Tuesday 29 November 2011

Dalam Seribu


"Jika saya terkorban, akan muncul seribu yang lain seperti saya."
- Syeikh Ahmad Yasin


Dia As-syahid Syeikh Ahmad Yasin,
pejuang di Palestine tercinta.
Dia lumpuh pada akhir hayatnya
hanya duduk di kerusi roda.
Namun hati serta akalnya tak pernah goyah
dalam menjalani ketaatan pada Allah.

Keterbatasan jasad,
namun spiritual yang bergerak
hingga menjalar kesegenap jiwa anak Palestine.

Itulah yang Zionis takutkan.

Hingga pada hari itu...
Si Zionis yang pengecut,
takut pada jiwa besar Syeikh,
hanya mampu menbedilnya
dari jarak jauh...

Lalu itulah kekalahan sebenar Zionis,
dan Syeikh mendapat syahid.

Terkorbanlah dia,
seperti apa yang dia impikan.
Maka lahirlah seribu orang sepertinya.
Dan bila syahidnya seribu orang,
maka lahir pula seribu orang dalam setiap seribu yang syahid.

Lalu tanyakan pada diri kita,
adakah kita tergolong dalam seribu orang yang mengejar syahid?

Jangan lupa mereka di Palestine dalam setiap doa kita.


Post yg dah lame simpan, smoga diri yg menulis sggup memikul penulisan ini...

Sunday 27 November 2011

Si Monster Kecil

Bismillahirrahmanirrahim


YA... Hari ni nak story pasal monster
Pemusnah, perosak dan semualah dia...

dan monster tu adalah Bib.
Ya! BIB

patahkan barang ayah
buang barang yang ayah belum habis guna
hilangkan jam mahal mak
rosakkan mesin basuh
warnakan baju putih
putihkan baju berwarna
lubangkan baju dengan seterika
hilangkan cermin mata dan
terpaksa buat baru, pastu tak guna
masak sampai hangus dan
terpaksa buat banyak kali
rosakkan game
hambarkan suasana tetibe
tumpahkan air kat rumah orang
pecahkan gelas
lupa ambil baki 40++ ringgit
menjerit tiba-tiba kalau teringat sesuatu
hilangkan benda yang paling berharga

Ini tidak lain kerana sikap si monster yang gelabah,
cuai, tergesa-gesa dan macam-macam

sangat rasa down dengan sikap diri sendiri
selalu rasa 'eee...aku ni bawa malang!'
memang sikap cuai etc. ni masih lekat...
 macam tak boleh nak hilang
dan bila kenal TARBIYYAH
sentiasa mencari Allah,
minta Dia berikan kekuatan...
memang rasa 'eee...hidup ni tak perlukan orang macam aku'
tapi Allah tenangkan...
Bib lah yang memerlukan hidup ini
hidup yang syumul... ISLAM
untuk kembali kepada Dia

dan bila kenal TARBIYYAH
sangat-sangat takut kalau sikap ni
akan merosakkan strategi DAKWAH!
SEDIH kan?
bukan tak cuba untuk berubah...

ALLAH... sudikah Dia menerima hamba seperti Bib?

Mesti korang fikir ni small matter kan?
TAK bagi Bib!

Ini serius membebankan jiwa.

DAN KENAPA BIB masih di jalan ini?
SIAPA PUN monster kecil ini, dia takkan tinggalkan jalan ini.

TARBIYYAH untuk jadi lebih tenang dan berhati-hati 
mungkin lambat lagi untuk Bib hadam...
Tapi Bib takkan berhenti.

Kerana itu Bib sangat memerlukan teman yang FAHAM Bib
bukan hanya dengan berkata, "RELAX la Bib"
NO!

Dan sangat mahukan Allah untuk..
pimpin tangan kecil Bib agar buat dengan berhati-hati,
gerakkan kaki kecil Bib agar tidak terjatuh,
dan peluk erat hati Bib agar sentiasa tenang.


(Tajuk macam comel dan best, tapi err sedih tau!)

Wednesday 23 November 2011

Sedih

Tiba-tiba rasa sedih mengunjung hati,
Sedih...

Rindu,
Walau setiap hari berjumpa...
Seakan rasa diri ini jauh.
Apa tingkah ku membuat aku merasakan Dia jauh?

Aku ingin Dia mendakapku setiap saat.

Berakhirlah segala paksaan dunia...
Segeralah berakhir!!!

Aku hanya mahu bersama Dia...
Hanya itu yang aku rela.

Lagi berapa waktu, penyeksaan ini akan berakhir!

28 Dh. Hijjah

Tuesday 22 November 2011

GOL!!!

Kita ditipukan dengan bola
Kerana ia kita leka... Kita gaduh...
(siapa entah yang menipu kita??)
Kita jadi mangsa keadaan...
Kita mangsa yang faham;
Kalau dulu bermain untuk suka-suka
Mari bermain untuk menyampaikan Islam...

