Thursday, 4 August 2011

Mereka

Allah ya Rabbi, Subahanallah.

Tak mungkin Allah menciptakan aku lahir di dalam keluarga ini dengan sia-sia.

 Tiadalah aku mengukir rindu pada mereka melainkan mengharapkan Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang memberikan taufiq dan hidayah pada mereka.


Mak dan Bapa
mengajarkan aku sabar dengan ujian, mengajarkan aku erti merendah diri


abang Duke
mengajarkan aku tanggunngjawab


Adek
ajarkan aku ertinya sabar dalam mendidik



Syahman
buktikan aku nilai kasih sayang










Aimi dan Fahim
ajarkan aku erti sebuah pegorbanan


"Ya Allah ampunkan dosa-sosa kami, samada yang besar mahupun yang kecil, yang kami sedari mahupun yang tidak kami sedari.
Ya Allah kasihi mereka, lindungi mereka, berikanlah mereka kefahaman.
 Ya Allah kuatkan aku untuk jadi hambaMu yang taat, kuatkan untuk menyampaikan kalimah kebenaran, dan  pinjamkanlah juga aku kekuatan untuk jadi anak yang solehah kepada kedua ibubapaku, adik yang baik untuk abangku dan kakak yang bemanfaat untuk adik-adikku.
 Ya Allah, izinkan aku memasuki syurgaMu bersama mereka, dan jauhkanlah kami dari azab api nerakaMu. ameen..."

*semoga bib tidak lupa untuk  menitip nama mereka dalam setiap doa bib*

jarak jauh yang Allah ciptakan antara kami mengajarkan bib untuk cuba memberikan yang terbaik kepada mereka, dan semoga dengan jarak ini Allah berikan nikmatNya yang paling besar mereka.

Tiadalah aku tanpa Engkau, tiadalah kami tanpa Engkau. Sulamilah hidup kami dengan kasih sayangMu ya Allah.

2 comments:

There was an error in this gadget