Tuesday 31 January 2012

Berhati-hati di Jalan Ini

al kisah~

Alhamdulillah..,
report dah siap tulis,
boleh keluar kelas awal hari ni.
Hari Selasa memang hari yang sungguh penat!
Tapi hari ni boleh keluar awal!
Yeay!! 5.40 petang...

lalalalala..

alamak.. kat luar jalan mula membeku!
AIS.

Tak suka! Jalan licin... Argh.
Kena balik juga.
Hari ni baru berpeluang masak.
Jalan. Payung jadi tongkat.


Jalan perlahan-lahan...
takut jatuh...
urghh tak suka main ice skating.

Jalan perlahan-lahan.
hati-hati...
ski? tak pernah main...

Jalan perlahan lagi...
langkah yang sangat kecil...
macam nenek tua bersama tongkatnya.
snowboard? haih tak mahir...

Membebel sambil berjalan
dengan penuh berhati-hati...
Kereta. Berhenti. ok. jalan.
Minta maaf pak cik, saya lambat...
sebab saya tak nak tergelincir tengah jalan

Jalan lagi...
kalau jatuh, maluuu...
Opps! Wo! hampir tergelincir.
Jalan lagi perlahan.
oh... sebenarnya rela berjalan 
atas putih salji yang menimbun 
daripada berjalan atas ais ni!
tapi kalau dalam timbunan salji tu, 
pasti takkan bergerak...
err sebab tinggi sangat.

Pandang bawah.
Melangkah dengan penuh hati-hati...
Dua orang budak berkejaran di jalanan...
Mata dan mulut dibulatkan.
Biar betul!

Fokus!
Hampir sampai ke destinasi.
Perlahan... pandang bawah...
Ok. Sudah di hadapan bangunan.
Ada lagi laluan ais yang perlu diharungi.
Hati-hati.
Ini mungkin ujian terakhir.

Alhamdulillah!
I'm home!!! OYEAHHHHHH
Oyeah... oyeah...
Oh... tak tergambar macam mana perasaan
SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI!

dan perasaan
SAYA TAK JATUH TADI!

Allahuakbar!
Andai Bib berjalan dengan penuh berhati-hati dalam kehidupan ini...
mungkin sejurus selepas memasuki syurga,
Bib akan menjerit sekuat hati HOYEEAAAAHH!
sambil menari-nari...
owh... imaginasi ku! sigh...
tapi telah banyak kali tersungkur dalam kehidupan ini...

Oh, Allah!
Jauhkan aku dari azab Neraka Mu.
Sangat mengharap Syurga Mu!
Mengharap Engkau memandang ku.
Mengharap pertemuan dengan Kekasih Mu SAW.
Mengharap pertemuan dengan mereka yang Engkau janjikan Syurga,
mereka yang berjuang di jalan ini,
mereka yang mati ikhlas kerana redha Mu...

Oh, Allah!
Terima kasih atas tarbiyyah ini...
:')


p/s baru perasan Paksi Cinta Kekasih PCK... macam Phua Chu Kang! ho.



Monday 30 January 2012

Selamat Hari Murabbi!

Assalamualaikum wbt.

Bib dengan rasa rendah diri, ingin mengucapkan selamat hari murabbi!

Eh. Hari ni ke?

Ngee~ memang tak de pon hari murabbi tapi saje nak dedikasi rasa terima kasih kat semua murabbi bib... bila tengok balik gambar ni...



Serius... Suka sangat gambar ni!

(5 more minutes inshaAllah)

Jadi, kepada semua yang menyentuh hati, membuka akal bib; tak kira dalam bulatan atau luar bulatan, secara direct atau tidak... jazakunaLlahukhairankathira! Wuuwuu...

Hari-hari hari murabbi! ;)

Bib mungkin bukan mutarabbi yang baik tapi akan, terus dan tanpa henti untuk jadi murabbi yang baik pada diri sendiri... (tepuk bahu sendiri. Sob3x)

And Allah SWT is The Greatest Murabbi.

Ok. Tu je...

Yosh! Dapat inspirasi untuk sabar dan tak malas... Lagi tiga jam baru boleh keluar library!

