Tuesday 28 June 2011

Istimewa Untuk Kakak

Kakak...
(tak tahu dia baca ke tak~)
Walaupun Bib tak tau apa yang kakak fikir tapi Bib nak cakap,
 Jangan sedih-sedih, kuat selalu dengan ujian. Mungkin sekarang Bib boleh kata yang Bib ada untuk kakak, tapi Bib bukan sentiasa ada bersama. Allah lah yang kekal, sentiasa ada untuk kakak, untuk kita. Bib sayang kakak, Allah lagi sayang kakak. Bib tahu kakak boleh. Semoga dipermudahkan urusan, diringankan beban.

Sayang kakak selalu ^^ hand on hand, kita berlari ke syurgaNya, duduk di taman syurga, bercerita jalan tarbiyyah yang telah kita lalui. inshaAllah...

Saya nak pemadam yang berhasil memadamkan sejarah silam

Bismillahirrahmanirrahim

Pernah tak anda kenal seseorang yang berubah jadi baik depan mata anda? Eh, maksudnya bukanlah die berubah dihadapan anda sekelip mata, tapi die berubah jadi baik dalammasa anda mengenalinya.

Hidayah milik Allah kan?^-^

Pernah tak die bersikap-sila-jangan-sebut-pasal-kisah-silam-saye? Die akan rasa rendah diri dan sedih, bila cerita pasal kisah lampau yang ingin dilupakan, walaupun bukan kita yang memulakan cerita?

Pernah jadi kat bib, ada seorang hamba Allah ni dia bertanya samada bib bertanyakan tentang kisah silamnya kepada seorang kawan-sama-sekolah-dia ketika kami berjumpa di 'taman'. Lalu bib pun menjawab, "eh, tak da masa nak cerita pasal kisah silam awak. Bib tak kisah pun macam mana masa lampau awak. Yang penting siapa awak hari ni untuk tentukan masa depan". Maksud ayat bib tu ialah tak kisah la masa lampau die teruk macam mana sekali pun, bila Allah dah bagi hidayah dan die dah faham matlamat hidup manusia, apa peranan die untuk capai matlamat tu.

Tapi kan....bib pun masih tak boleh nak lupa kenangan manis-tapi-sebenarnya-beracun dari ingatan bib, kalau ada orang yang tanya pasal kenangan aka sejarah tu mesti la rasa macam nak tukar-topic-please...

Lalu bib hari in berkata pada diri sendiri, "siapa pun kamu semalam adalah persoalan kedua setelah perubahan ke arah redha Allah yang kamu pilih. Yang penting adakah kamu yang hari ini telah belajar dari sejarah mu sendiri agar membawa kebaikan di masa akan datang?"

Senyum, peace!

Tuesday 21 June 2011

Business Mind

Business Mind
Belajar pasal ni dalam kelas hari ni.

 ape plan anda??



Teringat ayat Allah
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab pedih? 
Siapa nak tahu jawapannya?

Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan jiwamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). 


Keuntungannya??

 
Nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar.  

Ade lagi...

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.  

 dan dengarlah seruan ini,

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana Nabi Isa putera Maryam (ketika ia) berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" lalu segolongan Bani Israil beriman, dan segolongan lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh mereka, maka mereka menjadi orang-orang yang menang.
ash saff, 61:10-14 

Sunday 19 June 2011

Best Bila Bersama Tapi Bila Seorang Juga Perlu Kuat

Bismillahhirrahmanirrahim

Bila balik dari daurah,
duduk dalam kereta,
sembang pasal tarbiyyah,
bincang pasal dakwah,
"driver please jangan berhentikan kereta,
saya nak selamanya duduk bersama kalian"

Bila duduk di restauran,
bincang pasal gerak kerja,
bertanyakan iman masing-masing,
Bila masanya berpisah...
"hmmmm boleh tak kita jumpa setiap hari?"

Bila duduk seorang dalam bilik,
memghadap komputer tak tau apa nak buat,
log in facebook dan mula menaip,
"lembap laa hari ni, bosan giler.."
lalu ada yang membuatkan hati tersedar
"lajukan speed hari ni dengan membaca al quran"

Terima kasih sahabat...

Ya Allah beri kami kekuatan agar tiada kami pernah leka dalam mengingatiMu,
Biar dalam keramaian mahupun berseorangan...

