Wednesday, 4 January 2012

Akhwat Seangkatan

Aku merasa aku ini asing sekali
Aku dalam kalangan kalian,
namun merasa kalian sering melupakan aku.

Aku tiada ungkapan yang indah buat kalian,
lantas apa yang kalian harapkan?
Aku tiada gambar kenangan bersama kalian,
lantas apa yang kalian harapkan?

Bahasa kalian kadang-kadang sukar ku fahami;
kerana kalian dari daerah yang sama
dan aku dari daerah yang lain.

Hingga suatu hari seorang dari kalian mengatakan
dia rindu aku tiba-tiba, dia sayangkan aku...
(senyum dalam tangisan)
jazakillahkhair ukhti.
Siapa sangka itu keluar dari hatinya
kerana dia dikatakan seorang yang keras?
Kerana ukhuwah itu memang lahir dalam jiwanya.

Dan hingga suatu hari seorang lagi menangis
kerana akan berpisah dengan semua akhwat...
dia yang sentiasa ceria, selalu menangis
bila saat untuk berpisah.
Dia yang menyedarkan aku akan tapisan di jalan ini.
Ukhti afwan kerana pergi tanpa bersalaman.
Biar kenangan saja jadi pengubat rindu.

Bermula saat itu aku sangat yakin
Allah berikan mereka yang sangat menyayangi ku.

Akhwat fillah,
kita seangkatan lamanya...
mungkin aku berbeza latar dari kalian;
dari negeri hingga bidang pengajian...
Namun aku berharap kita masih kekal
di jalan ini, tsabat hingga ke akhirnya.


Tiada apa yang mampu ku berikan.
Hanya yang mampu aku katakan;
aku mengasihi kalian kerana Allah,
terima kasih untuk ukhuwah ini.

1 comment:

There was an error in this gadget