Allah, hamba tahu Engkau masih sudi menarik tangan hamba dari terus terjatuh. Saksikanlah, hamba ingin terus melangkah dalam dakapan redhaMu... :')

Saturday 28 January 2012

Lagi Peringatan Untuk Hamba Yang Lalai

Sungguh rugi orang-orang yang mendusatakan pertemuan dengan Allah; sehingga apabila Kiamat datang kepada mereka tiba-tiba, mereka berkata, "Alangkah besarnya penyesalan kami terhadap kelalaian kami terhadap hari Kiamat itu," sambil mereka memikul dosa-dosa di atas punggungnya. Alangkah buruknya apa yang mereka pikul itu.
(al An'am 6: 31)

Katakanlah, "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh Dia lah Maha Pengampun, Maha Penyayang".
 
(az Zumar 39: 53)


Allahuma faghfirli..

Thursday 26 January 2012

Dalam Dakapan Mu Selalu

Baru sekejap tadi aku berpaling.
Apakah Pandangan Mu ketika itu?
Lalu aku kembali pada Mu.
Sudikah Engkau Memandang aku yang hina?

Seolah tidak layak aku dikasihani.
Tapi enggan menerima hukuman Mu.

Oh.
Banyaknya nikmatMu aku mungkiri.
Dengan pandangan apa Engkau melihat ku sekarang?

Kau Mengasihi.
Kau Menyayangi.
Kau Memberi segala.
Kau Menghitung segala.
Kau layak Menghukum.

Oh.
Tariklah aku kembali dalam dakapan kasih sayang Mu,
andai aku berpaling walau hanya kurang sesaat.

Allahumma faghfirli
waastaghfiruLlah..


p/s hidup lagi. pekakkan telinga dari segala ramalan. sediakan payung setiap masa. ah. sediakah untuk kembali pada Nya bila-bila masa. hidup lagi. dalam status penuh dosa. masih mengharap Dia menerima. taubat hamba yang hina.





Tuesday 24 January 2012

Bumi Sakit Menanggung Dosa Ku

Allah...

Negara maju.
Terpadam dari peta dunia kah nanti?

98% risiko gempa bumi di Toyama.
Bumi yang aku pijak sekarang.

Kemaksiatan.
Yang terzahir dan disembunyikan.

Dosa lalu.
Belum yakin diampuni.

Allah...
Allah...
Allah...

[sumber yang sukar dipercayai]


Apa agaknya persediaan mereka?
Apa pula persediaan AKU?

kata berbeza...

Kalau ini pengakhiran...
Terampunkah dosa ku?

sungguh mati itu peringatan yang baik.

Allah...
Allah...

Sambutlah tangan ku.

Monday 23 January 2012

Salji: Nikmat dan Peringatan

Bismillahirrahmanirrahim~

Beberapa hari Bumi Toyama tidak memutih.
Hari ini salji kembali menari di sini.

Cantik.

Tapi tak suka kalau jalan mula membeku.
Belum lagi.

Allah sayang atau murka sekarang?

Masih boleh bernafas.
Melihat.
Mendengar
Menghidu.
Merasa.

Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bahagian-bahagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih. Maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butir-butiran) salji dari langit, iaitu dari (gumpalan-gumpalan awan) seperti gunung-ganang. Maka ditimpakan-Nya salji itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari sesiapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. Allah menggantikan malam dan siang, sesungguhnya pada yang demikian  itu pelajaran yang besar bagi orang yang mempunyai penglihatan. Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan dua kaki, sedang sebahagian yang lain berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

(al-Nur 24:43-45)

Salji,
apa yang ingin kau sampaikan?

Daripada Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Neraka mengadu kepada Tuhan, katanya: "Oh Tuhan ku! Yang sebahagian ku telah memakan yang lain!" Tuhan lalu mengizinkannya berhembus dengan dua hembusan, satu hembusan di musim dingin dan satu hembusan di musim panas. Maka kamu rasakan panas yang amat sangat dan kamu rasakan pula udara yang sangat dingin".
(HR Bukhari)
Kami datang bersama peringatan Tuhan mu.
...

Sunday 22 January 2012

Kita Satu Ummah!

Awak asal mana?
  Sarawak.

Oh? Kaum?
  Emm. Melayu kot.

Kenapa macam tu?
  Emm. Nenek Cina, Mak Iban.

Hidup Melayu!! Hidup Melayu!!
  Sigh. Habis kaum nenek dan kaum mak...
  mati ke, ayah?
  Saya dari Malaysia.
''Assamualaikum,''
Dia dari India.
  Kulit saya cerah.
''Assalamualaikum,''
Dia dari China.
  Mata saya bulat.