Friday 17 June 2011

Zalim Macam Firaun

Ingat lagi tak peribahasa Melayu?

Besar macam gajah
Merah macam saga
Tinggi macam galah

Banyak lagi...yang nak kongsi hari ni ialah...

Zalim macam firaun

Atas jasa pedagang Arab yang datang ke Tanah Melayu untuk menyampaikan Islam sambil berniaga, kita kenal siapa firaun..

Sila jangan jadi macam firaun, orang zalim dilaknat Allah. Maksud zalim ialah tidak meletakkan sesuatu pada tempat yang sepatutnya. Lawan sifat zalim ialah adil.

Contoh kezaliman yang simple kita biasa buat ialah, memilih orang yang takde usaha langsung untuk membuat sesuatu. Huu... Mungkin ada sebab orang tu buat macam tu, tapi cuba fikir macam mana orang yang da berusaha tapi dia tak terpilih, mesti dia rasa dizalimi kan? Tapi Allah sahaja lah yang memiliki sifat yang sempurna. Allah Maha Adil.. Tidak pernah menzalimi hambaNya...

Untuk orang yang sudah berusaha tapi tidak terpilih, dia tidak perlu merasa diri dizalimi sebab Allah mungkin dah tetapkan yang dia tidak terpilih sebab Allah tau apa yang terbaik untuk dia agar dia lebih dekat kepada Allah. Dan mungkin Allah nak uji sejauh mana dia berusaha dan bersabar. Kalau dia berusaha sekadar mengharapkan terpilih, maka usahanya hanya penat dan lelah sahaja.

Sekali lagi Allah mencubit hati bib. Jangan mengharap pujian orang semata tapi buatlah untuk mendapat redha Allah semata.

Monday 13 June 2011

The Past

Bismillahirrahmanirrahim~


'Yesterday was history, today is a gift, tomorrow is mystery'. Inilah ayat pernah diperdengarkan kepada Bib waktu Form 5 dulu...

History, Sejarah... haihh, siapa yang suka sejarah? Bib suka sejarah tapi memang susah nak dapat 100% markah lulus dalam ujian Sejarah waktu sekolah dulu. Kat kolej persediaan dulu pun sensei tegur Bib sangat lemah 歴史(sejarah)... haa.. Tapi sebab sayang sangat dengan subjek ni, kat U pun Bib amek gak rekishi sebagai subjek tambahan. Memang 'bijak' la Bib walaupun tau subjek ni lemah tapi amek gak. Bukan sebarangan rekishi, The Western History.

Buku teks kiteorang xde la secantik ni...

Sesaat yang berlalu juga adalah sejarah... Dalam buku teks sejarah dulu kita belajar pasal sejarah tamadun dunia, sejarah Tanah Melayu bla bla bla... Kenapakah kita perlu belajar sejarah, perkara yang dah lepas? Past is past... tapi kenapa ada orang yang menulis buku sejarah, melukis lukisan sejarah? Bangsa yang tidak mengenal sejarah akan mengulanginya. Kata-kata siapakah ini...

Penting kan sejarah tu. Hidup ini macam kereta, kena ada side mirror. Jalan menuju ke hadapan dengan berhati-hati dan jangan lupa imbas kembali sejarah kita. Sejarah kita? KITA? Kita? Commonly, kita manusia..ho... Satu lagi kelas yang 'best' Bib amek kat sini... Sensei akan buka video pasal macam-macam dan paling kerap kiteorang tonton ialah video dari mana asal-usulnya manusia itu. (人間の進化)... Sedihnya... Macam mana mereka boleh percaya bahawa dari haiwan yang entah apa namanya dalam  laut tu boleh bertukar menjadi dinasour yang macam cicak kemudain beruk lalu bila otak beruk tu berkembang jadi lah manusia. Bib tak nak ajar anak bib "Anakku, dulu kita asalnya beruk. kitalah beruk terpilih"... tak nak! booo bagi mereka yang membuat ideology ni!

KITA manusia, dan kita ibarat logam. Dalam kelas 入門ゼミ Bib kiteorang bincang pasal ekonomi Jepun dan コア人材 (core personnel) sangat-sangat diperlukan untuk memacu ekonomi. Hmm, orang Jepun pun dapat pikir camtu. Cuba kita tengok apa hadis Rasulullah kata pasal manusia ibarat logam...

