Sunday 5 February 2012

Ku Hantar ke Corong Langit Secebis Harapan

Bismillah...

Being honest, I really want to go to Indonesia and Egypt. NAAAAAAAK SANGAT.. wuu... nangis (tak pernah tipu kalau Bib cakap Bib nangis!) Apakan daya kekangan mak dan kesuntukan duit... Masih berharap keajaiban akan berlaku walau di saat akhir. nangis lagi...

AH. Di mana saja Allah akan bagi tarbiyyah. Di mana kita berada di situ tarbiyyah terbaik akan kita perolehi kalau mahu berfikir. Ya, cuba sedapkan hati sendiri... Namun, mengharapkan jangkaan yang terlalu tinggi dari seseorang hamba untuk memberi tarbiyyah dan menceetus fikrah dalam diri kadang-kadang menemui kegagalan. Seperti kekecewaan Bib malam tadi. Kerana mereka juga manusia biasa! Bukan Muhammad SAW. Dan Allah adalah sebaik-baik Murabbi.

Indonesia dan Mesir... kerana Bib mengharapkan sesuatu yang boleh mencetus 'spark' dalam melajui jentera dakwah dan tarbiyyah, serta mampu meninggalkan jahiliyyah dalam diri. kerana diri ini tak punya masa lagi... nangissssssss... 'Melihat' mereka ke Mesir, 'meninjau' mereka di Indonesia membentak hati untuk ke sana. Di sini (walau pasti tetap saja berbeza), pasti tidak akan dibiarkan begitu sahaja...kan? nangis lagi...

Ingin sekali menjejak tanah itu... Mekah, Madinah, dan Baitulmaqdis... andai Bumi Ikhwan dan Serambi Mekah belum ku jejaki... Allahu Rabbi... dan Palestin... meraka yang berpeluang ke sana benar-benar yang terpilih... sampaikan hamba ke sana.

Ya Allah
banyaknya dosa hamba yang melambatkan
hamba untuk terus melangkah.
Ampuni hamba...
Ya Allah
hamba tahu Engkau sentiasa Berikan
yang terbaik untuk hamba.

Ya Allah
hamba masih mengharapkan keajaiban Mu
yang bisa melajukan hamba ke haadapan dalam jalan ini.

Minggu last exam. Lima subjek. Moga Dia sudi memberi kekuatan pada hamba yang hina. Masih mujahadah merawat kondisi hati yang bernanah. Mengutip sisa-sisa tarbiyyah di musim sejuk...

Faghfirli ya Allah. Faghfirli. Faghfirli.

1 comment:

  1. sabar eh bib..insyaAllah Allah akan susun masa yang paling best utk bib ke sana...krun doakan dari jauh juga.... ^^ hwaiting! :D

    ReplyDelete