White. Black.

Kenapa nak sangat sibuk
tolong orang kat Palestine tu?

  Sebab mereka saudara kita.
Sensitif.
Saya bercakap dalam kerangka
sebagai pemilik darah minoriti.
Mungkin.

Kita ketawa.
Dia, dalam loghatnya sendiri.
Kita senyum sinis.
cerah-gelap
bundar-sepet
tinggi-pendek
mancung-elang
semua dibedakan.

Garisan itu.
Siapa yang menggariskan sempadan
di muka bumi ini?
Diakah pemilik bumi ini?

Kita manusia.
Bukan haiwan ternakan,
yang dipisahkan mengikut padang ragut.

Melayu. Cina. India. Iban. Kadazan. Melanau. Bajau. Jawa. Bugis.
Iraq. Iran.
Arab. Korea. Jepun. Thailand.
Britain. American. African. Italian. Portuguese.

Asal semua manusia dari air yang hina.
Kata kan pada ku,
bangsa apa dari air yang mulia?

Fizikal, bahasa memang berbeza.
Itu bukti kebesaran Pencipta!

Hakikatnya,
tiada siapa yang terkehadapan dan tiada siapa yang terkebelakang.
 

"Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan telah Ku-ridhai Islam menjadi agamamu."
( al-Maidah 5:3)


Islam untuk seluruh umat.

Andai agama dikategorikan mengikut bangsa,
maka Yahudilah yang paling layak menerima anugerah.

Kita bukan mereka.
Manusia mulia kerana Islam.


"Tidaklah Kami mengutus engkau Muhammad kecuali sebagai rahmat bagi seluruh alam."
(Al-Anbiya 21: 107)

"Kami bangsa Arab kuat kerana Islam semata-mata. Tanpa Islam kami tetap akan menjadi bangsa yang rendah dan hina."
-Umar al-Khattab

Tanpa Islam kita akan menjadi bangsa rendah dan hina.

Apa keturunan sekalipun,
kita satu ummah!
Selagi Allah kurniakan nikmat Islam .


Saya Muslim.
Allahuakbar!

Kepada DHMN. pejuang satu ummah, jzkk.

Friday 20 January 2012

JAUH

Bismillahhirrahmannirrahim





air mata kakak jatuh.
adik lelakinya duduk berjauhan dengan mak bapa.
air mata kakak jatuh lagi.
adik perempuannya semakin meningkat dewasa.
air mata kakak jatuh lagi.
dua orang yang bongsu sudah semakin membesar.
air mata adik jatuh.
abangnya akan masuk alam pekerjaan, alam perkahwinan.
air mata anak jatuh.
mak bapanya semakin sunyi dimamah masa.

masa.
tik tok tik tok.

dia akan pulang.
ada yang harus dia sampaikan.
demi cinta Tuannya.
...

Tuesday 17 January 2012

Sambutlah Tangan Ku Ya Allah

Jalan yang penuh rintangan,
Ah,
Apa kau fikir jalan ini ditaburi intan permata?!

Terasa ingin berlari mendakap Mu,
Namun rantaian apa yang mengikat kaki ku?
Berat sekali.
Aku cuba meleraikan rantaian itu.


Terasa ingin berlari mendakap Mu,
Namun sering kali aku terjatuh.
Licinkah jalan?
atau,
Batu-batu itu yang cuba menghalang?
atau,
Butakah aku melihat jurang di hadapan?


Aku bangun,
lalu cuba meneruskan langkah ku...
Berjalan.
Ya.
Mana mungkin aku mampu berlari.
Walau rasa itu menggunung tinggi.


Aku jatuh lagi.
Pada tempat yang berbeda kadang-kadang,
dalam jurang yang sama kadang-kadang.


Aku bangun,
lalu cuba meneruskan perjalanan ini,
walau dengan merangkak.


Berlari kah
berjalan kah
merangkak kah...
selalu saja aku tersungkur jatuh.


Ya Allah,
Bila aku terjatuh,
lalu aku menghulurkan tangan,
janganlah Engkau enggan
menyambut tangan yang hina ini.


Ya Allah,
hamba ini hina.
Namun Engkau masih kurniakan kehidupan ini.
Dalam kesempatan yang masih bersisa ini,
ampunilah segala dosa hamba Mu ini.


