Sunday 7 August 2011

Hidup Umpama Rubik's Cube

Bismillahirrahmanirrahiim...

Rubik's Cube. Bib main Rubik's Cube sejak dari Form 5. Waktu tu memang addicted dengan permainan ni. HUHU lagha~lagha~

Dan... Bila di Jepun, Bib jumpa Rubik's Cube, terus rasa nak beli...mula dah; perangai lama datang kembali. Tapi waktu beli tu Bib bertekad tak nak addicted sangat tau...betul! Pada Summer Camp budak-budak Toyama yang lepas, Bib main cube sambil membebel pasal exam dah nak dekat dan tak start study lagi (? kot). Lalu Kak Asma pun kata (lebih kurang begini);

"Hidup ni memang sukar. Macam Rubik's Cube ni... tapi kena selesaikan."

Okeh! Ini satu point. Hidup kita memang sukar, banyak dugaan. Dan setiap dugaan tu memang nak atau tak nak kita kena hadapi.


Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka belum diuji? Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Dia (Allah) mengetahui orang yang dusta.
al-Ankabut, 29: 2-3



Hidup tu harus dihadapi dengan sabar dan bersungguh-sungguh;

Dan taatilah Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berselisih; yang menyebabkan kamu gentar dan kekuatanmu hilang, dan bersabarlah; sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
al anfal, 8: 46


Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam taman-taman (syurga) dan mata air, keadaan mereka mengambil apa saja yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat kebaikan; mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam, dan pada waktu akhir malam, mereka selalu memohon ampun (kepada Allah).
adz dzariyat, 51: 15-18


Dan setelah sebulan Kak Asma mengucapkan kata-kata tu, hari ni Bib menterjemahkan satu lagi point tarbiyyah melalui Rubik's Cube ni. Biasalah Bib lambat giler nak hadam tarbiyyah yang Allah bagi, haiyo...

Pointnya ialah; calit je tak cukup kena bagi celup habis! EH? Apakah itu??


 Sibgah (celupan) Allah: Siapa yang lebih baik sibghahnya daripada Allah? dan kepadaNya kami menyembah.
al-Baqarah, 2: 138

celup habis!


Kalau calit, (contohnya; calitkan french fries pada sos) tak semua bahagian yang kena, tapi kalau celup seluruh bahagian kena celupan tu. Manusia nak celup dengan apa? Dengan fikrah Islam.

Lagi, apa Allah kata?



Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya ia musuh  yang nyata bagi kamu.
al Baqarah, 2: 208

TOTAL

Samalah dengan Rubik's Cube ni..

Walau sedikit je bahagian yang tak siap, tak sempurna; belum boleh dikatakan sempurna, kan? Kalau waktu sekolah dulu cikgu selalu tanya kerja sekolah dah siap ke belum. Jawapan hanya ada dua je; dah siap ataupun belum. Kalau jawab 'sikit lagi' samalah dengan belum siap.


belum lagi sempurna



Islam atau Jahiliyah. Orang yang kata dia Islam dan ikut juga pemikiran lain, belum boleh dikatakan Islamnya sempurna, kan?


yakin ke selamat duduk atas pagar tu? meh turun ke taman Islam!!



Ya. Manusia itu memang tak sempurna. Kita bukan Nabi yang maksum. Tapi tiada alasan untuk kita ikut perbuatan Jahiliyah setelah kita mendengar seruan ke arah Islam, kan?


Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seruan kepada iman: 'Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti.
Ali Imran, 3: 193

Hamba Allah yang kerdil ini, yang selalu tercungap dan marathon menuju syurgaNya; masih banyak lagi Jahiliyah yang perlu Bib (dan KITA) tinggalkan. Sama-samalah kita berusaha ke arah meraih redha Allah.

*Terima kasih ya Allah yang mengurniakan akal kepada pencipta Rubik's Cube. Alhamdulillah kali ni tak addicted*

No comments:

Post a Comment