Beberapa hari Bumi Toyama tidak memutih.
Hari ini salji kembali menari di sini.
Cantik.
Tapi tak suka kalau jalan mula membeku.
Belum lagi.
Allah sayang atau murka sekarang?
Masih boleh bernafas.
Melihat.
Mendengar
Menghidu.
Merasa.
Tidakkah
kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara
(bahagian-bahagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih. Maka
kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga)
menurunkan (butir-butiran) salji dari langit, iaitu dari (gumpalan-gumpalan
awan) seperti gunung-ganang. Maka ditimpakan-Nya salji itu kepada sesiapa yang
dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari sesiapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan
kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. Allah menggantikan malam dan
siang, sesungguhnya pada yang demikian
itu pelajaran yang besar bagi orang yang mempunyai penglihatan. Dan
Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian dari haiwan
itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan dua kaki,
sedang sebahagian yang lain berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa
yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(al-Nur
24:43-45)
Salji,
apa yang ingin kau sampaikan?
Daripada Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Neraka mengadu kepada Tuhan, katanya: "Oh Tuhan ku! Yang sebahagian ku telah memakan yang lain!" Tuhan lalu mengizinkannya berhembus dengan dua hembusan, satu hembusan di musim dingin dan satu hembusan di musim panas. Maka kamu rasakan panas yang amat sangat dan kamu rasakan pula udara yang sangat dingin".
(HR Bukhari)
...
No comments:
Post a Comment