Ya Allah,
hamba ingin terus kembara
menuju redha Mu.
Titian ini.
Persinggahan ini.

Di sana nanti yang kekal abadi.
Neraka atau Syurga.

...



"Eee. Jalan ni jadi ais.. licin. kena jalan hati-hati. slow-slow. tak suka ahh. tak suka jatuh".
"Siapa suka jatuh Bib?"
...




Saturday 14 January 2012

BAITUL MUSLIM

Bismillahirrahmanirrahim~

astaghfirullahhal'azim 3x

pewitt... hihihi. Nak cerita pasal ni lah. Kebelakangan ni persekitaran Bib selalu berkaitan dengan perkara ni. Teringan nak membincangkan isu semasa sebenarnya. Pasal pelajar luar negara yang menerima kejutan budaya vs pelajar luar negara yang menjumpai cara hidup yang syumul, pasal keburukan demonstrasi lebih banyak berbanding kebaikan, pasal kekejaman Gadafi dan kekejaman orang yang membunuhnya, pasal industri hiburan kita lebih kepada kebaikan atau keburukan dan banyak lagi lah. Nak sangat membincangkan pemikiran kita terhadap isu semasa ni; menilai sesuatu tanpa mengikut hawa nafsu dan fikiran sendiri, tapi berlandaskan Islam semata. (haa kan dah panjang).

Ok, taknak lah cakap perkara 'contrast' tu tapi nak cerita pasal KELUARGA MUSLIM. Ya, mendirikan rumah tangga. Eh. Sebenarnya bukan lah suatu perkara yang excited sangat tapi lebih kepada merisaukan.
saje letak sebab comel :) [sumber]

Tahu tak, berdasarkan cakap-cakap orang yang ada pengalaman; kalau nak kahwin tu kena ada paling kurang 20 ribu hingga 30 ribu ringgit Malaysia? Haih, peluh. Banyak kan? Mula lah fikir, boleh tak nak kurang dari tu... ala kadar je cukup lah... nape nak kena guna duit banyak sangat? bla bla bla. Memanglah Bib. Kenduri, hantaran, baju kahwin, kad jemputan dan banyak lagi kena guna banyak duit, tahu? Amboi~ So, Bib sarankan marilah kita sama-sama kumpul duit mulai saat ini. Mari lancarkan Tabung Baitul Muslim, dan sila jangan lupa Tabung Palestine, ye?! Tak kisah lah siapa calon pasangan hidup anda (tolong jangan berangan!), tapi ini adalah persediaan ke arah BM... Nak menaiki tangga untuk capai Ustaziatul Alam, kan?

Duit satu hal,

Ada lagi yang lebih penting. Iaitu peribadi kita. Cuba muhasabah diri, dah layak ke tak untuk menerima seseorang dalam hidup? Tengok dapur, tengok meja study... kalau tak kemas susah lah kan? Malas nak explain panjang. Paham-paham sendiri lah ye. Pengurusan masa kita lagi. Nanti dah ber'BM' kalau masa pun tak pandai nak urus, keluarga ke mana, dakwah dan tarbiyyah ke mana. Fuu~

Kalau duit dah ada, dah boleh memasak, rumah pun dah teratur, hidup tak serabut, bijak mengurus masa... pastu kena fikir pulak pasal family kita, nak jauh dari keluarga ke tak (sebab ada tanggungjawab dakwah ke atas mereka). pasal kerja kita, nak kerja kat mana, keperluan tarbiyyah kita, tuntutan dakwah di negeri kelahiran, dan banyak lagi lah bende kena fikir. haa~ ingat senang nak kahwin?! (macam makcik membebel. macam lah ada pengalaman. haha)

Jahiliyyah yang masih merantai diri, takkan mencantikkan plan kita untuk mendirikan Baitul Muslim, lantas merosakkan tangga kita untuk menaiki maratib amal. Eh, Faham kan?



