bila berakhir,
maka terpisah roh dari jasad.

Aku mahu cepat melihat hasil.
Tak pernah sabar.
Kalau hasilnya mudah saja,
tiada erti perjuangan
tiada erti pengorbanan.

Manusia.
Dan Tuhan yang menciptakannya.
Aku 'mahu' manusia itu,
tapi 'lari' dari Tuhannya...
Tuhanku. Aku egois.

Aku 'berkecil hati' bila mereka menegur.
Kenapa?
Mungkin pernah aku mebesarkan diri. Angkuh. Mendabik dada.
Aku egois.



Faghfirli ya Allah...

Sunday 4 March 2012

Perjalanan Mencari...

Alhamdulillah wastaghfirullah.

Tiaa apa yang mampu diungkap melain namaNya...

Tarbiyyah musim sejuk... Penghujungnya semakin tiba. Penghujung musim sejuk kali ini, bukan penghujung tarbiyyah insyaAllah.

Dua 'task' untuk diri musim ini... Salah satunya alhamdulillah sudah ditempuh. Dan mulai saat ini pasti banyak dugaan yang perlu dilalui. Tahu risokonya pada diri... Tapi untuk mentarbiyyah diri sendiri, dan untuk cuba membuang karat-karat jahiliyyah, mencabar diri sendiri itu pasti berbaloi insyaAllah. Rumah Islam.

Alhamdulillah dah pindah rumah baru, duduk bertiga. Jauh dari komuniti Melayu. Banyak duit yang diperuntukkan untuk rumah ini. Duit... Sejak plan nak pindah rumah (atau lebih tepat; sejak sebulan sebelum pindah), cuba berjimat... Dan waktu ni lah terfikir pentingnya duit... Yeah, walau kadang-kadang (kerap kali jugak) TERbeli benda mahal yang boleh dapat dalam harga yang murah... Owh, sangat kurushii jugak bila duit habis kat rumah je... Pernah terpaksa korbankan duit dari tabung baitulmuslim (ni pon kes cabar diri; kalo x memang x menabung) untuk keperluan harian. Banyak kali jugak kira bajet cukup ke tak kalau nak laksanakan 'task' yang kedua ni...

Sampai satu ketika, rasa macam duit cukup untuk task ni. Tapi bila tanya sorang kakak bajet dalam berepe. Dia kata kat sana nanti bawa sekian sekian yen. Pastu bib tanya harga tiket. Sekian sekian yen. Bib kira duit yang bib ade lebih... Hampir-hampir cukup. Rasa nak give up. Tapi bib rasa bib lagi akan menyesal seumur hidup kalau bib tak pergi kali ni. Boleh je pergi next time, tapi siapa yang yakin next time tu nyawa masih dikandung badan?

Kenapa nak sangat pergi ni? Pergi mana?

(sambung cerita) entah macam mana, (rasa) duit tu cukup. Bib contact kakak yang handle, minta dia tolong tengokkan harga tiket. Pastu dia cakap pasal credit card. Ye, credit card!

Waktu tengah jalan-jalan kat shopping complex, Bib call mak, minta izin dia benarkan bib pergi. Tahu dia tak suka bib pergi sana. Tapi, ye lah... Yang Mengizinkan mak kita berkata pun Allah, kan? Alhamdulillah, akhirnya mak izinkan. "pergilah, ni dah kali kedua minta". pastu bib minta tolong kakak yang handle, soh dia tengok harga tiket. Mahal katanya. Better bib beli tiket yang dari Malaysia. Hmm... Tapi entah kenapa keberatan nak 'balik Malaysia dulu'. Sebab tak pernah lagi beli tiket sendiri, macam-macam lah pasal booking,ckredit card bib tanya kakak. Kalau guna credit card bayaran dia potong bahagian bulan seterusnya... So, cukuplah duit... Tapi fikir jugak, nak pergi berapa haribulan? Nak sama tarikh ngan akhwat lain ke tak? Nak join penuh ke tak? Nak naik dari Malaysia ke tak? Yang murah ke mahal? Alhamdulillah... Jalan ni yang bib pilih... Join penuh.

Tahu, keputusan mendadak ni memang banyak merumitkan banyak pihak. Huu... Jazakillahukhairankatsira kat semua yang membantu dan mendoakan... Terima kasih Allah.

Sebelum berpisah dengan rafiqah, banyak pesan dieorang. Tanya balik apa niat nak ke sana. Kalau jeles akhwat lain jaulah ke Europe, Mesir dan Korea... kalau nak beli barang murah... bukan dengan tiket tiga kali ganda mahalnya... bukan ke negara 'miskin' itu tempatnya. Allah...

Sekarang. Tingkat 12 Shinjuku eki. Hanya Allah tahu niat asal... Semoga niat ini benar. Kalau dulu tersilap niat, perbetulkanlah wahai diri... Biar rahsia.

Indonesia. Kenapa engkau? :)