Jadikan bola alat dakwah.
Jadikan setiap sepakkan bermakna mardhotillah...
Jangan berhenti bermain
kalau itu keistimewaan yang Allah kurniakan.
Tapi kita ada tugas yang lebih utama dari itu...
Membina manusia!!
Jadikanlah bola alat dakwah...
Bukan kesayangan kita...

Wakafkan diri kita untuk jalan ini…
Biar makan, main, belajar, tidur, mimpi hatta mati kita;
Islam itu sampai...

Jom main ramai-ramai! Padang dakwah sangat luas...
Kalau bukan kita yang bermain, orang lain yang akan masuk.
Rugilah kalau kita hanya melihat di saat Islam itu menang,
tanpa ada memberi sedikit pun sumbangan.

Yakin lah kita akan bersorak suatu hari nanti;
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Islam menang!!

Yakinlah. Yakinlah dengan janji Allah..

26 Dh. Hijjah

Join this game? Jangan jadi Zuljaushan

(Err.. bukan terbatas pada main bola) Contoh lain: belajar bukan sekadar untuk jawab exam, tapi dengan ilmu dunia itu kita jadikan alat untuk menyampaikan Islam.

dan teringat kisah ikhwanul muslim yang sengaja 'terpijak' kaki orang awam dalam bas (atau train) untuk memulakan percakapan, lalu bercerita tentang Islam

Sunday 20 November 2011

Aku

Aku mengaku hamba Allah;
namun sedikit sekali mentaati suruhanNya,
banyak pula melanggar laranganNya,
malas pula membaca surat Nya.
Aku mengaku umat Rasulullah;
namun sunnahnya ku tinggalkan,
perjuangannya ku matikan.
Aku kata aku kenal sahabat;
tapi kisah mereka tidak aku jadikan teladan,
perjuangan mereka tidak ku fahami...
Aku kagumi Imam Hassan al Banna;
Namun aku pekakkan hati,
Aku pejamkan hati dari menerima ajakkannya.
Aku kagumi Syed Qutb;
Namun ilmunya ku campak ke tepi...
Aku ingin mencapai ustaziatul alam;
namun malas pula menaiki tangganya.
Aku tahu...
Tapi aku malas
atau... apa?

24 Dh. Hijjah


Alhamdulillah mengisi peluang ini di tengah kesibukkan.

Banyak perkara nak share; tapi...cukup lah apa yang termampu.
Kerana Bib takkan mampu membina di sini sahaja.

"Aku kurang menulis buku, kerana banyaknya menulis manusia" -HAB

Tarbiyyah minggu ni, antaranya:
1) Baru faham bagaimana mimpi kita juga menyampaikan Islam itu.
2) Baru faham mengapa ust H pernah pesan perlunya thiqah pada diri.
3) Kegembiraan yang hadir itu kurnia Allah SWT. dan ianya hanya bermakna bila kita menghadirkan Allah dalam setiap yang kita lakukan.

Keterangan boleh minta kat naqibah masing-masing, inshaAllah...

Tuesday 15 November 2011

Dup Dap Dup Dap

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Alhamdulillah hi rabbil 'alamin...

Fuhh lepas sudah 30 minit... Tak sangka 30 minit tu sekejap je... sekejap je untuk berkongi ilmu Allah. 30 minit tu dalam seminggu cuma satu per tiga ratus tiga puluh enam je. haihh dan selama 30 minit tu lah jantung dup dap dup dap... nebes nye nak share... macam mana lah teachers boleh tahan bercakap sampai berjam-jam... dan macam mana pula Rasulullah SAW?

  
bukan kerana bib budak econ... tapi kerana kita semua perlukan perniagaan ini...

wahai 30 minit... memang sekejap masa tu... Kena banyak perbaiki diri lagi bagi tak nebes bila bercakap...

Perniagaan ini sangat menguntungkan, tahu?

dan

sehari di dunia sama dengan seribu tahun di akhirat, tahu?

wahaaaaaaiii

Sunday 13 November 2011

Sayang Si Mochi


di sana dia telah berjanji,
di dunia ada tanggungjawab...
kun faya kun... lahir lah dia
dari orang tua bagaimanakah,
semua itu telah ditetapkan...
namun
wajah comel itu seakan belum mengerti.

semoga bila engkau sudah mengerti,
engkau akan temui dan ingat kembali janjimu...
maafkan kakak andai kita tidak bersua lagi.

sayang si mochi~

Sunday 6 November 2011

Ucapan Terima Kasih

TERIMA KASIH ALLAH

Thank You for sending them to me...
Special thanks to Ansarians and ex-Ansarians.

Jiwa-jiwa di rumah itu sentiasa membantu Bib dalam mencari himmah, lalu dengan segala rahmat dan kasih sayang Nya, dia berikan rasa itu...

Ya! segalanya dengan izinNya.