Ahsanu amal. ihsan dalam setiap yang kita lakukan. Perkara besar bermula dengan perkara kecil. Bila bercakap pasal Baitul Muslim, tolak ke tepi sekejap dengan siapa kita nak kahwin. Jodoh Allah dah tentukan. Fikirlah persediaan kita, aqidah kita. Kalau masih ada Ilah selain Allah dalam diri, macam mana kita nak kahwin kalau kahwin itu menambahkan Ilah kita? Macam mana nak menjadikan hati kita hanya milik Allah walaupun dah kahwin. So, settle dulu diri sendiri; dari segi Ilah, masa, skill dan lain-lain. Inilah usaha terbesar yang kita kena lakukan selain usaha kecil yakni mencari 'calon pasangan hidup'.  Bila betul-betul dah sedia, inshaAllah Allah hadirkan 'dia' dalam hidup kita. Memang kita takkan pernah jadi perfect, tapi bila Allah dah 'hadiahkan' tu, maksudnya kita layak lah menerima, kan? ;)

Dan sentiasa perbaiki niat kita, untuk mendapat mardhatillah.

Huu, untuk diri sendiri sebenarnya; kena banyak muhasabah. Kena bersedia untuk mujahadah dan tadhiyah. Fuu~

Last, nak share hadis yang Bib dapat hari ni;
Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."
(HR Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)    
Allahua'lam

Friday 13 January 2012

An-Nafs

Bismillahirrahmanirrahim...
(ni nota yang di'copy'; sebagai peringatan untuk diri sendiri jugak)

7 Peringkat Nafsu
Nafsu pertama ialah Ammarah iaitu bagi mereka yang sentiasa menghampiri maksiat, terlalu gembira bila mendapat nikmat, dan terus berputus asa bila diuji. Mereka tak sedih dan tak akan menyesal jika berada di dalam maksiat dan kejahatan.

Yang kedua, nafsu Lawwamah iaitu bagi mereka yang kadang-kadang terjebak dengan dosa tetapi sering menyesal dengan perbuatannya itu. Dia sentiasa berusaha untuk berubah tapi kadang-kadang tidak dapat mengelak godaan syaitan. Kadang-kadang, manusia bernafsu Lawwamah ni akan terdetik di dalam hati mereka untuk berasa riya’ bila melakukan sesuatu kebaikan.

Nafsu ketiga ialah Mulhimah. Peringkat ini boleh dicapai bila manusia tu dapat melawan nafsu Lawwamahnya dengan bersungguh-sungguh untuk menyucikan hati. Biasanya, mereka ini memiliki sifat takut, syukur dan bertawakkal kepada Allah yang sebenar-benar, bukan hanya enak melafazkan kalimah syukur dan tawakkal di mulut sahaja. Taubat mereka pun merupakan sebenar-benar taubat. Bukan on off macam tu je.

Martabat seterusnya ialah nafsu Mutmainnah iaitu peringkat nafsu yang pertama yang diredhai Allah swt dan layak memasuki syurga-Nya.Orang yang memiliki nafsu Mutmainnah ni memiliki sifat pemurah yang amat sangat. Wang di tangan mereka tak pernah lekat kerana kerapnya bersedekah. Mereka juga kuat beribadah dan memiliki taqwa yang sebenar iaitu takut dan harap.

Seterusnya ialah nafsu Radhiah. Mereka yang berjaya sampai ke peringkat nafsu ini mempunyai hubungan dengan Allah yang dekat. Mereka mengenali zat-zat Allah dengan kenal yang sebenar-benarnya. Yang paling hebat, mereka tidak pernah takut akan bala dan tidak tahu gembira pada nikmat, yang mereka kenali ialah keampunan dan redha Allah sahaja.

Yang keenam ialah nafsu Mardhiyah, iaitu orang yang memiliki peringkat nafsu ini mempunyai hati dan jiwa yang benar-benar sebati dengan Allah SWT dan yang paling best, setiap perbuatan mereka pasti telah diredhai Allah.

Dan yang last ialah nafsu Kamilah, peringkat yang hanya mampu diperoleh oleh para rasul, para nabi dan wali Allah. Betapa hebatnya mereka, setiap detik amal di dalam kehidupan mereka hanya Allah tujuannya. Tiada dunia dan segala isinya. Subhanallah!