Manusia ibarat LOGAM terpilihnya mereka semasa jahiliyyah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham.

Ok, KITA... Jom kita faham siapa kita dan sejarah kita. Sila buka hati kita (bukan sekadar akal) untuk memahami...

Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya Allah memberikannya KEFAHAMAN dalam addin (agama)

Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membuka dadanya untuk menerima Islam. Dan barang siapa dikehendakiNya menjadi sesat, Dia akan jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia sedang mendaki langit. Demikianlah Allah menimpakan seksa kepada orang yang tidak beriman. 
al An'am, 6: 125

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik; maka baiklah seluruh jasad, dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah HATI.
心はどこ?qalbu...di manakah?

Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat (tanda kekuasaan Allah) dan mereka memiliki telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lengah. 
al A'raf, 7: 179

KITA percaya sejarah manusia itu bermula dengan penciptaan Nabi Adam a.s. oleh Allah SWT. Banyak kisah penciptaan manusia yang Allah sebut dalam Al Quran.  Bib kongsikan sikit je kisah penciptaan Nabi Adam dan manusia....


Dan sungguh Kami ciptakan manusia dari saripati berasal dari tanah. Kemudian Kami menjadikannya air mani yang disimpan dalam tempat yang kokoh (rahim).
al Mu'minun, 23:12-13

Dalam Allah nyatakan tujuan hidup manusia. Allah nyatakan manusia itu sebagai khalifah ketika Dia menciptakan Nabi Adam, dan manusia itu adalah hamba- harus tunduk dan patuh padaNya.

Dan ingatlah ketika Tuhan-mu berfirman kepada para malaikat,  "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau ingin menciptakan makhluk yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan mensucikan nama-Mu?" Dia berfirman "Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." 
al Baqarah, 2:30

 Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepada-Ku. 
adz Dzariyat, 51:56

Allah utus rasul dalam kalangan manusia untuk mengajarkan ayat Allah.

Dan Kami tidak mengutus sebelummu (Muhammad), melainkan orang laki-laki yang Kami berikan wahyu kepadanya di antara penduduk negeri. Tidakkah mereka berpergian di bumi lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka (yang mendustakan rasul). Dan sungguh, negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti? 
Yusuf, 12:109

Firaun, kaum Luth, Tsamud dan Aad; Allah binasakan mereka kerana keingkaran mereka. Ini bukan dongengan. Ini sejarah... ia benar berlaku. 

scary~

Dan semua kisah rasul-rasul, Kami ceritakan kepadamu, agar dengan kisah itu kami teguhkan hatimu, dan di dalamnya telah diberikan kepadamu kebenaran, nasihat dan peringatan bagi orang yang beriman.
 Yusuf, 11:120

Itulah sejarah... kebenaran, nasihat dan peringatan. Dan Allah utus Nabi Muhammad SAW rasul terakhir dan kita umat terakhir- umat akhir zaman.  Rasulullah SAW wafat meninggalkan kita al Quran dan as Sunnah.  Nikmat Islam yang kita dapat hari ini adalah hasil perjuangan mereka yang mahukan kalimah 'tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah' tertegak di seluruh dunia.


KITA pernah menguasai dunia. Tapi kita juga telah 'jatuh' setelah khalifah di Turki dijatuhkan. Nikmat Islam yang kita peroleh hari ini adalah melalui pengorbanan harta, masa, tenaga dan darah. Kenapakah mereka sanggup berkorban demikian??? Kenapa? Sebab mereka yakin janji Allah...

Engkau (Muhammad) tidak akan mendapatkan suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul Nya, sekalipun orang-orang itu bapanya, anaknya, saudaranya atau keluarganya. Mereka itulah orang-orang yang dalam hatinya ditanam Allah keimanan dan Allah telah menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang dari Dia. Lalu dimasukkan Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap Nya. Merekalah golongan Allah. Ingatlah sesungguhnya golongan Allah itulah yang beruntung.
al Mujadalah, 58:22

Bangkit yuk! Bila kita mengetahui kebenaran dan yakin dengan nya, adakah kita akan menerima kebatilan? Bila kita mengetahui kebenaran satu nikmat kebatilan satu azab, tidakkah kita merasakan ianya penting dan harus disampaikan kepada orang lain? Renungkan kisah Habib An-Najjar dalam surah Yaasin (kita selalu membacanya tapi jarang mengambil pengajaran)...