Walaupun terpisah oleh lautan, tapi hati tetap terikat pada aqidah yang satu.
Doakan bib selalu kakak-kakak.

Allah, sayangi mereka, berkati mereka...

Saturday 5 November 2011

Pengorbanan dalam Ketaatan

Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Dengan izinNya, digagahkan juga diri untuk menulis. Allahuakbar! Minggu ini memang banyak pergolakan rasa. Alhamdulillah, masih mampu mengungkap namaNya. Dengan izinNya juga, ingin berkongsi sedikit mengenai sesuatu yang mungkin dekat dengan kita, mungkin kita sudah mengetahui atau mungkin belum.

Di kalangan umat Islam hari ini sibuk membuat persiapan untuk raya kita yang kedua; iaitu Aidil Adha. Mungkin juga sebahagian langsung tidak mengendahkannya. Diakui sambutan Aidil Fitri itu lebih meriah jika dibandingkan dengan sambutan Aidil Adha di sesetengah tempat.

Wahai sahabat yang dikasihi Allah, dalam hadis baginda SAW bersabda;
aku datang kepada kalian dan kalian mempunyai dua hari raya yang kalian bermain-main di dalamnya pada masa jahiliyyah, dan Allah telah menggantikan keduanya dengan yang lebih baik bagi kalian iaitu hari raya kurban dan hari berbuka
(HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasai')

Sewajarnya tidak harus untuk kita mengabaikan walau salah satu daripada perayaan yang Allah SWT kurniakan untuk kita. Ya, dari segi sambutannya. Bahkan yang lebih penting dari segi penghayatannya.

Aidil Adha atau nama lainnya, Hari Raya Haji dan Hari Raya Korban. Kita tahu pada bulan Dzulhijjah umat Islam yang berkemampuan akan menunaikan rukun Islam kelima; iaitu ibadat Haji.
"Haji tu siapa mampu jelah yang buat"
Mungkin ada sebilangan mereka yang di luar sana berfikiran demikian. Nilai mampu di situ bukan 'memiliki kesenangan', tapi nilai mampu di situ ialah MAMPU BERKORBAN. Mereka yang menunaikan haji perlu mampu menanggung kos perjalan pergi dan balik, kos makan minum, mampu dari segi tenaga, mampu dari segi kelapangan masa, mampu menampung sara hidup tanggungan yang ditinggalkan, dan banyak lagi yang harus mereka MAMPU.

Semua ini tidak boleh tidak memerlukan pengorbanan. Pengorbanan harta, masa, tenaga dan jiwa. Mereka yang menunaikan ibadat Haji pergi dan balik ibarat meletakkan nyawa pada risiko yang tinggi. Mereka adalah musafir; perjalanan yang bukan seperti menuju ke supermarket, tapi perjalanan yang mempertaruhkan jiwa. Mempertaruhkan segalanya untuk mentaati perintah Allah SWT. Allahuakbar! Moga kita menghayati dengan mata hati ibadah haji itu.

Begitu juga dangan ibadah korban. Mengeluarkan sebahagian harta kita untuk dihulurkan kepada mereka yang memerlukan. Apalah sangat pemberian kita pada mereka jika hendak dibandingkan dengan jumlah pemberian nikmat Allah SWT  kepada kita seumur hidup; dan ditambah pula dengan ganjaran akhirat. Moga ikhlas mengiringi pemberian kita. Haiwan korban itu tunduk pada perintah Allah untuk dijadikan korban- untuk kita menunaikan ibadat ini. Allahuakbar! Andai kita masih enggan tunduk padaNya, malulah kita pada haiwan ternakan itu. Sedangkan Allah mengurniakan kita hati, akal... dan sedangkan Allah ciptakan haiwan itu bahkan seluruh isi bumi untuk mentaati perintahNya dan meninggalkan laranganNya.

Wahai sahabat, hayatilah kisah pengorbanan yang agung. Bukan kisah si rupawan sanggup berkorban untuk melihat kebahagian si jelita. Namun, hayatilah kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS semata-mata untuk taat kepada Allah SWT. Kisah pahit getir Rasulullah SAW dalam menyampaikan kalimah "Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah". Juga kisah pengorbanan harta, tenaga, masa dan jiwa para sahabat dalam mendukung dakwah baginda SAW. Kisah ramai lagi para mujahid. Tiadalah manisnya mujahadah tanpa taddiyyah (pengorbanan).


Renunglah ke dalam diri kita; apa yang telah kita korbankan untuk Islam? Hidupkan dalam diri semangat mahu berkorban. Contoh paling mudah; berkorban meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat untuk kita. Allahuakbar! Moga hati kita tidak keberatan untuk berkorban di jalan ini. Kerana syurga Allah itu mahal!

Bib mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidil Adha kepada semua. Semoga hati-hati kita teguh dalam membentuk diri  menjadi rijal yang sanngup berjuang dan berkorban demi mencapai redha Allah SWT. Ameen.