-copied-

Wednesday 11 January 2012

Update (seloka hati kot)

Alhamdulillahwataghfirullah

Hati bunga-bunga tapi tak tau kenapa...
Masih sukar meninggalkan perkara yang tak bermanfaat...
Tengah usaha lah ni.
Hidup serabut; malunya ngan Allah...
Tengah usaha untuk jadi mukmin produktif.
Riang ria bersama akhwat tercinta...
Sayang mereka; muah muah muah
Masuk rumah baru bulan tiga;
Lama lagi lah ada orang yang tolong jaga...
Ke Indonesia Mak tak izinkan;
Jubah, tudung dan ustazah masih terbayang.
Ke Korea soyonara jahiliyyah terasa nak dengar,
Ingat pesan mak; terpaksa batalkan.
Sayang Toyama wahaha...
Moga sayang bersama bekalan dakwah.
Mp3 ustaz salam dan nasihat ummi jadi teman;
Hafazan dan bacaan taknak la tinggalkan.
Mummy Saff, kak ila, kak diha, kak zarina, kak asma, dan kak anum
Kalau boleh nak jumpa selalu... (i love you fillah, you know?)

Walau lama, masih bertatih.
Ya Allah thabat kan hamba hingga ke akhir,
Redha Mu yang hamba damba...
Ampuni dosa hamba, pimpini hamba.

Wednesday 4 January 2012

Akhwat Seangkatan

Aku merasa aku ini asing sekali
Aku dalam kalangan kalian,
namun merasa kalian sering melupakan aku.

Aku tiada ungkapan yang indah buat kalian,
lantas apa yang kalian harapkan?
Aku tiada gambar kenangan bersama kalian,
lantas apa yang kalian harapkan?

Bahasa kalian kadang-kadang sukar ku fahami;
kerana kalian dari daerah yang sama
dan aku dari daerah yang lain.

Hingga suatu hari seorang dari kalian mengatakan
dia rindu aku tiba-tiba, dia sayangkan aku...
(senyum dalam tangisan)
jazakillahkhair ukhti.
Siapa sangka itu keluar dari hatinya
kerana dia dikatakan seorang yang keras?
Kerana ukhuwah itu memang lahir dalam jiwanya.

Dan hingga suatu hari seorang lagi menangis
kerana akan berpisah dengan semua akhwat...
dia yang sentiasa ceria, selalu menangis
bila saat untuk berpisah.
Dia yang menyedarkan aku akan tapisan di jalan ini.
Ukhti afwan kerana pergi tanpa bersalaman.
Biar kenangan saja jadi pengubat rindu.

Bermula saat itu aku sangat yakin
Allah berikan mereka yang sangat menyayangi ku.

Akhwat fillah,
kita seangkatan lamanya...
mungkin aku berbeza latar dari kalian;
dari negeri hingga bidang pengajian...
Namun aku berharap kita masih kekal
di jalan ini, tsabat hingga ke akhirnya.


Tiada apa yang mampu ku berikan.
Hanya yang mampu aku katakan;
aku mengasihi kalian kerana Allah,
terima kasih untuk ukhuwah ini.

Aku Ini Hamba Yang Bagaimana?

Aku belajar itu dan ini,
aku cuba lakukannya.
Namun kerana apa?
Aku mahu mereka tahu apa yang telah aku belajar.
Aku mahu mereka tahu aku faham apa yang aku belajar.

Otak ku ligat berfikir ayat-ayat gah,
menyusun bait kata-kata yang indah.
Kerana apa?
Aku mahu mereka terkesan pada ucapan ku.
Aku mahu mereka melihat keindahan bicara ku.

Aku syahdukan suara ku bersama linangan airmata;
agar mereka turut menangis.
Aku mahu mereka tahu aku insaf atas dosa silam.
Aku mahu mereka merasa belas.

Aku berpesan-pesan selalu;
agar mereka ingat kebaikan ku pada mereka.

Aku ini hamba yang bagaimana?
Banyaknya kehidupan ku hanya untuk menipu diri sendiri.
Banyaknya kehidupan ku untuk mendapat pujaan mereka
tanpa aku sedari...

Aku ini hamba yang bagaimana?

Diamlah dari mengukir kehebatan mu.
Diamlah dari menulis kebaikan mu.
Dakwah itu layaknya mendapat keikhlasan hatimu.

Tuesday 3 January 2012

Allah Berikan Lebih dari Jangkaan HambaNYa

Bismillahhirrahmannirrahim...

Alhamdulillahwastaghfirullah.

