Saturday, 14 January 2012

BAITUL MUSLIM

Bismillahirrahmanirrahim~

astaghfirullahhal'azim 3x

pewitt... hihihi. Nak cerita pasal ni lah. Kebelakangan ni persekitaran Bib selalu berkaitan dengan perkara ni. Teringan nak membincangkan isu semasa sebenarnya. Pasal pelajar luar negara yang menerima kejutan budaya vs pelajar luar negara yang menjumpai cara hidup yang syumul, pasal keburukan demonstrasi lebih banyak berbanding kebaikan, pasal kekejaman Gadafi dan kekejaman orang yang membunuhnya, pasal industri hiburan kita lebih kepada kebaikan atau keburukan dan banyak lagi lah. Nak sangat membincangkan pemikiran kita terhadap isu semasa ni; menilai sesuatu tanpa mengikut hawa nafsu dan fikiran sendiri, tapi berlandaskan Islam semata. (haa kan dah panjang).

Ok, taknak lah cakap perkara 'contrast' tu tapi nak cerita pasal KELUARGA MUSLIM. Ya, mendirikan rumah tangga. Eh. Sebenarnya bukan lah suatu perkara yang excited sangat tapi lebih kepada merisaukan.
saje letak sebab comel :) [sumber]

Tahu tak, berdasarkan cakap-cakap orang yang ada pengalaman; kalau nak kahwin tu kena ada paling kurang 20 ribu hingga 30 ribu ringgit Malaysia? Haih, peluh. Banyak kan? Mula lah fikir, boleh tak nak kurang dari tu... ala kadar je cukup lah... nape nak kena guna duit banyak sangat? bla bla bla. Memanglah Bib. Kenduri, hantaran, baju kahwin, kad jemputan dan banyak lagi kena guna banyak duit, tahu? Amboi~ So, Bib sarankan marilah kita sama-sama kumpul duit mulai saat ini. Mari lancarkan Tabung Baitul Muslim, dan sila jangan lupa Tabung Palestine, ye?! Tak kisah lah siapa calon pasangan hidup anda (tolong jangan berangan!), tapi ini adalah persediaan ke arah BM... Nak menaiki tangga untuk capai Ustaziatul Alam, kan?

Duit satu hal,

Ada lagi yang lebih penting. Iaitu peribadi kita. Cuba muhasabah diri, dah layak ke tak untuk menerima seseorang dalam hidup? Tengok dapur, tengok meja study... kalau tak kemas susah lah kan? Malas nak explain panjang. Paham-paham sendiri lah ye. Pengurusan masa kita lagi. Nanti dah ber'BM' kalau masa pun tak pandai nak urus, keluarga ke mana, dakwah dan tarbiyyah ke mana. Fuu~

Kalau duit dah ada, dah boleh memasak, rumah pun dah teratur, hidup tak serabut, bijak mengurus masa... pastu kena fikir pulak pasal family kita, nak jauh dari keluarga ke tak (sebab ada tanggungjawab dakwah ke atas mereka). pasal kerja kita, nak kerja kat mana, keperluan tarbiyyah kita, tuntutan dakwah di negeri kelahiran, dan banyak lagi lah bende kena fikir. haa~ ingat senang nak kahwin?! (macam makcik membebel. macam lah ada pengalaman. haha)

Jahiliyyah yang masih merantai diri, takkan mencantikkan plan kita untuk mendirikan Baitul Muslim, lantas merosakkan tangga kita untuk menaiki maratib amal. Eh, Faham kan?



Ahsanu amal. ihsan dalam setiap yang kita lakukan. Perkara besar bermula dengan perkara kecil. Bila bercakap pasal Baitul Muslim, tolak ke tepi sekejap dengan siapa kita nak kahwin. Jodoh Allah dah tentukan. Fikirlah persediaan kita, aqidah kita. Kalau masih ada Ilah selain Allah dalam diri, macam mana kita nak kahwin kalau kahwin itu menambahkan Ilah kita? Macam mana nak menjadikan hati kita hanya milik Allah walaupun dah kahwin. So, settle dulu diri sendiri; dari segi Ilah, masa, skill dan lain-lain. Inilah usaha terbesar yang kita kena lakukan selain usaha kecil yakni mencari 'calon pasangan hidup'.  Bila betul-betul dah sedia, inshaAllah Allah hadirkan 'dia' dalam hidup kita. Memang kita takkan pernah jadi perfect, tapi bila Allah dah 'hadiahkan' tu, maksudnya kita layak lah menerima, kan? ;)

Dan sentiasa perbaiki niat kita, untuk mendapat mardhatillah.

Huu, untuk diri sendiri sebenarnya; kena banyak muhasabah. Kena bersedia untuk mujahadah dan tadhiyah. Fuu~

Last, nak share hadis yang Bib dapat hari ni;
Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."
(HR Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)    
Allahua'lam

3 comments:

  1. hehe..comel lah bib ni^^
    soudane..korekara, dah kne chantou pikir..huhu~
    gambarou <3

    ReplyDelete
  2. salam 'alaiki ya ukhti^^

    betul, jika seseorang itu masih boleh mengawal diri dan yakin tidak akan terjebak ke kancah kemaksiatan, apa yang ukhti cakap ni memang tepat. setuju sangat-sangat. memang perkahwinan adalah sebuah tanggungjawab yang sangat besar, sampai boleh menentukan ke syurga atau ke nerakakah kita.

    tapi, dalam kes-kes yang selainnya, kena rujuk semula hukum-hukum berkahwin, sunat, harus, wajib, dan haram.

    kalau agak-agak asyik duk terkenangkan hero/heroin korea siang malam atau pantang nampak lelaki hensem/perempuan comel, mulalah meremang bulu roma.. haa itu memang la kena kahwin. zaman sekarang ni saangatlah mencabar, kat mana-mana je orang buat maksiat.

    macamana nak berdakwah kalau diri masih ada keinginan seperti itu? murobbi kenalah mantopkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum mendidik orang lain, setuju tak? :)))

    sebab itu nabi kata, perkahwinan itu melengkapkan separuh daripada agama kita. sebab dengan berkahwin itulah caranya kita mengawal nafsu-nafsu yang ada dalam diri (yang hanya kita dan Allah sahaja yang tahu).

    satu lagi, kalau nak tunggu sampai iman kita betul-betul sempurna, memang sampai ke tualah tak kahwin gamaknya. doa kepada Allah agar melalui zauj/zaujah kita tu, Allah akan lengkapkan segala kekurangan kita dan jangan jadikan dengan nikah itu hati kita berpaling pula dari Dia sebab syok sangat kahwin...

    hihihi.. afwan ya ukhti.. sekadar berkongsi pendapat.. kalau salah, harap betulkan^^

    p/s: hmm sedih jugak sebab zaman laa ni kena ada duit beribu-riban baru boleh kahwin. nak cari orang yang nak kahwin ikut sunnah je, ada tak ek? ;pppp

    ReplyDelete
  3. Wassalam wbt. ukhti ;)
    Wahhh Tepat! mnjelaskan apa yg ana nk smpaikn dgn lebih terperinci dan ilmiah! 8)
    Jzkhair atas pkongsian.... Betol2. tu lah... Duit kan... Rasanya tak mustahil utk kita kahwin kurang dari 20 ribu kringgit an?
    Kalau bijak mncari, ade je :p tp jodoh Allah tentukan~ kena la bsiap siaga dari segala segi. Allahualam :)

    ReplyDelete

There was an error in this gadget