Dan datanglah dari hujung kota, seorang laki-laki dengan bergegas dia berkata, wahai kaumku! Ikutilah utusan-utusan itu.
 Yaasin, 36:20
[kisah dari ayat 13 hingga 31]

Allah ciptakan dunia untuk kita agar kita berusaha menyelesaikan misi akhirat. Akhirat- di situlah tempat kita yang kekal. Syurga itu benar, neraka itu benar... Aim for Jannah! Tapi dapat melihat Allah itu lebih best ...
ya Allah,
Jika aku menyembah-Mu kerana takut api neraka-Mu,
maka bakarlah aku di dalamnya!
Dan jika aku menyembah-Mu kerana mengharap syurga-Mu,
maka campakkanlah aku daripadanya!
Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu,
Janganlah Engkau enggan memperlihatkan wajah-Mu yang abadi padaku.
-rabiatul adawiyah-

Sedang memulakan ulangkaji Western history... juga cuba menghadam tarbiyyah... dan memuhasabah diri...

Saturday 11 June 2011

Pilihan

JOM kita tanya diri setiap hari selepas bangun dan sebelum tidur...
apakah pilihan kita hari ini, apakah yang telah kita lakukan...
Allah atau taghut
Islam atau jahiliyyah
al wahyu atau al hawa
taat atau maksiat
syurga atau neraka
redha Allah atau murka Allah
cinta Allah atau nafsu dunia
damai kekal atau damai sementara
pilihan dengan kata-kata mungkin mudah tapi untuk mujahadah perlukan banyak pengorbanan...

maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketakwaannya, sungguh beruntung bagi orang yang mensucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi bagi orang yang mengotorinya.
asy Syams, 91:8-10

di persimpangan... pilihlah jalan redha Allah

Tuesday 7 June 2011

Syurga Allah

Alhamdulillah... diberi nikmat untuk terus hidup. Maksudnya masih ada waktu untuk kita memaknakan kehidupan kita di bawah bayangan al Quran kerana ianya adalah nikmat yang meninggi, memberkati dan membersihkan usia kita ^-^ ...

Ada satu cerita...

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).


tahu tak...madu (asli) tak pernah expired



Abubakar r.a. berkata, 
"iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata,
"kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, 
"ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Ali r.a. berkata,
"tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fathimah r.ha. berkata, 
"seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, 
"seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, 
"menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah S.W.T berfirman,
"SyurgaKu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurgaKu itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurgaKu adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

jom pilih jalan kanan..ok! peace!


Post ni Bib amek dari Ini Cerita Kita ... sila klik (for girls only)

Dunia itu payah, kerana syurga Allah mahal nilainya... selamat bermujahadah!

Monday 6 June 2011

Saya yang Mudah Menangis

HUuuu...

Ok malu..tengah nangis sekarang... Baru kejap dok suka-suki tetiba sedih dan terasa hati sangat. Terasa hati bila kita rasa orang yang kita sayang tak sayangkan kita dan lebihkan orang lain. H0... itu pun nak terasa.. tapi serius sedih. Tapi suka, haha pening... Betul suka! Sebab bila nangis baru Bib rasa Allah sayangkan Bib ^-^ ... sila buat Bib selalu nangis..hihi... 



Biar Bib sambung ayat atas.. "saya yang mudah menangis tapi jarang sekali dalam keadaan mengalirkan air mata". Maksudnya, (pengakuan berani) Bib jarang berada dalam keadaan mengalirkan air mata, ingat kat Allah sebab kebanyakkan masa mungkin penuh dengan gelak tawa, lagha dengan dunia. Huuh.. Sebab tu kalau boleh nak banyakkan nangis dari ketawa. tapi bukan la maknanya tak boleh senyum... InsyaAllah dengan orang (tertentu) senyum je ^-^ ...

Walaupun kita tengah suka-suki buat benda A, tetiba benda B membuatkan kita sedih, lalu kita berhenti buat benda A. dan baru kita sedar benda A tu tak elok untuk kita, dan kita teringat kat Allah. haa, camtu la Allah menegur kita melalui kesedihan dari benda B bahawa benda A tu tak baik dan Dia nak kita ingat kat Dia lalu segera bertaubat... ok sebab tu... 

TQ Allah so much, selalu ketuk hati Bib yang degil dan nakal ni.