Baru balik dari program tarbiyyah selama seminggu. Tak payah kira berapa banyak duit juga masa yang kita habiskan untuk program tu. Mungkin ada setengah orang fikir membazir, sebab menjangkakan 'dapat' lebih banyak. Tapi, jom betulkan kembali niat kita (yeah, walaupun dah habis program... moga tak terlambat untuk mendapat pengampunan Allah SWT). Daripada 'spend' mari tukar kepada 'invest' duit dan masa kita. Jangan menjangka yang orang akan bagi apa yang kita nak tanpa mahu berfikir nilai tarbiyyah ada dalam setiap susunan Allah SWT. Bukankah Allah itu sebaik-baik Perancang? :)


"... mereka merancang, dan Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang"
al Anfal 8: 30

Dan Allah kan banyak sebut tentang orang yang berfikir dalam Al-Quran? :)



InshaAllah nak kongi sikit tarbiyyah yang Bib dapat. Mungkin berbeza dari orang lain tapi inilah yang terkesan di hati.

Perang Salji

Kiteorang kena buat snowman dan snowball. Pastu, kena DEFEND snowman dan ATTACK pihak lawan. Sebagai defender, sumpah sakit kena snowball besar dari pihak lawan, plus sejuk, plus pinggang dan lutut sakit kena melutut atas salji yang sejukkk untuk jaga snowman tu. Waktu main tu, jatuh lah airmata... snowman itu ibarat Islam yang harus kita pertahankan. Macam mana perit sekalipun kita diserang, kalau kita beriman yang Islam itu deen yang benar, kita tetap pertahankan. 'Ok lets stop! I got the message of tarbiyyah! Lutut sakit ni weyyh!' detik hati. Namun Allah datangkan satu lagi tarbiyyah; bersabarlah... mujahadah itu payah kerana syurga itu mahal. Lalu kami terus cuba untuk bertahan.

 Plasticine aka tanah liat 

Ada satu haritu; kiteorang main plasticine kat rumah. perghh... plasticine Jepun best! LEMBUT dan senang bentuk. Kiteorang pun buat macam-macam. 

comel kan? yang kecil komakai tu jiran sebelah buat =p


Ape tarbiyyah nye, Bib? ... selagi kita sentuh dan bentukkan plasticine tu, sifat dia masih tak berubah- lembut. Tapi yang kami langsung tak guna bila dibiarkan, dia jadi keras lalu dibuang sebab memang dah tak boleh nak bentuk... samalah macam HATI kita. HATI yang tidak disentuh dengan ruhhi akan KERAS. 

Kiriman Cinta

Kiteorang main Kiriman Cinta. Game ni macam game tak tau nama ape. Tapi satu group akan point kat group lain, pastu group yang kena point tu point pulak kat group lain. Contoh, umar kata, 'umar love, umar love, umar love to hamzah love' pastu hamzah jawab, 'hamzah love, hamzah love, hamzah love to bilal love'... Sebagai group Hamzah, sedih tau sebab tak banyak kena point, seolah-olah Hamzah tak disayangi dan Hamzah takde peluang untuk sampaikan cinta dia kat group lain... cecece, tapi tau je akhwat sume sayang kiteorang ;)

Lagi satu kiriman cinta bukan dalam bentuk game... tapi surat atau kad... wink wink... Paling syok tu surat dari Malaysia.

Jazakillahkhair Kakak-kakak Ansarian! Jzkk kerana ada bersama Bib walaupun jauh di mata

Kita tsabat hari ini mungkin bukan kerana usaha kita namun kerana doa mereka
Kakak to Adek
Kakak Tinggi to Adek Pendek... kiteorang sama Mummy ;)

Terima kasih Allah kerana mengurniakan mereka untukku. Terima kasih untuk ukhuwah ini. 

Bas Balik

Program tu dah habis... Kiteorang naik bas nak balik ke 'bandar'... Dalam bas, Pak Cik Bas tu syorkan kiteorang nak tengaok movie tak. Ada tiga movie, rasa yang paling tak lagha movie... so kiteorang pun tengoklah... nak tau cerita apa? Monster inc. Dulu suka sangat cerita ni... sebab budak Boo tu comel... Tapi kan, bila tengok kali ni, ada something Allah nak bagi. Mula-mula Monter tu kan allergic semacam dengan manusia (ingat kagi tak part seekor monter tu dibersihkan sebab ada stokin budak yang lekat badan dia). Pastu bila Boo datang kat dunia monster ni, Sullivan tersedar yang manusia tak men'damage'kan mereka pun... Dia rasa Boo tu sangat sweet~ Akhirnya dunia monster tu bertukar dari menakutkan budak-budak dan rasa manusia ni virus kepada menceriakan mereka dan rasa manusia tu okey je! HAA... Cuba replace kita adalah monster tu dan budak comel tu adalah TARBIYYAH. Mula-mula dulu mesti ada yang rasa allergic dengan bulatan gembira semua ni. Tapi bila dah TAHU NILAI TARBIYYAH mesti semua orang nak... (cecece... rentetan dari slot sorang kakak tu ^^) Yeah, memang lah jalan ini tak nampak best seperti mendapat 100, 000¥ atau seperti bermain dengan kanak-kanak riang, tapi jalan ini bukannya nak men'damage'kan kita pun demi meraih redha Allah tu, kan? :) Sebab memang dah takde jalan lain.

