Wednesday 27 July 2011

Dia Pencinta Sebenar

Bismillahirrahmanirrahiim

Eh! Sibuk study untuk exam; tapi teringin nak berkongsi cerita passaaal...seorang teman. Okeh! bace~


Bagaimana harus aku mulakan bicara? Kini empat bulan usia aku meninggalkan cinta seorang manusia. Namun mengapa sejak kebelakangan ini, kenangan itu sentiasa menghantuiku. Separti bayang-bayang; sentiasa mengekori.


"Sibukkan diri dengan kerja dakwah" begitu aku diberi pesan. Masih belum aku berjaya membuang segala ingatan tentangnya, bermakna masih belumkah aku sibuk menjalankan tugasku? Ya Rabbi...

Bagaimana harus untuk kita melupakan manusia yang pernah hadir dalam hidup kita?

Tidak! Aku tidak pernah menyesal untuk terus tidak berhubung dengannya. Apa yang aku kesali mengapa, bagaimana pernah aku terjebak?! Namun, begitulah ketetapan Allah. Benarlah, setiap apa yang Dia tentukan untuk hambaNya adalah agar kita semakin dekat padaNya. Bagaimana mungkin Si Pencinta inginkan kekasihNya semakin menjauh dariNya?? Cuma terpulang kepada kita untuk memilih jalan. Andai aku tidak melepaskannya, bagaimana untuk ku memperoleh cinta yang agung?


Demi jiwa dan penyempurnaan (ciptaan)nya, maka Dia mengilhamkan jalan kejahatan dan ketakwaannya, sungguh beruntung orang yang mensucikannya, dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.
asy syam, 91:7-10

Ya, aku cuba untuk merebut cinta Nya, tapi bagaimana untuk aku bertahan andai persekitaran di tanah asing ini sekan melambai dan berkata, "aku lah teman mu di waktu silam"? Tanah asing ini benar-benar membuatkan aku dibayangi masa silam.

Seratus tahun menanti... Mengapa aku pernah begitu tekad mengucapkannya? Kini, walau sejuta tahun menanti cinta sesiapa pun aku tak ingin, melainkan mengharap cinta Allah untuk selamanya.

Ya Allah selangkah aku merapati Mu, seribu langkah Kau pada ku. Namun, setapak aku menjauhi Mu, berapa langkah Kau menjauh? Tidak! Siapakah yang menjaga ku ketika aku taat; juga biarpun ketika aku maksiat? Allah, Engkau lah Pencinta sebenar!

Maka ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang...berikan aku kekuatan untuk melepaskan cinta dunia ini dari hati.


Okeh! sekian, terima kasih. Selamat beramal di bulan Ramadhan~

2 comments:

  1. bib...........kiter nak dengar cerita ini lagi boleh?ya,cinta Allah cinta agung tapi diri ini sentiasa memohon andai dikurniakan cinta dr ar-rijal,biarlah halal caranya dan cinta itu dibawah redhaNya...

    hmmmmmmmmm...bib.....:(

    ReplyDelete
  2. Ehh syafa ni...awat buat emotion sedih? :) Hmmm...susah nak ungkapkan dgn kata2.. Teman ni merasakan tidak harus mengharapkn cinta dari manusia, walaupun dgn cara yg halal; selagi cinta pd Allah belum penuh menguasai hatinya. Xnak mghrpkn Ikatan yg halal iaitu nikah bila hukumnya jatuh kepada wajib nikah.. Tapi biarlah hukumnya sunat. Berubah dari mnusia yg suke berangan tentang perkahwinan kpd manusia yg takut nk kahwin sbb merasa dirinya terlalu hina utk mdpt cinta dari siapapun...mmg sukar. Siapa yg bole jamin dia pendamping kita? Janji manusia tak seteguh janji Allah..wallahualam

    ReplyDelete