Pastu dalam bas, Bib nampak fenomena ini...
gambar gelap sikit... nampak tak Pak Cik yang tengah memandu bersama pembantu dia?

Pak Cik tu tengah ajarkan jalan kat pembantu dia. Macam kita dengan murobbi kita... Murobbi kita tunjukkan jalan, dan harap suatu hari kita boleh melalui jalan ini dengan baik. ^^ sayangi murobbi anda. Tapi ingatlah siapa pun boleh menjadi murobbi kita, kita juga murobbi untuk diri kita sendiri, dan Allah SWT adalah murobbi yang Terbaik.

Istighfar

Fuuh... Saat hati gementar untuk memulakan kerja, akhwat yang tenangkan Bib selalu pesan banyakkan istighfar. Kenapa istighfar? Kan selalu kalau nak bagi semngat kita kata 'You can do it! Good luck!', 'Yosshaa! Ganbare!', 'Aja aja fighting!!' dan macam-macam lagi? Kalau istighfar selepas dapat sesuatu keputusan Bib tahu lah. Sebab kalau kita dah berjaya, nanti timbul rasa riak tanpa kita sedar bahawa kerana kesungguhhan usaha kita, kita berjaya. So kena istighfar. Tapi sebelum buat sesuatu kenapa kena istighfar?  Dalam kekalutan rasa tu, Bib fikir balik maksud istighfar tu. Mohon keampunan Allah. Mungkin kerana banyaknya dosa kita pada Allah, boleh menghalang apa yang kita cuba sampaikan. Sebelum mahupun selepas melakukan sesuatu banyakkan istighfar. Mohon keampunan Allah. Kembali kepada Allah.


Jom SHARE apa nilai tarbiyyah yang kita dapat. Mungkin tak banyak yang kita dapat dalam slot bersama ustazah, mahupun apa-apa slot. Mungkin tarbiyyah yang kita dapat bukan dalam bentuk percakapan, tapi boleh jadi Allah bagi tarbiyyah dalam bentuk yang lain. Contohnya, sebelum ni kita selalu buka paip besar-besar membazir air. Tapi bila kat sana, kita tengok akhwat kita ambil wudhu buka paip kecikk je. Pastu kita fikir; membazir itu amalan syaitan. So itulah tarbiyyah yang Allah nak bagi kat kita (ok sangat simple, sebab ni contoh je).

Dalam setiap apa yang Allah aturkan untuk kita, adalah GIFT. Sia-sia bagi kita kalau enggan mencari nilai tarbiyyah yang ada pada GIFT tu dalam membentuk kita menjadi menjadi individu yang mengikut acuan Islam.

Alhamdulillahwataghfirullah...

Afwan jiddan atas kekurangan juga keterlebihan, afwan andai ada hak yang tak tertunai. Akhir kalam; ingatlah

Kitalah umat pertengahan

Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas manusia dan Rasul menjadi saksi ke atas kamu. ...
al Baqarah 2: 143


Kitalah umat terbaik

Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh berbuat yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. ...
Ali Imran 3: 110

Kitalah saudara Rasululllah SAW yang baginda rindui...

“Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan saudara-saudaraku (ikhwanku),” berkata Nabi saw. “Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman engkau?” jawab Abu Bakar. “Bukan,” jawab Nabi saw. “Kamu adalah sahabat-sahabatku”.

Para sahabat menjadi keliru dan hairan siapakah yang dimaksudkan dengan ikhwan yang Rasulullah rindukan itu. Rasulullah segera menjelaskan; “Ikhwan ialah mereka yang belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku lebih daripada kecintaannya kepada anak dan orang-orang tua mereka”.
Wallahualam. Moga diampuni dosa-dosa kita.